1

SMK Labuan Raih 3 Anugerah Sempena Majlis Apresiasi PIBK WP Labuan 2018

Labuan, 28 Nov – SMK Labuan telah meraih tiga anugerah sempena Majlis Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2018 pada 23 November 2018 di salah sebuah hotel di Labuan.

Tiga anugerah yang diraih oleh SMK Labuan ialah Anugerah Ikon PIBK Dalam Pembangunan Kokurikulum Sekolah Menengah, Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Sekolah Menengah dan Anugerah Khas PIBK (Program PIBK Terbaik 2018).

Menurut Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah, kemenangan ini adalah hasil daripada komitmen semua pihak sama ada guru, ibu bapa dan komuniti yang secara sukarela menyumbang kewangan dan tenaga menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah.

Harapan agar pengurusan PIBG dan aktiviti PIBK akan lebih terancang dan teratur. Pelan Strategik SMK Labuan 2019-2025 telah meletakkan Hubungan Komuniti sebagai Matlamat Strategik yang keempat. Ini akan memperkasakan pengurusan PIBG dan memantapkan lagi aspek pelibatan komuniti. katanya.

PIBG dan PIBK diyakini akan membawa impak besar kepada kemenjadian murid-murid SMK Labuan jika pelibatan ibu bapa dan komuniti lebih menyeluruh.

Tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut YB Datuk Rozman bin Datuk Hj Isli, Ahli Parlimen Labuan dan Encik Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir Puan Maimoon binti Matnoh, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Puan Norismah binti Abd Moin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik.




Pencapaian Membanggakan SMK Labuan dan SMK Lajau : Karnival Inovasi Teknologi Hijau Kebangsaan 2018

Labuan, 27 Nov – SMK Labuan meraih tempat ketiga Pertandingan Inovasi Bio Jisim sempena Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 pada 21-23 November 2018 bertempat di Pulai Springs Resort, Johor.

SMK Labuan diwakili oleh tiga pelajar tingkatan 4 SMK Labuan iaitu  Nurul Syahidah Binti Azzril, Nur Ain Rabiatul Farraliza Binti M.Kasim dan Umi Khairunnisa Binti Muhammad Asri. Cikgu  Anggarab melibatkan

Pelajar tingkatan 4 tersebut dibimbing oleh Cikgu Isabella Kim dan Cikgu Nur Farhanah Binti Mohamed Ibrahim menerima sijil, trofi dan wang tunai RM 500.

SMK Lajau juga turut meraih tempat kedua dalam Pertandingan Green Cooker Challenge.

Karnival Inovasi Teknologi Hijau ini merupakan salah satu aktiviti bagi memberi kesedaran teknologi hijau kepada sekolah merentasi kurikulum dan kokurikulum bagi pemantapan pendidikan lestari.

Acara ini disasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Untuk rekod, Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2018 merupakan acara tahunan dan SM Sains Labuan pernah meraih Naib Johan Pertandingan Kuiz Teknologi Hijau pada tahun 2016.

Syabas Tahniah diucapkan kepada SMK Labuan dan SMK Lajau di atas pencapaian membanggakan pada Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2018. Kemenjadian dan Kecemerlangan Murid Bermula disini !




Bola Sepak PSKPP 2018 : Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Kekal Juara

Labuan, 23 Nov – Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi membuktikan kehebatan apabila mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) WP Labuan tahun 2018.

Pasukan Ibu Pejabat JPWPL kekal juara dengan mengalahkan pasukan sekolah dari Zon 2 dengan penuh debaran dan dramatik sehingga berlarutan ke penentuan sepakan penalti.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang sintetik, Kompleks Sukan Labuan, juara bertahan itu ketinggalan 2-0 sebelum bangkit mengikat kedudukan 2-2, sebelum wisel penamat ditiupkan.

Penjaga gol, Azman Akhmad menjadi wira Ibu Pejabat dengan menyelamatkan 2 sepakan penalti pihak lawan selain 1 sepakan melambung tinggi menjadikan keputusan akhir 3-1.

