1

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN TINGKATAN 5 SPM 2023 SMK PANTAI

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Tingkatan 5 SPM 2023 SMK Pantai telah berlangsung pada 2
Disember 2023 di Dewan SMK Pantai WP Labuan.
Majlis diadakan bertujuan untuk mendoakan kejayaan murid-murid tingkatan 5 dalam SPM 2023
yang bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember 2023.
Majlis dihadiri oleh kira-kira 100 murid tingkatan 5 beragama Islam yang hadir bersama ibu bapa
masing-masing. Pengisian majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Mulk dan Yasin. Kemudian
semua hadirin melaksanakan solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Harraz Nazi.
Selesai solat hajat majlis diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr Muqri Afifi
bin Mazlan, Pegawai Perubatan Hospital Nukleus Labuan. Dr Muqri memberikan beberapa nasihat
dan tips untuk murid-murid menghadapi peperiksaan dengan tenang dan mendapat keputusan yang
diharapkan.
Antaranya ialah menjaga hubungan dengan Allah melalui solat, menghormati ibu bapa dan guru-
guru, mengamalkan petua-petua ketika mengulangkaji pelajaran serta menjaga adab dan akhlak
sepanjang masa.
Pengetua SMK Pantai Ismail Abdullah dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa
yang turut hadir menjayakan majlis dan mengharapkan sokongan berterusan ibu bapa kepada anak-
anak yang akan menduduki peperiksaan SPM.