1

Aktif Negaraku: Pasukan Muhibbah Labuan Muncul Naib Johan Dalam Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik KPM-Milo Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2019

Kuala Lumpur, 2 Okt -ACTIV JAM SENAM AEROBIK KPM-MILO dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia membawa kembali Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik Peringkat Kebangsaan untuk kali Ke-2 yang berlangsung selama dua hari iaitu 20 hingga 22 September 2019 bertempat di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur.

Pertandingan ini adalah bertujuan memberi
pengiktirafan kepada pasukan senam aerobik terbaik di negara ini dan ia
merupakan kerjasama strategik di bawah inisiatif 1Murid 1Sukan yang melibatkan
guru dan murid. Pertandingan ini disertai oleh 16 pasukan dalam kategori
Muhibbah dan 10 pasukan terbaik berentap dalam kategori sekolah. Bagi kategori
Muhibbah, gabungan SJK(C) Chi Wen bersama Sk Patau-Patau muncul sebagai naib
johan dalam Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik KPM-MILO Peringkat Kebangsaan
Kali Ke-2. Kedua-dua sekolah ini bergabung tenaga mewakili kontinjen Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya membawa pulang hadiah
berupa barangan sukan bernilai RM4000.

Pasukan Muhibbah Labuan dianggotai oleh Ellicia Wong, Natalie Tee Yu Xuan, Elyssa Ho Yu Yan, Rachel Teo Xue Ting, Gretal Violet Henry dan Jesselyn Justin dari SJK(C) Chi Wen. Manakala, Chealsielyn Christopher, Gwen Stefani Anak Bujang, Nur Nadiha Asyura binti Maslin, Nur Rizwaney Juli binti Rizuan, Syahirah binti Matasin dan Dayangku Norrabbiatul Waheeda  Bt A faizul merupakan murid SK Patau-Patau.

Pasukan JPN Labuan dan SJK(C) Chi Wen Berentap di Grand Final Aerobik MILO Activ Jam.

Bagi kategori sekolah, daripada 249
penyertaan sekolah-sekolah di seluruh negara, 3 buah sekolah iaitu SJK(C) Chi
Wen, SK Bukit Kalam dan SK Patau-Patau telah terpilih sebagai 10 pasukan
terbaik yang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan pada peringkat separuh akhir
di Kuala Lumpur. SJK (C) Chi Wen telah tercalon sebagai 5 pasukan terbaik dan
berentap di Grand Final Aerobik MILO
Activ Jam
pada 22 September 2019.

Johan bagi kategori Muhibbah disandang oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, diikuti Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
di tempat ketiga. Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2) telah
dinobatkan sebagai juara dalam kategori sekolah, diikuti tempat kedua daripada
Sekolah Kebangsaan Kg Contoh Petagas, Sabah dan ketiga daripada Sekolah
Kebangsaan Jasin, Melaka. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga membawa
pulang hadiah dalam bentuk peralatan sukan yang masing-masing bernilai RM5,000,
RM4,000 dan RM3,000.

Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan MILO®
dan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad, Kumaran Nowuram berkata, senam aerobik melambangkan
semangat kesukanan yang sejati, kerana ia boleh dimanfaatkan oleh sesiapa
sahaja, tanpa mengira umur, kemampuan bersukan atau akses kepada sumber.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Raisin Saidin turut menzahirkan ucapan tahniah dan bangga atas kejayaan pasukan Muhibbah kerana mengharumkan nama Labuan di Peringkat Kebangsaan.– SJK(C) Chi Wen

Kontijen Labuan yang Terdiri daripada Pasukan JPN Labuan, SJK(C) Chi Wen, SK Patau-Patau dan SK Bukit Kalam.