Ketangkasan Azman menyelamatkan sepakan penalti

Ia merupakan kejuaraan kedua berturut-turut dimenangi skuad Ibu Pejabat selepas muncul juara dengan menundukkan pasukan sekolah Zon 4, pada perlawanan akhir tahun lalu.

Terdahulu, pada peringkat kumpulan pasukan Ibu Pejabat JPWPL telah menewaskan pasukan sekolah Zon 3 dengan keputusan 3-1, menewaskan Kolej Matrikulasi Labuan 2-1 dan seri 0-0 dengan pasukan sekolah Zon 5.

Jaringan tunggal Jyclso Bryan pada perlawanan separuh akhir memastikan pasukan Ibu Pejabat mara ke perlawanan akhir dengan menewaskan pasukan sekolah Zon 4 dengan kemenangan tipis 1-0.

Pada tahun ini Pasukan Ibu Pejabat bergabung tenaga dengan Sekolah Antarabangsa Labuan yang diperkuatkan 4 orang pemain.

Pengurus Pasukan Roziman Sabtu dan Kapten digalas oleh Zait Mohd Shafie.

Kenangan Encik Raisin Saidin bersama Ketua Unit Sukan Awang Zain dan para pemain

Sementara itu, pasukan sekolah Zon 4 tetap pulang ceria apabila menduduki tangga ketiga keseluruhan setelah mengecewakan pasukan sekolah zon 5 dengan keputusan 2-0.

Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dalam edisi tahun ini yang dianjurkan oleh gabungan sekolah Zon 5.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin yang hadir sepanjang kejohanan berlangsung. Hadir sama, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan dan Kemanusiaan, Encik Hasbollah Amit.

Encik Raisin Saidin mengucapkan syabas tahniah kepada pasukan Ibu Pejabat di atas semangat juang yang tinggi hingga berjaya mengekalkan kejuaraan.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding di atas disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan sepanjang dua hari kejohanan bola sepak PSKPP berlangsung.

Dalam ucapannya, Encik Raisin Saidin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan WP Labuan yang telah memberikan kebenaran menggunakan padang sintetik jabatan itu sepanjang kejohanan tersebut. Beliau berharap agar kerjasama antara dua jabatan ini terus mantap.

Kapten Pasukan Zait Mohd Shafie

Pemain Terbaik, Adam Mizmar Harun

Penjaga Gol Terbaik, Azman Akhmad




SMK Labuan, SK Sungai Bedaun Johan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan 2018

Labuan, 20 Nov – SMK Labuan muncul Johan Kategori Sekolah Menengah Perarakan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan 2018 yang berlangsung di Dataran Labuan, hari ini.

Kontinjen SMK Labuan diwakili oleh 40 orang peserta terdiri daripada guru-guru, staf dan murid-murid, diketuai oleh En Ismail bin Abdullah, pengetua SMK Labuan.

Pengetua SMK Labuan mengucapkan terima kasih atas penyertaan guru-guru dan staf SMK Labuan serta ibu bapa yang membenarkan penyertaan anak-anak mereka dalam perarakan tersebut.

Apa yang penting ialah penghayatan terhadap majlis Maulidur Rasul dalam kalangan peserta, katanya.

Majlis telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat : Y.B Datuk Rozman bin Datuk Hj Isli, Ahli Parlimen Labuan.

Turut hadir  Dato’ Sri Hj Amir bin Hussien, Pengerusi Perbadanan Labuan,  Dato’ Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan

Untuk Rekod,  Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan 2018, Kategori Sekolah Rendah telah dimenangi oleh SK Sungai Bedaun.

 

 




Perhimpunan Bulan November 2018 : Sentiasa Di Hadapan

Labuan, 21 Nov – Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bagi bulan November telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, hari ini.

Tema perhimpunan pada bulan ini ialah ‘SENTIASA DI HADAPAN’.

Dalam ucapan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin berpesan kepada semua Pegawai, Pengetua dan Guru Besar Sekolah agar sentiasa menjadi pemimpin yang mempunyai daya tarikan, berkualiti, berkreativiti dan berinovatif.

Pemimpin perlu berkongsi kejayaan dan menjadi sumber inspirasi kepada orang lain, serta membuat sesuatu dengan yakin dan bersungguh-sungguh.

