1

Penantian 11 Tahun Berakhir Bagi Sekolah Kebangsaan Pekan Satu

Labuan 31 Mac- SK Pekan Satu (SKPS)  mencipta sejarah tersendiri apabila menjulang JUARA KESELURUHAN Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) kategori sekolah rendah . SKPS pernah menjuarai kategori yang sama pada tahun 2016 dan berjaya merangkul kejayaan semula selepas 11 tahun .

Dalam kejohanan yang berlangsung dari 28 Mac hingga 31 Mac 2018 SK Pekan Satu (SKPS) memperoleh 3 pingat Emas , 1 pingat Perak dan 1 Gangsa .

Kemenangan pingat Emas dimenangi oleh adik Elvinsivis  dalam acara lompat jauh kategori lelaki 12 tahun, acara 4 x 100 m dan 4  x 200 m kategori lelaki 12 tahun dimenangi oleh adik Mohd Wafiy ,Zulfaqif , Elvinsius dan Mohd Fadley . Seterusnya , pingat Perak dimenangi oleh adik Zulfaqif dalam acara 200 m kategori lelaki 12 tahun . Manakala , kemenangan pingat Gangsa dirangkul oleh adik Mohd Wafiy dalam acara lompat berpagar 80m kategori lelaki 12 tahun . Paling membanggakan adalah adik Elvinsius berjaya membawa nama Sekolah Kebangsaan Pekan 1 dengan menjadi wakil Wilayah Persekutuan Labuan ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah di Selangor .

Latihan insentif telah dijalankan sejak tahun 2016 oleh jurulatih SKPS iaitu Puan Aldiana Aling , En Zainal Anuwar, Puan Dayana Issu , En Mohd Faisal Haji Mohd Main , En Mohd Sairizam , En Mohd Sayuti , En Mohd Syukri , En Mohd Helmi dan diterajui oleh penolong kanan ko-kurikulum SKPS iaitu Puan Zailiana Zainol .

Kejayaan SKPS dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan  (MSSWPL) telah menyemarakan lagi semangat kesukanan warga SKPS dan standing dengan motto sukan SKPS iaitu ‘DARE TO WIN’. Dengan kemenangan ini , SK Pekan Satu beriktizam untuk mengekalkan gelaran juara dan akan terus bersaing dalam kejohanan-kejohanan yang bakal berlansung di masa hadapan .




SMK Pantai IBWS Pecah Dua Rekod Hari Pertama Olahraga MSSWPL 2018

Labuan : Dua atlet SMK PANTAI iB World School mencipta sejarah tersendiri selepas mencipta dua rekod baru pada hari pertama Kejohanan Sukan dan Olahraga MSSWPL di Kompleks Sukan Labuan.

Dua pelajar tingkatan 3 SMK Pantai itu ialah Andrea albertus voo mencatat rekod dalam acara lompat tinggi dengan catatan 1.46 meter memecahkan rekod sendiri 1.45 meter tahun 2017.

Manakala rekod kedua dicipta oleh Amar Abdullah Yaacub dalam acara 100 meter kategori Lelaki 15 tahun dengan catatan 11.15 saat berbanding rekod Awangku Mohd Hamirulizam 11.30 saat yang dibuat pada tahun 2010.

Pada hari pertama SMK Pantai memperoleh 5 Emas bersaing dengan SMK Mutiara sekolah sukan negeri dengan 6 Emas dan SMK Labuan ketiga dengan 4 emas.

Emas
Andrea albertus voo lompat tinggi p15
Nurathirah alia omar lempar cakera p18
Amar abdullah yaacub 100m l15
Nursafiah arfian 100m p18
Aiman nazzwan aqra amnan 1500m l15

Perak
Kamarul iqhwan 1500m l18
Dahidul darwisy rejam lembing l15
Tahrina hashim 100m p18

Gangsa
Zaryssa awang danial 100m p15
Mohd zami mazlan lontar peluru L18
Cyra cyril lompat tinggi p15


Manakala hari kedua kejohanan SMK Pantai IBWS telah memintas kedudukan pingat emas dengan menambah 3 lagi pingat emas menjadikan 8 emas mendahului carta dan kedudukan kedua SMK Mutiara dengan 7 Emas.

