1

Rumah Kuning (Jaguar) Johan Olahraga SKK SK Rancha-Rancha 2020

LABUAN, Ahad – Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (Sekolah Kluster
Kecemerlangan) mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan pada 09 Februari 2020. Acara diadakan di
Kompleks Sukan, W.P Labuan.

Majlis dimulai dengan acara balapan. Sebanyak lima jenis
acara balapan peringkat akhir telah dipertandingkan mengikut kategori lelaki
dan perempuan bagi murid tahap 2, tahap 1 dan PPKI. Acara lompat jauh, lompat
tinggi dan lontar peluru bagi murid tahap 2 kategori lelaki dan perempuan telah
diadakan pada 05 Februari 2020 di padang sekolah. Sejurus acara balapan
bermula, pengurus pasukan bersama peserta rumah sukan masing-masing bersemangat
mengejar mata dan bersaing sihat merebut pingat yag dipertandingkan.

Acara diteruskan dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu
perbarisan. Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh Rumah Sukan Kuning (Jaguar),
diikuti Rumah Merah (Panther) dan seterusnya Rumah Biru (Cheetah). Pertandingan
perbarisan yang menarik perhatian para hadirin dengan pelbagai maskot dari
setiap rumah sukan.  Seterusnya, semua
peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut rumah sukan masing-masing.

Tertib acara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan
oleh Puan Norinnie binti Kassim, Guru Besar SK Rancha-Rancha. Majlis diikuti
dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Dr Mohammad Hamim Mohammad
Hanifah, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan seterusnya
merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2020. Majlis turut dihadiri oleh ASP
Sukvinderjit Singh A/L Chanan Singh, Sarjan Mohammad Hafizuddin Augustine
Abdullah, pegawai perhubungan polis sekolah dan Encik Hasan @ Hassan bin Jinin,
NYDP PIBG.  

Kejohanan olahraga kali ini dijuarai
sekali lagi oleh pasukan Rumah Kuning, seterusnya naib johan pasukan Rumah Merah
dan tempat ketiga adalah pasukan Rumah Biru.

Pungutan pingat pasukan Rumah Kuning adalah
emas 13, perak 6 dan gangsa 10. Manakala Rumah Merah emas 7, perak 12 dan
gangsa 13. Kutipan pingat Rumah Biru adalah emas 6, perak 8 dan gangsa 3.

Bagi acara perbarisan pula, johan merupakan Rumah Merah, naib johan adalah Rumah Biru dan tempat ketiga adalah Rumah Kuning.

Pasukan Rumah Merah juara pertandingan perbarisan.

Bagi anugerah olahragawan pula telah dianugerahkan kepada Abdul Hannan bin Hasan dari Rumah Kuning yang memperoleh pungutan 4 emas manakal anugerah olahragawati pula telah dianugerahkan kepada Annis Shakilah binti Rahman juga dari Rumah Kuning yang memperoleh pungutan 5 emas.

Pasukan Rumah Merah juara pertandingan perbarisan.

Seterusnya, sesi fotografi bersama ahli rumah sukan
masing-masing diadakan. Murid dan guru gembira dengan kejayaan yang diperolehi
dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap ahli rumah sukan.