Beliau tidak lupa mengingatkan agar pentadbir sekolah sentiasa menyemarakkan ‘Roh Guru’ kepada semua guru dan menanamkan unsur kasih sayang merentas semua  aspek.

Saya menyeru agar unsur kasih sayang perlu ada dalam diri setiap pemimpin dalam usaha bersungguh-sungguh membina pasukan yg kuat dalam organisasi masing-masing. Encik Raisin Saidin.

Di akhir ucapan, Encik Raisin Saidin memohon semua warga pendidikan Labuan agar sentiasa memantapkan diri dengan budaya ilmu melalui pembacaan dan pengkaryaan.

Encik Raisin Saidin menyampaikan sijil kepada Cikgu Yahya, Guru Inspirasiku Bulan November 2018

Pada perhimpunan kali ini, beberapa anugerah telah disampaikan seperti Staff of the month, anugerah tandas dan lorong terbaik sekolah, pencapaian bulanan VLE, sambutan hari jadi dan anugerah Guru Inspirasiku.

Cikgu Yahya Burhanudin dari SM Sains Labuan telah terpilih sebagai Guru Inspirasiku bagi bulan November 2018.

Turut diraikan guru yang bersara wajib dan bersara pilihan iaitu Tuan Haji Zulkifli Zakaria, Pegawai SISC+ (Matematik Sekolah Menengah) Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Dahlan Kassim, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Lajau, Encik Azizie bin Yusoph, SMK Labuan dan Puan Salbiah Mokhsin SK Bukit Kalam.

Setinggi penghargaan kepada sekolah SK Bebuloh dan SK Lubok Temiang yang telah membuat persembahan lagu sekolah masing-masing.

Guru bersara yang diraikan Puan Salbiah Mokhsin

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan bagi tahun 2018. Selamat bercuti kepada para guru dan murid, sentiasa utamakan keselamatan masing-masing.

Berita : Cikgu Mohd Nizam Yasim




SM St. Anthony Beri Pengikhtirafan Atas Kemenjadian Murid dan Sumbangan Komuniti Dan Ngo Labuan

Labuan,16 Nov – SM St. Anthony  ( SAS ) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Wakil rasmi Tuan Pengarah Pendidikan W.P.Labuan iaitu Puan Amiah Binti Bua , Ketua Unit Bahasa Sektor Pengurusan Akademik, selaku Pegawai Angkat Sekolah ini mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua, guru-guru dan para pelajar sekolah ini kerana berjaya mengadakan majlis yang meriah dan bermakna. Dalam ucapan perasmian, Amiah menyatakan bahawa semua penerima anugerah pada pagi ini telah membuktikan kemenjadian murid di sekolah ini, bersesuaian dengan tag line Jabatan Pendidikan W.P. Labuan iaitu Kemenjadian dan Kecemerlangan murid dicipta di W.P.Labuan, segalanya bermula di sini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah   Encik Chia Sia Theng selaku  Yang Dipertua PIBG , IR Friddy Fu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SAS  dan ASP Sammy Newton, Ketua Jabatan PolisTrafik, merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah serta En Mohd Al-Ghaffar Bin Mohamad Maidin Ketua Unit Pusat Ko Jabatan Pendidikan W.P.Labuan.

Pengetua Sekolah Menengah St. Anthony, Puan Dona Binti Undoh ketika ditemui menjelaskan di antara objektif utama penganjuran majlis ini ialah untuk  memberikan penghargaan dan pengiktirafan ke atas kejayaan para pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid. Selain itu pihak sekolah juga memberikan penghargaan atas usaha , komitmen dan sumbangan guru-guru sekolah ini. Dona mengucapkan  tahniah   kepada warga SAS atas kecemerlangan yang telah dicapai dalam peperiksaan awam iaitu SPM 2017 iaitu 92.41%, berbanding 84.14% pada tahun 2016, dengan peningkatan GPS 5.70 kepada 5.49.  Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar  yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PT3 tahun 2017.

