1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan untuk melaksanakan Pendidikan Wajib Sekolah Rendah mulai 1 Januari 2003. Sehubungan dengan itu, tuan adalah dimohon untuk melaksanakannya mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002

  2. Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa permohonan penempatan kanak-kanak ke Tahun 1 bbagi sesi persekolahan tahun 2020 dan 2021 adalah bermula pada 1 Mac hingga 30 April 2019.

  3. Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan penempatan tersebut seperti berikut :

 

  1. Semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal DUA TAHUN sebelum kanak-kanak itu bersekolah.

  2. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2013 hingga 1.1.2014 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2020 dan

  3. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2014 hingga 1.1.2015 untuk tahun persekolahan 2021

  4. Semua urusan permohonan penempatan kanak-kanak ke Tahun 1 bagi sesi Persekolahan tahun 2020 dan 2021 adalah mulai pada 1 Mac hingga 30 April 2019.  Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan penempatan tersebut seperti berikut :

  5. Kaedah yang pertama, merupakan kaedah yang sedia ada di mana ibu bapa atau penjaga boleh hadir ke sekolah dan mengisi borang permohonan penempatan murid ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2020 dan 2021; atau

  6. Kaedah yang kedua, sekiranya ada kemudahan talian internet, ibu bapa atau penjaga boleh mengemukanan permohonan melalui Sistem Permohonan Atas Talian (SPAT) https://public.moe.gov.my.                       

  7. Sila hebahkan perkara tersebut melalui semua guru, pekerja dan murid sekolah tuan. Poster-poster berkaitan dengan perkara ini hendaklah dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dilihat dalam kawasan sekolah.

  8. Permohonan penempatan dan pendaftaran LEWAT bagi kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2013 hingga 1.1.2014 untuk memasuki Tahun Satu dalam Tahun 2020 boleh terus dijalankan di peringkat sekolah .

 

  1. Sila semak sijil lahir kanak-kanak berkenaan untuk memastikan kanak-kanak tersebut adalah Warganegara Malaysia.

  2. Permohonan Penempatan Bagi Kanak-Kanak Cacat penglihatan/Cacat Pendengaran/Terencat Akal Ringan (Bermasalah Pembelajaran) dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor sebelum ia boleh didaftarkan.

  3. Permohonan Penempatan Kanak-kanak Bukan Warganegara untuk bersekolah bagi tahun 2020 iaitu pada 1 Oktober 2019. Sebarang kesulitan mengenai kanak-kanak Bukan Warganegara sila berhubung terus ke Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan W. P. Labuan.

  4. Semasa ibu bapa / penjaga membuat permohonan penempatan mereka hendaklah dimaklumkan mengenai perkara berikut :

 

Permohonan penempatan ini hanya merupakan satu permohonan kanak-kanak untuk memasuki sekolah. Pihak jabatan TIDAK MENJAMIN kanak-kanak berkenaan akan ditempatkan di sekolah di mana mereka membuat permohonan penempatan.

 

Sekian, untuk makluman.

 

Statistik

  Rendah Menengah Jumlah
Sekolah 17 9 26
Murid 9424 5782 15,206
Guru 747 563 1409
Bukan Guru 103 112 215
 Data Sehingga 
[20 MAC 2019]

Statistik Pengunjung

066733
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sejak Okt 2017
286
269
555
10280
9017
66733

Your IP: 184.72.212.254
2019-06-24 17:32

Pautan Jabatan

 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact

QR Code

QR-Code dieser Seite
Go to top