Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada:

  1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH) yang akan mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA.
  2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH) yang sedang mengikuti pengajian secara SEPARUH MASA.
  3. Para Pentadbir dan Pegawai bukan akademik IPTA bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA.

Sehubungan itu, PPPT yang berminat dan berkelayakan adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat serta syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan. Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://biasiswa.moe.gov.my/hlp/index.php atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka). Kesemua dokumen sokongan serta borang perakuan Ketua Jabatan hendaklah dimuatnaik kembali dan permohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ’Sah & Hantar’ pada paparan yang disediakan.

Permohonan akan mula dibuka mulai 10 Julai 2019 jam 5.00 petang hingga 25 Julai 2019 jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas dari jam 5.00 petang tidak akan diproses. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
10 Julai 2019

Muat Turun

Statistik

  Rendah Menengah Jumlah
Sekolah 17 9 26
Murid 9424 5782 15,206
Guru 747 563 1409
Bukan Guru 103 112 215
 Data Sehingga 
[20 MAC 2019]

Statistik Pengunjung

087302
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sejak Okt 2017
165
308
1941
7167
11565
87302

Your IP: 34.236.190.216
2019-08-24 13:13

Pautan Jabatan

 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact
 contact  contact  contact  contact  contact  contact  contact

QR Code

QR-Code dieser Seite
Go to top