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bermula 28hb Mac dan berakhir pada 31 Mac 2018.

 

Disediakan
Sahar Misron
Pengetua SMKP IBWS




Majlis Perhimpunan Bulanan JPWPL bagi bulan Mac 2018

Labuan, 29 Mac – Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan bagi bulan Mac 2018 telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WP Labuan, hari ini.

Majlis diserikan dengan persembahan Lagu Rasmi Sekolah oleh murid-murid dan guru-guru SK Bukit Kalam serta persembahan nasyid dari pelajar-pelajar SMK Mutiara.

Dalam amanat Pengarah Pendidikan JPWPL, Encik Raisin Saidin berkata perhimpunan seumpama ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid menonjolkan bakat serta potensi diri.

Murid dapat mengalami sendiri dengan mempersembahkan bakat mereka di hadapan khalayak ramai. Ini merupakan satu pembelajaran dan pengalamian dalam diri murid-murid.

Dua orang guru yang bersara turut diraikan iaitu Tuan Haji Jahar bin Mulok, Penyelia Unit Kebajikan Dan Kesihatan Murid, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Guru SK Pekan Dua, Puan Hajjah Supiyah bt Razali.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan juga telah mengadakan pertandingan keceriaan bilik darjah peringkat sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekolah Menengah St Anthony dan Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Rancha-Rancha telah diistiharkan sebagai pemenang bilik darjah secara keseluruhan bagi bulan Mac 2018.

Sementara Anugerah Khas Pengarah bagi bulan Jun telah diberikan kepada Puan Norismah Ab Moin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik dan Puan Chan Kwi Fong, Pengetua SM St Anne di atas kecemerlangan pencapaian akademik peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Rasmi Sekolah SMK Labuan.

 




Dua Orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Menerima APC KPM 2017

Putrajaya – Dua orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 pada 20 Mac yang lalu.

Dua orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tersebut ialah Encik Ismail bin Abdullah, Pengetua SMK Labuan dan Encik Zulkifli bin Zakaria, Pegawai “School Improvement Specialist Coach” (SISC+) Matematik, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia, bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kedua-duanya menerima Sijil Penghargaan dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM 1000.

Anugerah diberi berdasarkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2017.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima APC KPM 2017.




Sekolah Menengah St. Anthony Berjaya Meningkatkan Keputusan SPM 2017

15 Mac 2018, Keputusan SPM tahun 2017 telah diumumkan oleh Tuan Raisin Bin Saidin, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan W.P.Labuan bertempat di Pusat Kokurikulum Kampung Ganggarak W.P.Labuan. Dalam pengumuman kali ini SM. St. Anthony telah berjaya meningkatkan keputusan kepada 92.41% berbanding 82.14% pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 10.27% . Gred purata sekolah juga telah meningkat dari 5.70 kepada 5.49.

Pengetua sekolah Pn Dona Undoh menyatakan kejayaan ini adalah hasil usaha, komiten dan sikap dedikasi para guru dalam mendidik dan membimbing para pelajar di sekolah ini, serta sokongan dan keprihatinan  ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka. Di samping perancangan yang rapi serta program peningkatan akademik yang dilaksanakan di peringkat panitia dan sekolah. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan padu pihak Jabatan Pendidikan W.P.Labuan yang diterajui oleh Tuan Raisin Bin Saidin dalam memberikan khidmat bantu kepada pihak sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) di bawah pimpinan Encik Chia Sia Theng selaku Yang Dipertua, sangat komited dalam menyokong semua program kecemerlangan akademik sekolah termasuklah menyumbangkan RM10,000 bagi melengkapkan keperluan makmal sains sekolah. Begitu juga pihak Lembaga Pengurusan Sekolah yang sangat prihatin dengan pembangunan fizikal sekolah dan juga menyokong program akademik dengan menyumbangkan RM5000 bagi keperluan makmal sains dan membayar sebahagian sewa mesin fotosat bagi keperluan percetakan. Pengetua sekolah juga turut berterima kasih atas sokongan Bapa Angkat Korporat Datuk Harris Bin Hj. Annuar Tan, CEO ASB, pihak NGO dan bekas pelajar SAS ( ALUMNI ) yang sentiasa prihatin dengan keperluan sekolah. Semoga permuafakatan strategik yang baik ini akan berteruskan.

