1

SMK Pantai Jalin Kerjasama dengan Jabatan Taman Laut

Labuan – SMK Pantai telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Taman Laut dalam Program Pendidikan dan Kesedaran Awam yang telah diadakan di Dewan iB SMK Pantai pada 24 Oktober 2018 melibatkan 174 orang pelajar Tingkatan 3.

Program Pendidikan dan Kesedaran Awam adalah menjurus kepada penyampaian maklumat mengenai Jabatan Taman Laut Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dan ekosistem marin secara amnya kepada golongan sasaran dan pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung.

Usaha mendidik, memupuk serta meningkatkan tahap kesedaran masyarakat berhubung kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem marin merupakan antara tanggungjawab utama Jabatan Taman Laut Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan.

Selaras dengan hasil projek Kerajaan Malaysia dengan United Nation Development Programme ( UNDP ) dan Global Environment Fasility ( GEF), Conserving Marine Biodiversity through Enhanced Marine Park Management and Inclusive Sustainable Island Development, usaha peningkatan tahap kesedaran awam dan tahap kecapaian maklumat kepada seluruh lapisan masyarakat perlu dipergiatkan lagi.

Pengetua SMK Pantai IBWS, Encik Sahar Misron bersama Penceramah Jabatan Taman Laut dan para peserta

Program ini telah dikelolakan oleh Unit Kaunseling yang diketuai oleh Encik Aman Rashiak dan Puan Sairin Linggah dan menyasarkan pelajar tingkatan 3 SMK Pantai IBWS yang telah menduduki PT3.

Pengisian program termasuk Taklimat Konservasi Marin, Kuiz dan pameran yang menerima reaksi positif pelajar dan guru-guru kerana program ini julung kali diadakan di sekolah ini.

Para pelajar dan guru pula terpegun melihat koleksi hidupan marin yang dipamerkan dan diberi penjelasan oleh pegawai Jabatan Taman Laut. Mereka sangat teruja melihat pelbagai spesis penyu dan koral.

Taklimat Perkongsian Ilmu Marin dan Pengenalan Hidupan Marin disampaikan oleh Encik Saeck bin Nasser. Pegawai dan kakitangan Jabatan Taman Laut Malaysia Labuan yang terlibat ialah Puan Marcia Maikel, Encik Shaharuddin bin Abd Manaf dan Encik Nurdin bin Shamsuddin.

Pengetua SMK Pantai IBWS Sahar Bin Misron yang turut bersama-sama hadir menyatakan bahawa program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang dan dibuka kepada lebih ramai pelajar dan guru serta boleh menggabungkan beberapa buah sekolah lain di W.P Labuan.

Disediakan oleh
SAHAR BIN MISRON
PENGETUA
SMKP IBWS
25.10.18




Perhimpunan Bulanan JPWPL, Oktober 2018 : Ciri Utama Pemimpin Sekolah Abad ke-21

Labuan, 23 Okt – 10 ciri utama yang perlu ada dalam diri pemimpin sekolah abad ke-21, demikian intipati utama ucapan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin pada perhimpunan bulanan JPWPL bulan Oktober 2018, hari ini di BTPN.

Sepuluh ciri utama tersebut ialah :

  1. Kejujuran dan integriti.
  2. Inteligent (cerdik pandai).
  3. Keupayaan untuk mengupayakan orang lain.
  4. Mendengar suara-suara semua pihak (termasuk guru, ibu bapa dan pkp)
  5. Pendekatan turun padang.
  6. Mempunyai aura positif.
  7. Pengetua Guru Besar perlu tahu watak guru-gurunya dan guru-gurunya perlu mengenali murid-muridnya. Pengetua Guru Besar perlu menunjukkan pendekatan yang positif dengan warga sekolah dan ibu bapa.
  8. Keyakinan yang tinggi. Pengetua Guru Besar perlu menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi dan boleh didekati.
  9. Mempamerkan komitmen tulen sebagai penggerak kepada warga sekolah terutama guru-guru dan murid-murid.
  10. Bersedia untuk sentiasa belajar benda baharu yang boleh membawa perubahan yang positif kepada  sekolah.

Majlis diserikan lagi dengan perkongsian ilmu daripada Guru Besar SJK(C) Chung Hwa, Puan Yong Kui Chin yang membawa tajuk ‘Bagaimana menjadi seorang guru yang disenangi dan disayangi oleh murid ?’.