Tahniah kepada pelajar cemerlang SPM

  1. Gilbert Sipaun JR 1A+, 2A dan 3A-
  2. Amanda Ker 2A+. 4A, 2B+ dan 1C

Pelajar Cemerlang PT3:

  1. Oliver Aaron Julinoh 8A, 1B
  2. Christopher Moh Xen Hui 7A, 2B
  3. Schneider Bern J Marahang 7A, 2B

Dona juga menyatakan  bahawa pihak sekolah amat  berbangga kerana telah meraihkan beberapa kejayaan dalam pertandingan kokurikulum hasil sokongan padu para ibu bapa dan bimbingan para guru.

Kejayaan peringkat antarabangsa:

Adik Bryan Chin dalam Brunei Age Group Swimming Championship 2018 ( pingat perak dan gangsa )

Acara Labuan Cross Channel Swimming Challenge ( Tempat ke-4 )

Kejayaan peringkat kebangsaan :

  1. Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan
  • Mohamad Azmie Wong ( Tg. 1 Adh ) Pingat Emas
  • Quennie Lim Mae Shen ( Tg. 3 Orion ) pingat gangsa
  1. Bible Knowledge Quiz
    • Emily Lo Siew Ping ( Tg. 4 Sirius ) Pingat emas/ 1st place senior category
    • Oliver Aaron Julinoh ( Tg. 4 Orion ) Pingat Perak/2nd place senior category
    • Jediah Yap Lok Sun ( Tg. 3 Sirius ) Pingat Perak/ 2nd place junior category
  1. Pertandingan Kadet Bomba dan Penyelamat Kebangsaan
    • Allson Shauyie Say ( Tg. 4 Sirius ) ketiga – acara aspec Challenge
    • Aiman Afiq B. Ismail- Johan Choreo-grapher/ Karegrafer Terbaik Pgkt Kebangsaan bagi Malam Kebudayaan .
  1. Pertandingan Sahibba Kebangsaan
  • Garry Fresco Simon ( Tg. 1 Sirius ) Tempat ke-9 Kebangsaan

Kejayaan peringkat negeri:

  1. Nazeera Anak Jerah – Emas Merejam lembing / cipta rekod baru  dan mewakili WPL ke MSSM
  2. Alster De-Caprio Bilisus – Emas Rejam lembing LB18
  3. Akmal Zul Rizal Bin Yussop – Emas 5000M Jalan Kaki
  4. Kejohanan Badminton – 4 Pingat emas,  3 Perak dan 2 gangsa dan berjaya meghantar 2 wakil ke kebangsaan iaitu Alexvincent Mantoi ( LB15 ) dan Wong Jun Po ( LB18 )
  5. Johan Pertandingan Ping Pong, Bola Keranjang , Puisi, Robotik ( Junior Challenge) wakil ke kebangsaan, Sahibba, LOFSA Scrabble, Pertandingan Roket Air, Pertandingan Kadet Bomba dan Penyelamat, Pertandingan Bola Keranjang, Pertandingan deklamasi sajak dan Karate Championship.

Dalam bidang Hal Ehwal murid pula pihak sekolah berusaha mencapai KPI KPM bagi kehadiran murid 95% dan ke atas bagi bulan : Jan, Mac, April, Ogos dan  September (  5 bulan )

Jumlah kehadiran penuh bagi murid-murid SAS meningkat daripada 46 pada tahun 2017 kepada 51 orang pada tahun ini. Atas kerjasama para ibu bapa dan sikap sayang murid kepada sekolah, SAS menjadi Johan Pertandingan Kelas Ceria peringkat WPL pada bulan Mac ( dimenangi oleh kelas 1 Sirius )  dan Johan pertandingan sekolah bersih dan ceria fasa kedua, seterusnya memenangi Naib Johan dalam penilaian

