1

MAJLIS INTERAKSI AKADEMIK BERSAMA IBU BAPA/ PENJAGA SERTA MAJLIS RESTU ILMU MEWUJUDKAN KERJASAMA PIBG DALAM MENINGKATKAN PRESTASI MURID SMK TAMAN PERUMAHAN BEDAUN.

Labuan, 09 Disember 2023 – Pada hari Sabtu yang lalu, SMK Taman Perumahan Bedaun telah mengadakan Majlis Interaksi Akademik Bersama Ibu Bapa/ Penjaga, Penetapan Matlamat Calon SPM 2023 dan Majlis Restu Ilmu daripada guru-guru dan ibu bapa/ penjaga.

                Seramai 92 orang ibu bapa atau penjaga yang menghadiri program ini bersama dengan anak masing-masing bertujuan untuk mengambil slip Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2023.

                Turut hadir sebagai tetamu kehormat iaitu Encik Mohd Nazri Bin Mustapa, Pegawai Angkat Sekolah dan Encik Zolfily Bin Ahmad, selaku wakil Yang Di-Pertua PIBG, SMK Taman Perumahan Bedaun.

                Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membincangkan hala tuju dan perkembngan pembelajaran murid terutamanya murid Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM. Selain itu, perkongsian idea antara pihak sekolah dan ibu bapa/ penjaga dapat mengeratkan serta hubungan seterusnya meningkatkan kerjasama antara ibu bapa/ penjaga dan guru-guru dalam menangani masalah murid sama ada dari segi kehadiran, sahsiah dan prestasi akademik. 

Puan Norazita Binti Md Nor @ Shamsuri, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun memulakan majlis dengan sesi Taklimat Interaksi Akademik dengan menyatakan tujuan interaksi akademik diadakan. Penetapan matlamat calon SPM 2023 juga diberikan dalam taklimat beliau ini. Beliau juga menekankan kepentingan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam menentukan calon SPM layak mendpat sijil atau tidak. Seramai 15 orang murid disenaraikan sebagai pelajar target cemerlang bagi SPM 2023 termasuk 3 orang murid yang menunjukkan lonjakan saujana untuk keputusan PPSPM 2023 berbanding Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik 2023 .

    Seterusnya, Majlis Restu Ilmu tahun 2023 diteruskan dengan Ikrar Akujanji Penetapan Matlamat SPM yang dipimpin oleh Jericho Adree selaku ketua pelajar dan wakil murid Tingkatan 5. Manakala Encik Zolfily Bin Ahmad, sebagai wakil Yang Di-Pertua PIBG, SMK Taman Perumahan Bedaun pula mengetuai Ikrar Restu Ilmu daripada Ibu Bapa/ Penjaga. Bagi pihak guru-guru, bacaan Ikrar Restu Ilmu diketuai oleh Puan Norazita Binti Md Nor @ Shamsuri, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun.

Selepas bacaan ikrar, penyampaian ‘Hot Tips’ SPM oleh setiap ketua bidang untuk memberikan tips sepanjang persediaan ataupun Ketika menjawab soalan SPM mengikut mata pelajaran tertentu. Guru-guru yang terlibat ialah Puan Juliana Ochong, Guru Kanan Bidang Bahasa, Puan Rosenani Farera Binti Michael, Guru Kanan Bidang Kemanusiaan, Encik Muhamad Suhaimi Bin Yahaya, Guru Kanan Bidang VOTEK dan yang terakhir Encik Gabriel Chin Vui Wen, Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik.

Sebelum pengagihan Slip Peperiksaan Percubaan SPM 2023, sesi Mohon Restu Ilmu iaitu murid bersalaman dengan guru-guru dan ibu bapa. Seterusnya jamuan makan sambal menunggu giliran pengambilan slip peperiksaan daripada guru kelas madding-masing.

Majlis diakhiri dengan sesi pengagihan Slip Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2023 oleh guru kelas diadakan di Dataran Bedaun.

Puan Norazita Binti Md Nor @ Shamsuri, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun sedang memberikan taklimat penerangan mengenai penetapan matlamat calon SPM 2023.

Ikrar Akujanji Penetapan Matlamat SPM yang dipimpin oleh Jericho Adree, wakil murid Tingkatan 5

Encik Zolfily Bin Ahmad, wakil Yang Di-Pertua PIBG, SMKTPB mengetuai Ikrar Restu Ilmu Ibu Bapa/ Penjaga.

Puan Norazita Binti Md Nor @ Shamsuri, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun mengetuai Ikrar Restu Ilmu guru-guru SMKTPB.

Sesi bersalaman mohon restu ilmu antara murid dengan ibu bapa dan guru dan pemberian alat tulis dari pihak sekolah kepada calon SPM 2023.

Pengagihan slip peperiksaan percubaan SPM 2023 dan perbinccangan antara guru dan ibu bapa murid.

Barisan hadapan  : Encik Mohd Nazri Bin Mustapa, Pegawai Angkat Sekolah(tengah), Puan Norazita Binti Md Nor @ Shamsuri, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun (kanan) dan Encik Zolfily Bin Ahmad, selaku wakil Yang Di-Pertua PIBG, SMK Taman Perumahan Bedaun(kiri).