Seterusnya persembahan nyanyian Lagu Sekolah, meraikan kenaikan pangkat pegawai dan staf, penyampaian sijil anugerah, staff of the month dan sambutan hari jadi kepada warga pendidikan Labuan.

Penghargaan kepada Puan Yong GB SJK(C) Chung Hwa atas perkongsian ilmu




Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) : Perkongsian Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Terbaik Melalui Kajian Tindakan dan Inovasi.

Labuan,22 Oktober – SERAMAI 20 orang ahli rombongan termasuk Ketua Sektor Jaminan Kualiti, 3 orang School Improvement Specialist Coaches (SISC+), 11 orang guru dan 5 orang staf sokongan Jabatan Pendidikan W.P.Labuan telah mengadakan Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) : Perkongsian Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Terbaik Melalui Kajian Tindakan dan Inovasi, di 4 buah sekolah rendah di Sabah pada 15 – 19 Oktober 2018 yang lepas.

4 buah sekolah yang terlibat ialah SK Tinangol di daerah Kudat, SK Pekan Beaufort dan SK ST. Patrick, Membakut di daerah Beaufort dan SK Sangkabok, Menumbok di daerah Kuala Penyu. Selain itu, ahli rombongan juga turut mengadakan lawatan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat dan Beaufort, Sabah.

Fatin Raihana sedang menerangkan inovasinya kepada murid-murid di SK Pekan Beaufort

Program PLC ini merupakan satu program khusus untuk guru-guru inovatif di Labuan bagi berkongsi amalan pedagogi terbaik mereka yang dilaksanakan melalui penghasilan alat dan bahan inovatif kepada rakan-rakan guru di Sabah. Ini adalah kerana pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme guru-guru inovatif di Labuan perlu berkembang selaras dengan perubahan pesat bidang pendidikan dan gelombang globalisasi.

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) akan membantu membangunkan kompetensi dan potensi guru-guru inovatif di Labuan ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan. Pengalaman pembelajaran melalui penglibatan guru-guru ini secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan di sepanjang kerjaya mereka akan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21 khususnya di Labuan.

Suriani Oxley sedang menerangkan inovasinya kepada murid murid di SK ST Patrick Membakut

Konsep pelaksanaan program ini terbahagi kepada dua iaitu Karnival Inovasi Bersama Murid-Murid dan Sesi Perkongsian Guru bersama guru-guru sekolah yang dilawati. Karnival Inovasi Bersama Murid-Murid merupakan aktiviti pameran alat dan bahan inovatif yang dihasilkan oleh guru-guru inovatif Labuan. Manakala, Sesi Perkongsian Guru pula merupakan aktiviti pembentangan perkongsian mengenai alat atau bahan inovatif yang dihasilkan dan impaknya terhadap kemenjadian murid-murid.

Menurut Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Puan Khaziyati binti Osman, PLC seperti ini membantu meningkatkan kualiti dan amalan PdP guru-guru inovatif di Labuan, menyediakan peluang perkongsian ilmu, kepakaran dan kerjasama dalam kalangan guru-guru serta mewujudkan semangat kerja berpasukan. PLC seperti ini juga dapat mengindoktrinkan pemikiran guru-guru inovatif sebagai pengurus mata pelajaran yang pakar untuk membantu dan memberikan bimbingan kepada guru-guru yang lain bagi menzahirkan jati diri mereka sebagai pemimpin instruksional.

Guru daripada Labuan International School sedang menerangkan inovasi mereka kepada murid murid




Karnival Borneo Badudun Memperkasa Peranan PIBK

Labuan, 21 Okt : Karnival Borneo Badudun Memperkasa Peranan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) Dalam Pembangunan Akademik dan Sahsiah Murid 2018 melambangkan penyatuan erat antara PIBG dan warga sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Encik Raisin Saidin berkata, program itu bertepatan dengan anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu, bekerjasama dengan ibu bapa dan komuniti secara meluas.

Karnival ini mampu melahirkan komuniti yang bersatupadu dan bekerjasama tanpa mengira apa jua agama dan kaum.

Usaha ini dapat menyampaikan mesej penting kepada umum bahawa semua pihak sama ada yang terlibat dalam bidang pendidikan mahupun masyarakat di segenap lapisan.

“Permuafakatan sebegini menunjukkan kepada kita bahawa anjakan ke-9 sudah mula mendarah daging di jiwa masyarakat di Labuan demi memperkasa PIBK dalam pembangunan akademik dan sahsiah murid seterusnya ke arah kemenjadian murid yang semakin menyerlah di Labuan ini,” katanya semasa merasmikan program itu di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, petang Ahad.