Dona menjelaskan  warga sekolah amat berbesar hati kerana SAS sebahagian daripada milik komuniti di Wilayah ini yang sentiasa prihatin dan menghulurkan bantuan untuk keperluan sekolah. Saya ingin memaklumkan bahawa  Sekolah Menengah St. Anthony merupakan sekolah bantuan modal yang sama status seperti SRJK ( C ) Chi Wen dan SRJK ( C ) Chung Hwa yang diurus oleh sebuah Lembaga Pengurusan Sekolah dalam aspek pembangunan fizikal dan tanah . Menurut Pengetua sekolah , SM. St. Anthony mempunyai 443 orang murid yang terdiri daripada murid pelbagai kaum yang majoritinya  murid berbangsa Cina iaitu lepasan murid dari SJK ( C ) Chi Wen  dan SJK ( C ) Chung Hwa,  bumiputera Sabah , Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dari SKK St. Anne, SK Pekan 1, SK Pekan 2 dan SKK St. Anne , SKK Rancha-Rancha dan SK Membedai

Dona juga memaklumkan bahawa sekolah ini menerima bantuan dari Yayasan Wilayah Persekutuan berupa kupon makanan RM5 kepada murid-murid yang kurang berkemampuan. Selain itu pihak NGO iaitu LIONS CLUB Mandarin menyumbangkan RM7,500 bagi program pemakanan berkhasiat kepada murid kurang mampu. Pada pagi ini  Pihak sekolah memberikan penghargaan  sebagai tanda ingatan dan ucapan terima kasih kepada   individu yang banyak memberikan sumbangan   dalam membantu sekolah ini sebagai sebuah sekolah bantuan modal:

 LIONS CLUB of Labuan Host  Atas sumbangan seunit penghawa dingin  dan seunit pencetak kepada pihak sekolah
 Encik Alex Lee Hyen Yan  Atas sumbangan tajaan Majalah Sekolah dan  6 unit komputer  tahun 2018
 Encik Tan Wen Guan  Atas sumbangan  3 unit komputer
 Chuan Huat Trading Company  Atas sumbangan barangan jualan  sempena Hari Kantin Sekolah pada 4 September 2018
 Best Mark Centre  Atas sumbangan 53 kotak besar minuman sempena jualan Hari Kantin Sekolah pada 4 September 2018
 Encik Goh Kok Heung  Atas sumbangan kertas A4 ( 15 kotak )
 Vision Technology Solution  Atas sumbangan tajaan Majalah Sekolah tahun 2018
 Encik Goh Chan  Atas sumbangan tajaan Majalah Sekolah tahun 2018
 Galaxy Piling & Construction Sdn. Bhd  Atas sumbangan tajaan Majalah Sekolah tahun 2018
 Asian Supply Base Sdn. Bhd  Atas sumbangan tajaan Majalah Sekolah tahun  dan sumbangan wang tunai RM1000.00 sempena Hari Kantin Sekolah tahun 2018
 Encik Antoh Jagang  Atas sumbangan peralatan elektrik dan penyelenggaraan kecil sekolah
 Pihak media –Utusan Borneo, New Sabah Times,   See Hua dan Daily Express  Atas sumbangan penulisan berita dan sokongan pihak media kepada sekolah sepanjang tahun 2018

 

Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas sokongan  para ibu bapa, pihak NGO, dua buah sekolah jiran iaitu SKK St. Anne dan SM St. Anne dalam menjayakan  Projek Hari Kantin Sekolah pada 4 September 2018 yang lalu yang bertujuan untuk membeli komputer bagi keperluan Makmal Komputer Sekolah untuk kegunaan murid-murid di sekolah ini. Projek Hari Kantin Sekolah telah berjaya mengumpul RM15,268.40 ( 210 penyumbang ibu bapa dan 10 pihak NGO. Dari projek  ini pihak sekolah dapat membeli 9 unit komputer selaras dengan perkembangan dunia digital dan keperluan ICT dalam pendidikan. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada dua orang individu budiman yang sudi menderma 9 unit komputer , iaitu encik Alex Lee Hyen Yan yang menyumbangkan 6 unit dan encik Tan Wen Guan menyumbangkan 3 unit.