Pelajar Cemerlang SPM SM St. Anthony : Dari kiri : Dy Nurvivisharipah , Gilbert, Chia Sia Theng ( YDP PIBG ), Doan ( Pengetua ), Amanda, Khor Hui Ying dan Colin Seet Ling Fung

Tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah lulus dengan cemerlang iaitu Gilbert Sipaun JR ( 1A+, 2A, 3A-, 1D ), Amanda Ker ( 2A+, 4A, 2B+ dan 1C ), Colin Seet Ling Fung ( 2A, 3A-, 1B+, 1C dan 2D ), Dy Nurvivisharipah Binti Awang Jufari ( 1A, 4A- dan 3B+ ) , Khor Hui Ying ( 2A, 3A-, 1B+, 1B, 1C dan 1D ) dan Nor Atiqah Binti Mohd Yasid ( 5A-, 2B+ dan 1C+ ). Tahniah kepada semua ibu bapa yang meraih kejayaan anak-anak mereka di SAS pada hari ini. Sesungguhnya murid-murid ini telah mencapai kemenjadian diri secara holistik iaitu cemerlang akademik, mempunyai sahsiah diri yang terpuji, berbakat dalam aktiviti kokurikulum dan mempunyai potensi diri dari segi kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi.

Sekolah ini telah berjaya meningkatkan keputusan dalam 7 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu 97.47% , Pendidikan Islam 100%, Pendidikan Moral 80%, Sejarah 93.67%, Mathematics 91.14%, Science 95.45%, Ekonomi Asas 76% dan Kesusteraan Melayu 50%. Terdapat 4 mata pelajaran yang berjaya mengekalkan keputusan 100% lulus dan meningkatkan kualiti GPMP iaitu Geografi, Pendidikan Seni Visual, Physics dan Biology. Kejayaan ini telah meletakkan semula SM St. Anthony standing dengan sekolah-sekolah lain di W.P.Labuan yang juga mencapai peratus lulus 90% ke atas seperti SMK Labuan, SMK Pantai IBWS dan SMK Taman Perumahan Bedaun. Semoga SM St. Anthony akan terus menjadi salah sebuah sekolah pilihan ibu bapa di Wilayah Persekutuan Labuan.

Motivasi dari Tuan Raisin Bin Saidin , Pengarah Pendidikan W.P.Labuan sebelum SPM telah berjaya mencatat keputusan 100% lulus bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

Akhir sekali Pengetua sekolah memuji kepimpinan pengurusan tertinggi sekolah  iaitu Puan Leberie @ Liberie H Dalus selaku Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Encik Yee Choon Hian selaku Penolong Kanan HEM, Encik Kuanfuh @ Jackson Bin Tondoliu selaku Penolong Kanan Kokurikulum serta kepimpinan pertengahan ( Middle Leadership ) iaitu Puan Siti Rahimah Binti Suhaimi ( GKMP Votek ), Cik Nor Rizan Ab Rajab ( GKMP Kemanusiaan ), Encik Jayastine A. John ( GKMP Bahasa ) dan Puan Kastini Kassim ( GKMP Sains dan Matematik ) , semua ketua panitia , guru-guru dan staf sokongan sekolah yang sentiasa konsisten dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam semua aspek kemenjadian murid. Semoga SM St. Anthony akan terus melangkah ke hadapan dengan yakin dan cemerlang. SAS MOVING FORWARD WITH CONFIDENCE AND EXCELLENCE

