PROFIL SEKTOR

Sektor

Sektor Pengurusan Sekolah (SPS)

Ketua Sektor

Puan Maimoon binti Matnoh

Alamat  

Aras 10,Blok 4,Kompleks Ujana Kewangan,Peti Surat 81097,87020 W.P Labuan

Nombor telefon  

087-583351/357

Nombor faks      

087-583355

PENGENALAN / OBJEKTIF

 

Objektif Sektor 

  1.   Meningkatkan prestasi pengurusan sekolah negeri ke tahap cemerlang disamping memberikan khidmat bimbingan serta nasihat ke arah peningkatan kepimpinan yang lebih bermutu di sekolah.

  2. Memastikan semua sekolah dan warga pendidikan di W.P Labuan mematuhi segala peraturan dan  melaksanakan segala tugas serta tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan    Malaysia dan menjayakan dasar-dasar kerajaan.

  3. Memastikan semua kanak-kanak di W.P Labuan mengikut peringkat umur ditetapkan mendapat tempat  belajar dan menamatkan pendidikan rendah dan menengah agar menjadi rakyat yang bertanggungjawab,  progresif dan berdisiplin.

  4.  Memastikan bekalan guru ke semua sekolah kerajaan di W.P Labuan mencukupi dan penggunaan  tenaga manusia yang efisien.

  5.    Memastikan semua murid di W.P Labuan mencapai tahap yang memuaskan dalam mata pelajaran serta  meningkatkan mutu akademik murid-murid tersebut melalui pendekatan pengurusan yang berkualiti.

 

FUNGSI DAN UNIT SEKTOR

 Fungsi Sektor 

  1. Menguruskan pendaftaran kemasukan, penempatan, pertukaran, tukar aliran serta permohonan kemasukan semula murid-murid bagi sekolah menengah dan rendah di W.P Labuan.

  2. Menguruskan penempatan dan pertukaran guru terlatih antara daerah/negeri bagi  sekolah menengah dan rendah di W.P Labuan.

  3. Menguruskan cadangan pengisian jawatan dan penempatan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran bagi sekolah menengah dan rendah.

  4. Menyediakan waran perjawatan guru sekolah menengah dan rendah di W.P Labuan.

  5. Menyediakan maklumat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi perjawatan dan kewangan untuk aktiviti-aktiviti sekolah menengah, rendah dan prasekolah.

  6. Mengurus kelulusan menambah atau mengurangkan bilangan kelas bagi sekolah menengah dan rendah di W.P Labuan.

  7. Menguruskan Prasekolah di sekolah-sekolah yang terlibat dalam W.P Labuan.

  8. Menjalankan tugas-tugas penyeliaan/pemantauan pengurusan sekolah menengah, rendah dan prasekolah.

  9. Menguruskan kemasukan murid ke Sekolah Menengah Rancangan Khas Negeri / Sekolah Kawalan.

  10. Mengendalikan kursus-kursus dalam perkhidmatan/ peningkatan profesionalisme keguruan.

  11. Menguruskan pembukaan kelas POL Bahasa Cina, Tamil dan Telegu.

  12. Menguruskan perluasan kelas BC dan BT di Sekolah Kebangsaan.

  13. Mengurus, memproses dan menganalisis data guru dan murid sekolah menengah, rendah dan prasekolah untuk tujuan pengurusan pendidikan.

  14. Melaksanakan MS ISO 9001:2000 bagi pertukaran dan penempatan guru serta  kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh.

  15. Menyelaras pengurusan sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan.

  16. Menguruskan permohonan permit mengajar, permohonan pendaftaran Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, dan permohonan pendaftaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

  17. Menguruskan permohonan cuti peristiwa sekolah dan permohonan penukaran nama sekolah.

  18. Menguruskan permohonan lawatan murid sekolah menengah, rendah dan prasekolah.

  19. Menguruskan permohonan Bayaran-bayaran Lain (SUWA, asrama dan PIBG) dan kutipan derma.

  20. Menguruskan permohonan memberi ceramah, pameran, pementasan dan penggambaran.

  21. Menguruskan jemputan dan undangan orang kenamaan serta majlis rasmi sekolah.

  22. Menguruskan permohonan menjalankan penyelidikan di sekolah.

  23. Menguruskan permohonan kemasukan murid bukan warga negara ke Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

  24. Menguruskan khidmat nasihat kemasukan murid ke Sekolah Menengah Teknik.

Unit-unit Sektor 

  1. Unit Sekolah Menengah
  2. Unit Sekolah Rendah
  3. Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah
  4. Unit Perhubungan Dan Pendaftaran

Statistik

  Rendah Menengah Jumlah
Sekolah 17 9 26
Murid 9424 5782 15,206
Guru 747 563 1409
Bukan Guru 103 112 215
 Data Sehingga 
[20 MAC 2019]

Statistik Pengunjung

108612
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sejak Okt 2017
159
287
446
8734
9933
108612

Your IP: 18.208.187.169
2019-10-21 05:31

Pautan Jabatan

 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact

QR Code

QR-Code dieser Seite
Go to top