Dona berharap sekolah ini akan terus berkembang maju dan melahirkan pelajar-pelaja yang mempunyai  nilai dan  sahsiah terpuji , berdisiplin , mempunyai  sikap berdikari , berkepimpinan/ leadership , semangat perpaduan dan “sense of belonging” yang tinggi terhadap sekolah. Beliau mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang tinggi para Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, staf sokongan, para ibu bapa, para penyumbang sekolah, para pelajar sekolah dan seluruh warga sekolah yang telah menjayakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah pada tahun ini. Dona juga merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan Jabatan Pelajaran Pendidikan W.P.Labuan kepada sekolah ini, khususnya atas kehadiran Pn Amiah Bua yang sudi  merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah ini.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah St. Anthony Tahun 2018




Perpaduan Warga SEMELA, Malam Gemilang SMK LAJAU 2018 Disambut Meriah

Labuan: Seramai 74 orang tetamu yang terdiri daripada guru, staf dan pasangan menghadiri Majlis Makan Malam Gemilang (MMG) SMK Lajau anjuran Kelab Guru dan Staf SMK Lajau (KRAF). MMG ini disambut meriah di Hotel Aifa WP. Labuan pada 9 November 2018 yang lalu.

Selain untuk meraikan guru-guru dan staf sepanjang tahun 2018, MMG ini juga diadakan bertujuan untuk meraikan persaraan Penolong Kanan Kokurikulum SMK Lajau, En. Dahlan bin Kassim. Beliau telah berkhidmat selama 1 tahun di SMK Lajau. Sepanjang perkhidmatan beliau, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah terutamanya dalam bidang kokurikulum sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan.

Menurut En. Dahlan, banyak pengalaman dan kenangan manis sepanjang beliau berkhidmat di SMK Lajau. Kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan oleh semua warga sekolah memberi semangat dan panduan bagi beliau untuk menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini.

Pengetua menyampaikan hadiah persaraan kepada Encik Dahlan Kassim

Manakala, Pengetua SMK Lajau En. Mohd Jamatin Abd. Latip pula telah menyempurnakan MMG yang turut dihadiri oleh barisan pentadbir SMK Lajau dan YDP PIBG  En. Tapa bin Jani. Menurut En. Mohd Jamatin, majlis seperti ini perlu diteruskan  supaya hubungan antara guru-guru serta staf bertambah erat antara satu sama lain juga sebagai wadah perpaduan dalam kalangan pelbagai bangsa dan anutan agama. Perpaduan erat antara guru dan staf memainkan peranan penting kea rah penyatuan kaum.

Majlis yang bertemakan Retro 60an ini bertambah meriah dengan kedatangan tetamu yang memakai pakaian mengikut tema. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang majlis berlangsung. Antaranya adalah teka-teki santai 60an, karaoke lagu 60an, pertandingan pakaian mengikut tema dan peragaan Si Cilik 60an.

Encik Jasmi Sabtu dan Puan Rozila Mohamad, pemenang pakaian mengikut tema 60an.

Selain itu, MMG ini juga turut diserikan lagi dengan acara penyampaian sijil dan hadiah bagi Staff Of The Month dan anugerah Khas Pengetua yang dikendalikan oleh AJK KRAF dengan kerjasama Bidang Kemanusiaan, Bidang Sains dan Matematik.

Pada malam tersebut, En. Azhar Kasiman telah menerima anugerah Duta MMI kerana mencatatkan kehadiran 100% sepanjang perkhidmatan pada tahun 2018. Beliau tidak pernah mengambil Cuti Sakit dan Cuti Rehat Khas sepanjang tahun ini.

Turut diadakan juga acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada semua tetamu yang hadir. Pihak KRAF juga menawarkan 2 hadiah Grand Prize iaitu barangan elektrik yang ditaja oleh pihak Hotel Aifa dan hadiah wang tunai sebanyak RM300 daripada KRAF. Cik Nordiana Abd. Karim dan En. Aminuddin Fahmi telah menjadi tetamu bertuah pada malam itu apabila mereka masing-masing menerima hadiah Grand Prize yang telah disediakan oleh penganjur.

Sambutan Hari Jadi Guru / staff bagi bulan Oktober, November dan Disember

Pengerusi KRAF, En. Muhd Hisyam Assim melahirkan perasaan gembira dan kagum dengan kerjasama yang diberikan oleh semua AJK KRAF yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan MMG yang merupakan majlis terakhir bagi mereka pada tahun 2018.