Karnival yang berlangsung selama sehari itu diisi dengan pelbagai acara antaranya Kupi-kupi Santai PIBK, Sesi Dialog dan Forum, Pertandingan Gubahan, Pertandingan Menumpah Ambuyat, Sukaneka, Pesta Pantai, Persembahan rendah dan menengah.




Simposium Kepimpinan Kreatif WP Labuan 2018

Labuan, 20 Okt : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Simposium Kepimpinan Kreatif Wilayah Persekutuan Labuan, hari ini bertempat di salah sebuah hotel di sini.

Simposium tahun 2018 adalah platform perkongsian pemikiran inkuiri yang menjana tingkahlaku menyelidik dan berkreativiti, kesinambungan kepada Wacan Kepimpinan Pengurusan Pendidikan yang telah diadakan setiap tahun sejak 2009.

Program pada kali membincangkan topik forum ‘Memimpin Kreatif untuk masa depan’ serta bicara profesional Melangkah Ke Hadapan.

Panel Jemputan ialah Dr Marzita Abu Bakar, Ketua Pusat Pembangunan Dasar & Inovasi Organisasi IAB, KPM, Prof. Madya Dr Balan Rathakrishnan dari Universiti Malaysia Sabah dan Dr Zamhar Iswandono bin Awang Ismail dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan bertindak sebagai moderator Forum.

Forum ‘Memimpin Kreatif untuk masa depan’

Bagi mengupas Bicara Profesional : Melangkah Ke hadapan, penceramah jemputan Encik Muddin bin Betting, Ketua Penolong Pengarah Sektor Dasar Keguruan, BPG, KPM.

Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Labuan, Encik Raisin Saidin mengharapkan agar pemimpin pendidikan yang hadir pada hari ini terutama Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan  dapat mencetuskan perubahan serta mempengaruhi para guru dalam melangkah ke hadapan bagi meningkatkan kualiti sekolah dan kualiti kemenjadian murid selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

 




Program Pembangunan Majalah Sekolah Digital 2018 (E-Majalah) Peringkat W.P Labuan

Labuan, 16 Okt – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri telah mengadakan Program Pembangunan Majalah Sekolah Digital 2018 (eMajalah 2018) peringkat WP Labuan, hari ini.

Program ini merupakan inisiatif SKMM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian Teknologi Pendidikan di bawah inisiatif Komuniti Pintar dengan objektif untuk memberi pendedahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada pelajar dan guru dan untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi melalui penerbitan digital.

Seramai 54 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari kalangan guru dan murid-murid sekolah di Labuan.

Peserta sedang berusaha membina E-Majalah sekolah dibantu oleh Fasilitator

Selain meningkatkan tahap kemahiran dan pembudayaan ICT di kalangan pelajar dan guru, program ini juga dapat mengurangkan kos percetakan untuk majalah tahunan sekolah bagi menyokong inisiatif hijau dengan meminimumkan penggunaan kertas.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Samsudin bin Yalla, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendidikan W.P Labuan.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar peserta bengkel dapat meneruskan usaha bagi menghasilkan E-Majalah sekolah yang menarik dan dapat memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi semasa menghadiri bengkel pada hari ini.

Semoga semua murid yang hadir hari ini dapat menimba ilmu dalam bidang ICT, mencipta inovasi dan kreativiti, seterusnya menjadikan ICT sebagai bidang kerjaya khususnya sebagai Pembangun Sistem Aplikasi dan Web suatu hari nanti.

Manakala, guru pula memainkan peranan penting sebagai pembimbing dan pendorong kepada murid yang berminat dalam bidang ICT di sekolah.

Ucapan Perasmian Penutupan oleh Encik Samsudin Yalla

Turut hadir, Puan Suhaila Jaafar, Timbalan Pengarah SKMM Pejabat Wilayah Sabah dan Encik Sau’din Sulong, General Manager Konsultan Universiti Malaysia Pahang.

Dalam bengkel tersebut juga telah diadakan mini pertandingan E-Majalah yang terbaik dihasilkan oleh sekolah-sekolah.

Penilaian telah dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Johan disandang oleh peserta dari Sk Membedai, naib johan SMK Lajau dan tempat ketiga SMK Taman Perumahan Bedaun.

Syabas dan tahniah diucapkan !