Berita Oleh : DK Suhana PG Tassip




Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Lajau Kali Ke-17 Tahun 2018

LABUAN – 10 MAC 2018 – Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Lajau Kali Ke-17 Tahun 2018 telah selamat dirasmikan oleh Yang Berbahagia , Puan Hjh. Fauziah binti Datuk Hj. Mohd Din, ADK   pada 10 Mac 2018 bertempat Dewan Mini SMK Lajau,WP Labuan tepat jam 9.45 pagi disaksikan Pengetua SMK Lajau Encik Mohd Jamatin bin Abd Latip beserta barisan AJK PIBG sesi 2018/2019 dan semua hadiran yang hadir.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru serta komuniti sekitarnya, bertukar-tukar pandangan serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Bahkan, pogram ini merupakan salah satu program di bawah inisiatif #62 Perluasan Pelaksanaan Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Ekosistem (PIBK)  Sekolah Tahun 2018 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Tepat jam 7.30 pagi, ibu bapa dan guru telah membuat pendaftaran di luar Dewan Mini SMK Lajau. Semua ibu bapa dan guru menantikan kedatangan perasmi dan tetamu jemputan. Tepat jam 8.35 pagi , ketibaan perasmi iaitu Puan Hjh. Fauziah binti Datuk Hj. Mohd Din, ADK telah disambut oleh pengetua SMK Lajau disamping barisan penolong kanan serta guru kanan bidang sambil diperhatikan oleh para ibu bapa dan guru.

Mohd Jamatin ( tiga dari kiri ) En Tapa Jani YDP PIBG SMK Lajau ( Empat dari Kiri ) dan barisan pentadbir dan AJK PIBG

Mesyuarat Agung telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zahari bin Awang, diikuti nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Wilayah Maju dan Sejahtera. Majlis diteruskan dengan ucapan Naib Yang Dipertua PIBG SMK Lajau iaitu Puan Sarina binti Shaari dan diikuti ucapan pengetua SMK Lajau iaitu Encik Mohd Jamatin bin Abd Latip. Pengetua dalam ucapannya sempat menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua ibu bapa yang hadir dan perasmi serta semua tetamu jemputan.

Ucapan oleh Yang Berbahagia , Puan Hjh. Fauziah binti Datuk Hj. Mohd Din, ADK selaku Bapa Korporat SMK Lajau tahun 2018 menyusul selepas ucapan pengetua. Beliau terlebih dahulu merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan PIBG kerana sudi menjemput beliau sebagai perasmi. Dalam ucapannya, beliau berharap semua ibu bapa yang hadir pada hari ini dapat bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memajukan dan mengubah suasana sekolah ke arah yang lebih baik serta kondusif bagi menarik minat semua pelajar ke sekolah. Bahkan, beliau berharap suatu hari nanti anak-anak SMK Lajau akan dapat mengharumkan nama sekolah dan Labuan di persada antarabangsa. Perasmi juga memuji sikap Pengetua SMK Lajau yang dilihat peka dengan keadaan SMK Lajau dan dia mengharapkan beberapa tindakan perlu diambil dalam membaik pulih infrastruktur di SMK Lajau secepat  mungkin.

Selain itu, perasmi juga memandang serius tentang permintaan pihak sekolah untuk membaik pulih Dataran Gemilang dan bersetuju dengan pihak sekolah yang ingin membina pondok bacaan. Hal ini kerana, beliau sangat meminati aktiviti membaca buku dan ianya sangat penting bagi pelajar sekolah bagi menambah ilmu. Bahkan, usaha pihak sekolah untuk menambah bilangan pokok di sekolah disambut baik oleh beliau. Hjh. Fauziah turut mengajak semua ibu bapa bersama-sama membantu mengenal pasti kecenderungan minat dan kemahiran anak – anak bermula sejak kecil lagi. Beliau berpendapat seseorang pelajar perlulah seimbang dari segi akademik dan sahsiah bagi menghadapi tahun mendatang yang pastinya lebh mencabar. Akhir sekali, perasmi mengharapkan agar mesyuarat ini mendapat kata sepakat dari semua pihak.

