1

Disiplin Terjaga, Jenayah Dijauhi Melahirkan Sahsiah Terpuji

Labuan, 17 September
2019- SK Pekan Satu telah
mengadakan Program Disiplin kepada semua murid tahap dua bertempat di dewan
C.U.N. Guru Besar Sk Pekan Satu Puan Anita mengucapkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penceramah jemputan iaitu Pengawai Perhubungan Polis Sk
Pekan Satu, Tuan Amy Dazni bin Danial dan menasihatkan agar murid-murid
memberikan tumpuan yang jitu terhadap isi ceramah yang akan disampaikan supaya
ianya dapat membantu murid-murid meneruskan kehidupan pada masa akan datang
tanpa terjebak dengan kes jenayah. Sentuhan ceramah Tuan Amy Dazni yang
membicarakan topik “Disiplin terjaga,
jenayah dijauhi melahirkan sahsiah terpuji”
memukau suasana dewan seketika serta,
berjaya menyentuh jiwa dan sanubari semua yang hadir terutama di kalangan
murid-murid tahap dua. Program disiplin ini sejujurnya memberikan impak yang
positif serta kesan yang mendalam terutama apabila disentuh mengenai kes salah
laku yang begitu sinonim berlaku dikalangan murid seperti kes buli, ponteng
sekolah, vandalisme dan sebagainya.

Mengukuhkan lagi intipati ceramah yang disampaikan oleh Tuan Amy Dazni tayangan video berkisarkan beberapa hukuman yang dikenakan kepada murid-murid sekolah yang didapati melakukan jenayah. Contohnya murid-murid yang terjebak dengan kes buli akan diberikan kaunseling serta bimbingan disiplin berterusan. Jika didapati kes murid semakin serius maka tindakan lanjut akan diambil iaitu murid yang terlibat akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak agar mereka mendapat bimbingan disiplin dan sahsiah dengan lebih baik.

Tuan Amy Dazni juga
menyatakan bahawa, “Murid-murid pada masa kini bukan hanya terjebak dengan kes ponteng
sekolah, vandalisme dan buli tetapi ramai dikalangan murid sekolah sudah yang
berani berjinak-jinak dengan jenayah yang lebih ekstrem seperti jual beli
dadah, salah laku seks, membunuh, menyertai kumpulan kongsi gelap dan militant”.
“Tidak dinafikan bahawa penglibatan murid sekolah dalam kes-kes jenayah ekstrem
seumpama ini adalah didorong oleh ledakan kecanggihan teknologi dunia secara
global tanpa adanya sekatan penggunaan media sosial yang merupakan penyumbang
terbesar kepada keruntuhan dan kebejatan akhlak generasi muda masa kini,” katanya
lagi.

Diakhir ceramah yang disampaikan oleh Tuan Amy Dazni, beliau mengingatkan sekali lagi bahawa kebijaksanaan murid-murid dalam menelesuri kecangihan dunia teknologi ke arah yang positif sahaja pada hari ini adalah sangat penting dalam memartabatkan disipilin murid itu sendiri. Selain itu menurut beliau juga, ibu bapa merupakan organisasi yang harus memainkan peranan utama dalam menyekat atau menghadkan eksplorasi anak-anak ke alam dunia teknologi rencam dan ibu bapa harus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan disiplin anak-anak dalam sebuah institusi keluarga.

Guru Besar Sk Pekan Satu Puan Anita menyerahkan cenderakenangan kepada Pengawai Perhubungan Polis Sekolah, Tuan Amy Dazni bin Danial, disaksikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Normah Rahimi

Encik Awang Iskandar
Bin Awang Ismail selaku penyelaras program mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Tuan Amy Dazni, guru-guru dan murid-murid kerana memberi kerjasama yang
jitu bagi mejayakan majlis ini. Selain itu, Encik Awang Iskandar juga berharap
dengan kerjasama rapat antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS) terdiri daripada pegawai polis menjadi mekanisme terbaik untuk mencegah
pembabitan murid-murid dalam penyalahgunaan dadah dan kegiatan jenayah yang
bersifat ekstrem pada masa akan datang.