Tahun 2018, Melangkah ke Hadapan
LABUAN, 9 Jan – Melangkah ke Hadapan, Membuka Minda, Menjana Pemikiran, Mencakna Perubahan, Meneruskan Perjalanan, Menuju Matlamat, Mencapai Kualiti Kemenjadian Murid dan Kualiti Sekolah, merupakan tema perhimpunan bulanan bagi bulan Januari 2018, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin berkata, warga pendidik di Labuan perlu melangkah ke hadapan seiring dengan pelaksanaan gerak kerja profesional KPPM 2018 iaitu fokus kepada Pendekatan, Sasaran Mikro, Bidang Tumpuan dan Program Strategik.
Keberhasilan utama Pendidikan Malaysia dilihat dari dua perspektif penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu kualiti sekolah dan kualiti kemenjadian murid.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyampaian Anugerah Khas Pengarah 2017, Jasamu dikenang kepada warga pendidik yang telah bersara, Sijil-sijil kecemerlangan dan penghargaan, Staff of the month dan meraikan hari lahir warga pendidikan yang lahir pada bulan Januari.
Selamat kembali bertugas kepada seluruh warga pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dengan amanah dan harapan kemenjadian serta kecemerlangan murid secara holistik perjuangan bersama.