Beliau selepas itu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Lajau Kali Ke-17 Tahun 2018 dan menyaksikan persembahan multimedia sebagai tanda rasmilah sudah mesyuarat tahun ini. Kemudian, penyampaian cenderahati kepada perasmi telah disampaikan oleh pengetua SMK Lajau dan disaksikan oleh semua hadirin yang berada di dalam dewan.

Seterusnya, majlis penanaman pokok kelapa menyusul selepas itu. Aktiviti ini merupakan acara khas VIP yang dijalankan di Padang Bola SMK Lajau. Acara ini melibatkan penanaman pokok kelapa oleh Puan Hjh. Fauziah binti Datuk Hj. Mohd Din, ADK Bapa Korporat SMK Lajau, ASP Lee Chee Yong Pegawai Perhubungan SMK Lajau, Encik Mohamad Bin Jakob Ketua Kampung Lajau, Encik Mohd Jamatin Bin Abd Latip pengetua SMK Lajau, Puan Sarina binti Shaari  Naib Yang Dipertua PIBG SMK Lajau sesi 2018/2019 serta disaksikan oleh barisan penolong kanan dan guru kanan bidang.

Sementara itu, di dalam dewan berlangsung pula ceramah daripada Dr. Sabbitan A/L Balkrishnan daripada Unit Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Labuan berkaitan dengan ceramah keibubapaan. Selepas itu, ceramah daripada Jabatan Kesihatan Awam W.P Labuan iaitu Talasemia disampaikan oleh Dr. Tengku Intan Najwa bin Tengku Azmi.

Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan ringkas Naib Yang Dipertua PIBG SMK Lajau sesi 2018/2019 seterusnya membentangkan agenda mesyuarat satu persatu. Proses perlantikan ahli jawatan kuasa PIBG sesi 2018/2019 hanya melibatkan pemilihan jawatan Yang Dipertua PIBG. Akhirnya, semua sebulat suara memilih dan mengamanahkan Encik Tapa bin Jani sebagai Yang Dipertua PIBG yang baharu bagi sesi 2018 / 2019. Gabungan AJK baharu dan lama telah dipilih dan semoga tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan jayanya. Dengan perlantikan tersebut, maka sempurnalah Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Lajau Kali Ke-17 Tahun 2018. Ucapan pengguhan oleh YDP PIBG 2018/2019 yang baharu tepat pada jam 12. 57 tengahari dan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat  yang hadir. Pelaporan menyuarat disediakan oleh Cik Nur Khuzaimah Zakaria.




Kok Hui Taou Murid Terbaik SPM WP Labuan Dengan 11A+

SMK Labuan berjaya mencapai peningkatan dalam peratus lulus SPM 2017 iaitu 92.77% berbanding 88.69% pada tahun 2016.

Seramai 235 calon menduduki SPM 2017 iaitu calon paling ramai berbanding sekolah-sekolah lain di WP Labuan.

Gred Purata Sekolah (GPS) menurun sedikit kepada 4.97 berbanding 4.92 pada tahun 2016.

Seramai 4 orang murid SMK Labuan mendapat semua A daripada 13 orang murid seluruh WP Labuan yang mendapat semua A. Murid-murid SMK Labuan menduduki kedudukan pertama, kedua, keempat dan keenam dalam senarai 13 orang murid cemerlang SPM WP Labuan.

Kok Hui Taou merupakan murid terbaik SPM WP Labuan apabila mencapai keputusan cemerlang tertinggi A+ dalam semua 11 mata pelajaran yang diambilnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Muzik.

Kok Hui Taou : Pelajar terbaik SPM 2017 Labuan

Kok Hui Taou diwakili ibunya kerana dia sedang melanjutkan pelajaran peringkat A Level di Yayasan UUM di Kuala Lumpur sejak bulan Januari yang lalu.

Kok juga merupakan murid yang mencapai skor tertinggi Kuiz Kimia Kebangsaan tahun 2017 dan salah seorang daripada wakil SMK Labuan yang menjadi johan National Science Challenge 2016 yang membawa mereka ke Sweden mewakili Malaysia.

