Sektor

Sektor Pendidikan Islam (SPI)

Ketua Sektor

Mohd Syahir bin Mohd Yusoff

Alamat  

Aras 10,Blok 4,Kompleks Ujana Kewangan,Peti Surat 81097,87020 W.P Labuan

Nombor Telefon  

087-468624

Nombor Faks      

087-468625

 

PENGENALAN

Sektor Pendidikan Islam (SPI) merupakan salah satu daripada sektor di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. SPI bertanggungjawab melaksanakan Kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, mengendalikan operasi pengurusan institusi pendidikan agama, mengendalikan operasi pengurusan dakwah dan syiar Islam serta aktiviti keagamaan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan sekolah.

 

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan Kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan murid yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan Negara.

  2. Meningkatkan Kualiti Bahasa Arab yang berkesan untuk membolehkan murid berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.

  3. Meningkatkan Kualiti Kemahiran dan Keterampilan Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab secara berterusan dalam pelbagai bidang supaya pengajaran dan pembelajarannya sentiasa menarik dan berkesan.

  4. Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Sistem Maklumat Pendidikan Islam yang telus dan tepat untuk mengetahui tahap prestasi pencapaian program dan pembinaan perancangan yang lebih berkesan.

  5. Meningkatkan Kualiti hubungan dan kerjasama antara Sektor Pendidikan Islam dengan masyarakat, jabatan dan agensi dalam dan luar negeri secara permuafakatan supaya semua program dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.

  6. Meningkatkan Kualiti dan Kecemerlangan IPA di W.P Labuan sebagai model sistem pendidikan kebangsaan untuk melahirkan murid yang berkeupayaan mengamalkan cara hidup yang berteraskan Islam di dalam pembangunan diri, masyarakat dan Negara.

  7. Meningkatkan Kualiti dan Kecemerlangan IPA di W.P Labuan bagi membolehkannya berperanan membentuk dan melahirkan modal insan yang cemerlang dan mampu mengamalkan cara hidup yang berteraskan Islam dalam kehidupan.

  8. Meningkatkan Kualiti Dakwah, Penghayatan Islam dan Nilai-nilai Murni secara berhikmah di kalangan pegawai, guru, kakitangan pendidikan dan murid untuk membantu keberkesanan Pendidikan Islam.

Statistik

  Rendah Menengah Jumlah
Sekolah 17 9 26
Murid 8996 6243 15,239
Guru 741 668 1409
Bukan Guru 103 112 215
 Data Sehingga 
[25 SEPT 2018]

Statistik Pengunjung

023102
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sejak Okt 2017
144
669
2524
18899
5877
1360
23102

Your IP: 3.82.52.91
2019-02-22 07:59

Pautan Jabatan

 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact

QR Code

QR-Code dieser Seite
Go to top