Johan dari Sk Membedai

 

 




SKK St Anne Anjur Karnival SMathen 2018, Beri Impak Besar Kepada Peserta

LABUAN: Karnival Sains, Matematik dan English (SMathen) Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di sini memberikan impak yang sangat besar kepada peserta.

“Ia memberikan para peserta untuk mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari, lebih dinamik, berkebolehan dan memiliki perspektif yang lebih baik dalam kehidupan,” kata Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Encik Raisin Saidin pada Majlis penutupan karnival itu di Dewan Serbaguna Blessed Sacrament, di sini pada Sabtu.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia, Encik Shamsuddin Mustapha.

Encik Raisin Saidin berkata peserta juga dapat mengembangkan lagi minat dan potensi diri mereka melalui Karnival SMathen itu.

“Kalau sebelum ini anak-anak belum pernah menggunakan Robot VEX, GMATH dan menyelesaikan permainan Bahasa Inggeris menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi maka di sinilah kemampuan diri dikembangkan lagi,” katanya.

Tambahnya, ia akan seterusnya menjurus ke arah kemenjadian diri mereka dan mampu bersaing dalam era globalisasi yang semakin kompetitif.

Selain itu, karnival itu dapat memperkenalkan Labuan khususnya dalam sektor pelancongan kepada para peserta yang datang dari luar Labuan mengenai tempattempat menarik yang ada di sini untuk dilawati.

Encik Raisin Saidin juga bangga kerana karnival itu adalah satusatunya dianjurkan di Labuan yang mengadakan program anak angkat untuk peserta dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mampu merapatkan tali silaturahim serta bertukar pengetahuan tentang kebudayaan masyarakat di sini.

Karnival SMathen kali ini memasuki edisi ketiga yang mana, ia pertama kali diadakan di Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Sekolah Kebangsaan (SK) St Anne Labuan.

Antara pengisian karnival selama tiga itu adalah ‘Bengkel Genius Mathematics’, Bengkel ‘VEX Robotic Ringmaster’, pertandingan matematik dan lain-lain lagi.

Turut hadir, Pengetua SKK SK St Anne Shim Ching Teo, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Hazan Dahari.




SMK Labuan, Kem Cerdik Cukai Kebangsaan 2018

Labuan, 11 Okt – Pendidikan mengenai cukai perlu ditanam kepada semua masyarakat di negara ini terutama golongan muda dan belia sebagai landasan terbaik kepada mereka menjadi pembayar cukai yang bertanggungjawab dan menyemai semangat patriotik cintakan tanah air.

Lembaga Hasil Dalam Negeri bersama Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Kem Cerdik Cukai (KCC) 2018 bertempat di Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 30 September hingga 5 Oktober 2018.

Dengan tema Pendidikan Percukaian, Ilmu Seumur Hidup, KCC 2018 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir Haji Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

KCC merupakan aktiviti yang memberikan pendidikan awal percukaian kepada murid-murid Tingkatan 6 sebelum mereka menempuh alam pekerjaan, di samping meningkatkan kefahaman dan kemahiran asas percukaian yang bertepatan dengan persekitaran masa kini demi menerapkan sikap yang perlu diteladani untuk menjadi pembayar cukai yang bertanggungjawab dan berintegriti.

Melalui program ini, terdapat banyak aktiviti yang dilakukan termasuk Taxplore Race iaitu aktiviti dalam bentuk Explorace bertemakan percukaian serta simulasi e- Filing.

Namun pelajar bukan sahaja didedahkan berkaitan dengan percukaian semata-mata tetapi diberikan ceramah motivasi  yang boleh digunakan untuk memantapkan motivasi bagi meningkatkan pencapaian dalam pelajaran.

Terdapat juga slot yang memberikan pededahan kepada pelajar cara untuk mengisi permohonan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah yang disampaikan oleh  Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar.

Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia juga memberikan pendedahan kepada pelajar cara untuk meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan STPM khususnya untuk subjek Pengajian Am.

Pelajar juga diberikan pendedahan cara untuk mengurus kewangan melalui slot ‘ Menggapai Pelangi’.

Dr Farah Hani Imran, pakar bedah plastik ( bekas ratu gimrama negara ), Encik Ahmad Badrul Sani, Personaliti TV Al-Hijrah dan Encik Mohd Sukur Ibrahim seorang usahawan OKU juga berkongsi pengalaman bagi memberi motivasi kepada peserta KCC.