Murid kedua terbaik SPM WP Labuan iaitu Calvin Au Ka Wai mencapai 8A+ dan 2A, diikuti murid keempat terbaik SPM WP Labuan iaitu Yap Kang Hong yang mencapai 6A+ 3A dan 1A-, serta murid keenam terbaik SPM WP Labuan iaitu Tan Yong Li yang mencapai 5A+ dan 5A.

Seramai 13 orang murid mencapai sekurang-kurangnya 6A dalam mata pelajaran yang diambil.

Pengetua En Ismail bin Abdullah menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang mendidik murid-murid dengan penuh dedikasi dan kesabaran, ibu bapa yang memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak, PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan untuk program-program sokongan akademik, kokurikulum dan sahsiah, serta semua pihak yang membantu sekolah secara langsung atau tidak langsung.

SMK Labuan juga berazam untuk mencapai prestasi lebih baik dalam SPM 2018 dengan strategi yang lebih teratur dan komitmen yang berterusan. Sekolah akan memberi tumpuan kepada pencapaian murid-murid cemerlang , di samping tidak melupakan pencapaian murid-murid sederhana dan lemah kerana SMK Labuan berpegang kepada tema “Setiap Murid Bernilai”




Keputusan SPM 2017 Labuan Meningkat

Labuan – Seramai 951 orang calon sekolah kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan telah menduduki peperiksaan SPM 2017 di 9 buah pusat peperiksaan dan seramai 851 orang calon layak mendapat sijil dengan jumlah peratus 89.48%.

Keputusan ini meningkat berbanding 85.94% tahun 2016, peningkatan sebanyak 3.54%.

Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) 4.94, juga meningkat berbanding 5.08 tahun 2016, peningkatan sebanyak 0.14.

Pelajar Kok Hui Taou dari SMK Labuan telah diistiharkan sebagai pelajar terbaik dengan mendapat pencapaian Cemerlang Tertinggi A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Manakala seramai 12 orang calon Labuan mendapat sekurang-kurangnya cemerlang A- dalam semua mata pelajaran.

Pada keseluruhannya pencapaian calon Sekolah di Labuan untuk setiap mata pelajaran adalah amat memberangsangkan.

16 mata pelajaran telah mencapai kelulusan 100% daripada 33 mata pelajaran yang diambil oleh calon.

Sebanyak 24 mata pelajaran mengatasi pencapaian peringkat nasional, 5 mata pelajaran menyamai pencapaian nasional dan hanya 4 mata pelajaran di bawah pencapaian peringkat nasional.

Majlis Pengumuman keputusan SPM 2017 Labuan telah diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin di Pusat Ko Kurikulum Negeri, JPWPL pada 15 Mac 2018.

Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pengetua dan guru-guru sekolah menengah yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya bagi memastikan peningkatan prestasi SPM WP labuan tahun 2017.
Alhamdulillah tahun 2017 gred Purata Negeri ialah 4.94 berbanding 5.08 tahun 2016.
Demikian juga peratus mendapat Sijil SPM 2017 telah meningkat. Kejayaan ini berkat permuafakatan mantap di semua peringkat.




Sekolah Menengah ST. Anthony W.P.Labuan Berjaya Mengadakan Mesyuarat Agung PIBG

10 Mac 2018-Labuan, Sabtu lepas, SM St. Anthony telah mengadakan Mesyuarat PIBG bagi tahun 2016/2017 dan membuat pemilihan bagi AJK baru tahun  2018/2019, di Dewan Terbuka SM St. Anthony. Seramai 127 orang Ibu bapa  telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut dan  difahamkan pada hari tersebut  juga hampir 11 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan juga mengadakan Mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Selain itu dua buah sekolah jiran juga telah mengadakan mesyuarat agung PIBG pada hari yang sama.

            Bermula jam 7.30 pagi kaunter pendaftaran telah dibuka kepada ibu bapa dan guru. Sebelum bermulanya mesyuarat tersebut satu sesi  ceramah kesihatan  berkaitan dengan penyakit Thalasemia dari Jabatan Kesihatan Labuan telah disampaikan oleh Dr Tengku Intan  Najwa Binti Tengku Azmi . Para ibu bapa digesa agar memberikan kebenaran kepada pihak Jabatan Kesihatan untuk membuat ujian saringan kepada anak-anak mereka yang berada di tingkatan empat pada tahun ini.