Sepanjang tahun 2018, En. Muhd Hisyam Assim dan AJK KRAF bekerjasama bagi mencari dana untuk menampung kewangan kelab dan menganjurkan pelbagai program untuk warga SMK Lajau. Mereka juga telah mengumpul hadiah dan sumbangan untuk acara cabutan bertuah yang dinantikan oleh semua tetamu yang hadir pada malam MMG tersebut.

MMG yang cemerlang ini telah mendapat sumbangan dari pelbagai pihak. Antaranya ialah Koperasi SMK Lajau, Moneygain Sdn. Bhd, Hotel Aifa Labuan, Mesra Supplier, HMD Automobile, Awang Aircond, Dayang Stationery & Supplies, Five Sense Enterprise, Ryeann Enterprise, Cemerlang Sainstifik (Sabah) Sdn. Bhd. Dan Kantin SMK Lajau.

Sumbangan turut diperoleh daripada orang perseorangan iaitu Pn. Fatimah, Pn. Febriyanti, Pn. Jamiah dan En. Dahlan.

Ucapan oleh Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin Abd Latip

Berita Oleh :
Encik Mohd Jamatin Abd. Latip
Pengetua SMK Lajau




Malam Festival ‘CEFR’ 2018 Peringkat W.P.Labuan

Labuan, 14 November – Seramai 91 orang guru Bahasa Inggeris termasuk Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan yang mengajar mata pelajaran Bahasa Ingegris di Sekolah-sekolah Rendah di Labuan telah mengikuti ‘Common European Framework Of Reference For Languages’ (CEFR) Festival 2018 di Hotel Lazenda Labuan.

Festival ini merupakan satu program pembugaran CEFR khusus untuk guru-guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah di Labuan melalui perkongsian amalan pedagogi Bahasa Inggeris Tahap 1 yang terbaik, aktiviti CEFR ‘Gallery Walk’, aktiviti CEFR ‘Parking Lot’ dan permainan CEFR Kahoot.

CEFR merupakan skala penilaian yang direka khas bagi menggambarkan kecekapan dan penguasaan bahasa seseorang termasuk Bahasa Inggeris. CEFR menetapkan enam tahap penguasaan Bahasa Inggeris iaitu A1: ‘Beginner’, A2 : ‘Elementary’, BI : ‘Intermediate’, B2 : ‘Upper Intermediate’, C1 : ‘Advanced’ & C2 : ‘Proficient’.

Di Labuan, program CEFR telah mula dilaksanakan semenjak tahun 2017, bagi prasekolah, murid Tahun 1 dan 2 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 bagi sekolah menengah. Guru-guru di Labuan telah berusaha melaksanakan CEFR ini dengan sebaik mungkin. Keupayaan murid-murid di Labuan dalam menguasai Bahasa Inggeris telah berjaya ditingkatkan.

Di malam festival ‘CEFR’ yang bertemakan ‘fairytale’ ini, seramai 3 orang guru telah membentangkan dan berkongsi amalan terbaik mereka iaitu Puan Angeline Leong dari SK Kerupang, Puan Alice Anthony dari SKK SK Rancha-Rancha dan Cik Sim Ming Xia dari SJKC Chung Hwa.

Selain itu, peserta turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Encik Charlie Ginsin dari SJKC Chung Hwa, Puan Subety Eloi dari SK Kerupang dan Encik Shawal Abdul Rahman dari SK Pekan Satu.

Festival CEFR 2018 ini telah dirasmikan oleh Encik Raisin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan.

Di dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sektor Pengurusan Akademik di atas penganjuran festival CEFR ini yang dilihat berjaya membugarkan semula kefahaman guru-guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah di Labuan agar mereka boleh melaksanakan program CEFR ini dengan lebih yakin dan cemerlang pada tahun 2019 dan tahun-tahun berikutnya.




Anugerah Teknologi Pendidikan 2018 Hargai Inisiatif ICT dan Media

Labuan, 8 Nov – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri telah mengadakan Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di BTPN Labuan, hari ini.