Penyertaan Keseluruhan, 43 buah sekolah yang terpilih setiap negeri di seluruh negara melibatkan 159 pelajar dan 40 guru pengiring.

Labuan tidak ketinggalan dengan menghantar 8 orang peserta yang terdiri dari pelajar Tingkatan 6 Bawah SMK Labuan dan 2 orang guru pengiring iaitu Encik Mazri Mohamed Yunus dan Puan Evelyn Modiun.

 




SMK Labuan, Karnival Kokurikulum Tingkatan 6 Kebangsaan 2018

Labuan, 10 Okt – Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Selangor telah mengadakan Karnival Kokurikulum Tingkatan 6 Kebangsaan 2018 pada 3hb hingga 5hb Oktober 2018 bertempat di Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Matlamat program ialah mendedahkan pelajar Tingkatan 6 dengan pelbagai aktiviti berpersatuan, riadah dan bersukan.

Pelajar juga dapat menimba pelbagai teknik orienteering, persiapan diri, bekerjasama dan beriadah di samping mendedahkan dengan semangat persaingan, bekerjasama, bercita-cita dan berdedikasi semasa menjalani aktiviti-aktiviti yang dianjurkan semasa karnival ini berlangsung.

Pengucapan Awam sempena karnival Kokurikulum Tingkatan Enam

8 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring telah menyertai karnival ini melibatkan 12 buah negeri.

Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan telah memenangi naib johan untuk aktiviti eksplorace dan tempat ketiga dalam pertandingan pengucapan awam.

Turut diadakan Khidmat Masyarakat di Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bharu.

Antara aktiviti sempena karnival kokurikulum Tingkatan Enam

Guru Pengiring Ustaz Jailani Muda dan Puan Rosnanih Amat. Manakala pelajar yang terlibat ialah Ihram Zulhilmi Bin Md. Johan,  Nurul Khomsah Hasanah Binti Samad, Md. Azuan Bin Isack, Mcolsen Harry, Shahrulnizam Bin Azman, NorlailaBinti Hasyim, Nurul Syazrinah Binti Samoen, Ctresha Avila Eivelyiana Cliff.

Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Encik Rozman Bin Baharudin, Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berita Oleh :  Encik Ismail Abdullah, Pengetua SMK Labuan




International Education Adventure 2018

Labuan, 10 Okt – Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah telah mengadakan International Education Adventure 2018 bertempat di Kem Tasoh Perlis dan di Rattanasarn Scout Camp, Songkhla Thailand pada 29 Sept hingga 4 Okt 2018.

Penyertaan keseluruhan melibatkan 216 peserta dari seluruh Malaysia (kecuali Sabah) dan melibatkan 14 badan unit beruniform. 4 buah sekolah dari negara Thailand juga terlibat dalam menjayakan  program ini.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah menghantar 4 orang peserta, seorang guru pengiring iaitu Puan Maslina Arifin dan diketuai oleh Ketua Unit Badan Beruniform JPWPL, Encik Mohd Aminuddin Hj Abdul Malek.

Gambar kenangan bersama sebilangan peserta International Education Adventure 2018

Empat peserta yang menyertainya ialah Adik Sofia Umaira Ismail, Nur Athirah Asmawi, Muhammad Nor Mukhlis Mohd Nizam dan Hana Raihana Mohd Aminuddin, kesemuanya dari SMK Labuan.

Matlamat program adalah untuk meningkatkan disiplin, kesopanan, sikap kerjasama dan bertanggungjawab selain dapat mempelajari dan mengetahui budaya luar negara.

Program yang berlangsung di Kem Tasoh Perlis melibatkan aktiviti ikatan tali, asas kawad, mari belajar bahasa Thailand dan bacaan kompas.

Manakala di Kem Rattarasarn Thailand melibatkan aktiviti Survival skill (hiking), explore songkhla, Fitness Challenge, Teamwork dan Malam Kebudayaan.

Aktiviti ikatan tali di Kem Tasoh Perlis

Segala aktiviti yang dijalankan dapat membantu peserta mengetahui kebolehan, kecekapan, kemahiran serta kemampuan diri sendiri semasa aktiviti berlangsung.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Mr Adinan Pakbara, Naib Menteri kepada Perdana Menteri Thailand.

Turut hadir Encik Afandi Abu Bakar, Konsulat Malaysia Wilayah Songkhla dan Encik Abd Aziz Selaman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

Berita Oleh :  Encik Ismail Abdullah, Pengetua SMK Labuan