Mesyuarat PIBG pada kali ini telah dirasmikan  oleh  yang berbahagia Puan Maimoon Binti Matnoh selaku Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPN W.P Labuan . Dalam ucapan perasmian beliau memuji sokongan padu PIBG SM St. Anthony kepada pihak sekolah. Usaha ini sejajar dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM 2013 – 2015 ) untuk meningkatkan penglibatan dan peranan  ibu bapa dan komuniti di sekolah. Puan Maimoon juga menyatakan tugas dan peranan PIBG di sekolah termasuklah membantu   pihak sekolah menambah kewangan bagi meningkatkan kemudahan fizikal  bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Puan Maimoon Binti Hj. Matnoh ( Tengah ) menghadiri dan merasmikan mesyuarat agung PIBG SM St. Anthony pada 10 Mac 2018

Majlis turut dihadiri oleh Pengetua SM St. Anthony Puan Dona Undoh, YDP PIBG Encik  Chia Sia Theng, NYDP Encik Jeffery Philimon, Bendahari Dr. Baby Chong Vui Hiong, Setiausaha Puan Ismawane Ismail ,  Penolong-penolong Kanan,  AJK PIBG bagi tahun 2016/2017  serta guru-guru  dan para Ibu bapa .

Pengetua sekolah Puan Dona Undoh dalam ucapan beliau, turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PIBG yang sentiasa menyokong dan membantu pihak sekolah dari segi sumber kewangan bagi melaksanakan semua aktiviti kurikulum, kokurikulum dan juga hal ehwal murid. Sebagai sebuah sekolah bantuan modal, PIBG memainkan peranan utama dalam membantu pihak sekolah dari segi kewangan untuk menjayakan aktiviti dan program pendidikan di sekolah ini. Beliau juga berterima kasih atas sumbangan peribadi dalam bentuk kewangan oleh YDP Encik Chia Sia Theng ,begitu juga  Dr Baby Chong yang menaja hadiah program Highly Immersive Programme ( HIP ) khas untuk bahasa Inggeris. Begitu juga kepada AJK dan para ibu bapa yang sentiasa prihatin dengan keperluan sekolah sama ada dari segi  sumbangan moral mahupun material.

Pihak sekolah juga  memberikan sijil penghargaan kepada semua AJK PIBG tahun 2016/2017 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan sokongan padu PIBG kepada pihak sekolah.

Encik  Chia Sia Theng  dalam ucapan beliau menyeru kepada para ibu bapa agar tampil ke hadapan membantu pihak sekolah dalam apa juga bentuk sumbangan. Beliau sekali lagi mendapat kepercayaan dari pada para ibu bapa dan  telah dipilih sebagai YDP PIBG bagi sesi 2018/2019.

 

Berikut ialah AJK PIBG SM St. Anthony Tahun 2018/2019

Yang Dipertua           : Encik Chia Sia Theng

Naib YDP                  : Encik Jeffery Philimon

Setiausaha                  : Encik Mohd. Khairi Bin Mahady

Bendahari                   : Dr. Baby Chong Vui Hiong

Pen. Bendahari           : Puan Fauziah Binti Henry

AJK                            : Encik Frankie Tay Kian Lo

Encik Patrick Chong

Puan  Caroline Chanti Udar

Puan  Lorita Benjamin

Puan Angelona Voon

Puan Murni Binti Alkin

Puan Roziah  Abdul Rahman

Encik Jayastine A. John

Encik Yee Choon Hian

Puan Leberie @ Liberiah H Dalus

 

Dalam ucapan penangguhan ,  En. Chia Sia Teng,  selaku Yang Dipertua PIBG yang baru, beliau berharap PIBG pada tahun ini akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya semua ibu bapa dan guru dapat berganding bahu dan  memberikan kerjasama yang baik dalam program yang dijalankan. Beliau yakin bahawa SAS akan mampu melakar kejayaan di  dalam bidang akademik dan kokurikulum pada masa akan datang.