Majlis yang berlangsung sederhana tetapi meriah itu bertujuan memberikan pengiktirafan kepada murid, guru dan juruteknik komputer sekolah dalam menghargai inisiatif ICT dan media pendidikan di Labuan.

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Raisin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam ucapan perasmian, beliau menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada para pemenang,

Penggunaan ICT dan sumber yang tepat amat penting dalam menuju era Revolusi Industri 4.0 yang memerlukan kita membuat keputusan dengan pantas.

Sudah tentulah peranan utama ini dimainkan oleh  Guru Penyelaras Bestari/ICT, Guru Data, Guru Penyelaras Media dan Juruteknik Komputer dalam membantu guru serta murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT di sekolah dengan sokongan padu daripada  pentadbir sekolah.

Encik Raisin bin Saidin menyampaikan sijil penghargaan kepada guru SMK Pantai Puan Baexi

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,  Encik Ag Marten Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana, warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan 2018.

Untuk rekod, Sebanyak 24 anugerah teknologi pendidikan dan ICT melibatkan kategori sekolah rendah dan menengah telah disampaikan pada majlis tersebut.

Antara anugerah 2018 yang disampaikan ialah anugerah Guru Penyelaras Bestari/ICT Terbaik, Guru Data Terbaik, Guru Perpustakaan Media Terbaik, Juruteknik Komputer Terbaik, Pengurusan ICT Sekolah Terbaik, Anugerah Nilam, Penggunaan VLE Terbaik kategori sekolah, guru dan murid serta Laman Web Sekolah Terbaik.

Guru Besar SK Pekan Dua, Encik Jaafar menerima sijil kemenangan daripada Encik Raisin Saidin

Pelajar Tingkatan 4 SMK Labuan Rafieq Rafizie Nur Sha S Roslee mencipta sejarah tersendiri apabila muncul johan Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (Cakna) 2018.

Penyelaras Majlis, Encik Jeeva Reani, Bahagian Teknologi Pendidikan WP Labuan.

Turut hadir, Puan Hjh Siti Muslihah Hj Leeudin, Pengarah Kolej Vokasional Labuan, Encik Samsudin Yalla, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendidikan WP Labuan, Para Pengetua dan Guru Besar.

 

Pengetua Encik Ismail bersama para pemenang dari SMK Labuan

 

Gimik Perasmian Anugerah Teknologi Pendidikan 2018, disempurnakan oleh Encik Raisin Saidin

 




SK Sungai Bedaun Memupuk Semangat Perpaduan Dalam Kalangan Warga Sekolah

Labuan – 07 November 2018, SK Sungai Bedaun telah melangsungkan Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sempena perayaan Deepavali. Satu daripada pengisian dalam program perpaduan ini ialah demonstrasi menebar roti canai.

Pihak sekolah telah menjemput Encik Mohd Taufik untuk menunjukkan cara membuat roti canai kepada warga SK Sungai Bedaun. Semua murid bermula dari Prasekolah sehingga Tahun 6 serta guru-guru dan AKP telah turut serta bagi menjayakan program ini. Lebih menarik lagi, Encik Mohd Taufik adalah Alumni SK Sungai Bedaun dan merupakan anak jati Kampung Sungai Bedaun.

Murid mencuba sendiri membuat roti canai, dibimbing oleh Encik Taufik

Murid-murid dan guru-guru berpeluang menebar roti canai di Dewan Permata SK Sungai Bedaun. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah dan meraikan murid-murid yang menyambut perayaan Deepavali.

Guru Besar (Puan Dg. Sarifah binti A.Mahmod), dalam ucapannya mengharapkan warga SK Sungai Bedaun akan meneruskan budaya saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

Persediaan untuk memulakan sesi Demonstrasi Menebar Roti Canai.
Dari kiri, Pn. Dg.Sarifah binti A.Mahmod (Guru Besar SK Sungai Bedaun), En.Mohd Taufik bin Haji Matali (Alumbi SK Sungai Bedaun), Pn. Rina @Farrina binti Dakim (Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Bedaun), Puan Sunah binti Tahir (Penolong Kanan HEM SK Sungai Bedaun)