1

Kejutan Tarian Singa Tambah Eratkan Perpaduan Di Kalangan Warga SKK SK Rancha-Rancha W.P Labuan

LABUAN, Jumaat – Sekolah
Kebangsaan Rancha-Rancha (Sekolah Kluster Kecemerlangan) telah menerima kejutan
tarian singa
yang dirancang oleh barisan pentadbiran
sekolah SKK SK Rancha-Rancha. Kumpulan tarian singa daripada Persatuan Penganut
Dewa Yin Fu Dian Kerupang 1 WP Labuan amat mengujakan murid dan juga guru.  

Guru
Besar, Pn Norinnie binti Kassim bersama barisan pentadbir sekolah amat berbesar
hati meraikan semua warga sekolah terutama kepada guru dan murid yang menyambut
Tahun Baru Cina.

Kejutan
yang dibuat ini adalah antara aktiviti dalam Pendidikan Sivik, iaitu hormat
menghormati. Di samping menyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan semua
warga sekolah yang terdiri dari berbilang kaum.

Skop dan nilai moral yang ingin dikongsikan ialah hormat menghormati, kasih-sayang, amalan berbudi bahasa berterusan dan sama-sama meraikan sambutan dan perayaan kaum dan bangsa lain.

Cik Chin Jin Vun bersama murid-murid.

Turut
hadir dalam acara ini Pn Midah binti Yusop (GPK Pentadbiran), Encik Shawal bin
Abdul Rahman (GPK HEM), Encik Zulkifli bin Pabin (GPK Kokurikulum), Encik Rodhy
Edward Anak Edward Jalin (GPK Pendidikan Khas) dan Encik Laidin Saipin
(Pengerusi Kelab Staff Sekolah).

Guru
Besar berharap agar kerjasama dan jaringan yang dibuat ini akan berterusan dan
berharap agar perpaduan dan semangat keharmonian di kalangan warga sekolah
khususnya dan seluruh warga Malaysia amnya.