Berita Oleh : DK Suhana PG Tassip




SAS Berjaya Menganjurkan Kem Nadwah Kepimpinan Islam Di W.P Labuan 2018

9 Mac 2018-Labuan, Jabatan Pendidikan Labuan telah menganjurkan Kem Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Menengah (NKISM) dan Kem Ibadah Sekolah Rendah (KISS) di Masjid Sultan Mohamad Ke-5 , Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 2018. Pihak JPWPL telah memberi kepercayaan dan telah melantik SM St. Anthony sebagai tuan rumah bagi sekolah menengah manakala SK Pekan 2 sebagai tuan rumah bagi sekolah rendah. Kem ini telah melibatkan 9 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Program ini telah diadakan selama dua hari iaitu bermula  pada 8 Mac hingga 9 Mac 2018 iaitu bersamaan pada hari Khamis dan Jumaat. Selain itu, program ini diadakan bagi mencari dan  mencungkil bakat para pelajar dalam  melahirkan kepempinan di kalangan murid. Maka,program ini telah mensasarkan kepada murid Sekolah Rendah dan Sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kem Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Menengah ini telah dirasmikan  oleh  yang berbahagia Ustaz Mohd Shahir Bin Mohd Yusuf selaku Ketua Unit Pendidikan Islam, JPN W.P Labuan . Majlis turut dihadiri oleh Ustazah Hajah Vivi Erma Binti Abdullah iaitu Penyelia Unit Pendidikan Islam, En. Jaafar Matusin Guru Besar SK Pekan 2, Pn. Siti Rahimah Binti Suhaimi wakil rasmi Pengetua  SM St. Anthony selaku Guru Kanan Bidang Votek,  Awangku Bulhizam Ahmad Thani selaku Pengerus Masjid Sultan Mohamad Ke-5,guru-guru SAS, guru-guru SK Pekan 2, guru-guru pengiring sekolah rendah dan menengah serta peserta KISS dan NKISM.

Encik Sabri Bin Nullah selaku Kem Komandon , program NKISM  menyatakan  beliau berasa amat bersyukur kerana semua aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan semua peserta NKISM telah mengikuti ativiti dengan jayanya. Beliau juga berharap sepanjang kem ini dijalankan semua peserta dapat mencapai objektif seperti meningkatkan keyakinan diri, menguji ketahanan fizikal dan mental serta melatih sikap kepimpinan dalam diri setiap pelajar.

Dalam kem tersebut,terdapat 8  orang pelajar yang terbaik dan  akan mewakili WP Labuan ke Peringkat Kebangsaan iaitu di negeri Pulau Pinang untuk  kategori NKISM  dan KISS. Peserta yang mewakili bagi kategori NKISM ialah adik Rafieq Rafizie Nur Sha S. Roslee dari SMK Labuan, adik Mohamad Ilham Ang Bin Abdullah dari SMK Taman Perumahan Bedaun, Manisha Vanida dari SM St. Anne dan Adik Syamimi Sabdin dari SMK Pantai. Manakala wakil bagi KISS ialah adik Ahmad Naquib Bin Syahmun dari SK Lubuk Temiang, Muhammad Bin Hazmi dari Sk Pekan Dua, adik Saidatul Nazwah Binti Mohamad Kudat dari SK Sg. Bedaun dan adik Nursahira Binti MD Imran dari SK SG Lada.

Menurut Sabri Bin Nullah, beliau mewakili  SM St. Anthony merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Unit Pendidikan Islam kerana sudi memberi kepercayaan kepada sekolah SAS untuk menjadi pengelolah bagi kem Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Menengah pada tahun ini. Beliau juga  turut memohon maaf diatas kekurangan dalam menganjurkan program ini dan beliau juga megucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem Nadwah ini  kerana dapat berjalan dengan lancar.

 

Berita Oleh : DK Suhana PG Tassip