๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ช๐—ฃ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—ฅ๐—ฃ๐—› ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—–+

Labuan, 22 januari 2026 – Seramai 46 orang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai Bengkel Pemerkasaan eRPH yang berlangsung di Bilik Benua pada petang ini.
ย 
Bengkel ini dianjurkan bagi memperkasa kemahiran guru dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian secara elektronik (eRPH) di samping memastikan kelestarian pengurusan rekod pengajaran secara digital selaras dengan keperluan semasa sistem pendidikan negara.
ย 
Bengkel berkenaan dikendalikan oleh Puan Suriani Alland Rice Oxley, Pegawai School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) Jabatan Pendidikan. Fokus utama pengisian bengkel adalah pendedahan terhadap kriteria di bawah Standard 4, iaitu Pembelajaran dan Pemudahcaraan.
ย 
Para peserta dibimbing untuk memahami elemen-elemen penting yang dinilai dalam kualiti pengajaran serta kaedah menterjemahkan elemen tersebut ke dalam penulisan eRPH yang lebih bermakna dan berkualiti.
ย 
Sektor Pendidikan Islam berharap agar semua guru yang terlibat dapat memanfaatkan ilmu dan input yang diperoleh bagi menghasilkan eRPH yang lebih kemas, terancang dan selari dengan standard yang ditetapkan. Usaha ini diyakini mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, di samping memudahkan urusan pemantauan dan penyeliaan di peringkat sekolah.



Program Motivasi Pagi Calon STPM PTE, SMK Labuan Bersama Pengarah Pendidikan WP Labuan

Labuan, 19 Januari 2026 – Seramai 362 calon STPM Pusat Tingkatan Enam, SMK Labuan akan menduduki STPM bermula 20 Januari 2026 sehingga 28 Januari bagi Semester 3, 21 Januari sehingga 28 Januari bagi Semester 1 dan 3 Februari 2026 sehingga 10 Februari 2026 bagi Ulangan Semester 2.
ย 
Tuan Pengarah Pendidikan, En. Yahya Bin Ahmad Puteh berbesar hati turun ke sekolah memberikan semangat dan motivasi kepada 362 orang calon STPM anak-anak WP Labuan.
ย 
Beliau menekankan kepentingan pendidikan dalam kehidupan demi masa hadapan yang lebih cerah. Sehubungan dengan itu, bagi mendapatkan pendidikan yang cemerlang banyak pengorbanan perlu dilakukan pengorbanan masa, hiburan, tenaga dan perlunya menghargai pengorbanan ibu bapa dan guru-guru yang banyak berkorban, membantu persediaan anak-anak sebelum menduduki STPM.
ย 
Tuan Pengarah juga mengingatkan anak-anak untuk sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan, jangan lupa solat dan mengulangkaji mengikut jadual belajar yang telah disusun. Jawab semua soalan dengan baik dan berhati hati.
ย 
Tuan Pengarah menekankan kepentingan ruang masa yang berbaki untuk terus meningkatkan keupayaan menjawab soalan dengan baik agar dapat membantu pelajar memperolehi keputusan yang lebih cemerlang nanti.
ย 
Elakkan anak-anak stress dan tertekan, insya-Allah kejayaan pasti menjadi milik anak-anak.
Di kesempatan ini, Tuan Pengarah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan tenaga pengajar Pusat Tingkatan Enam, SMK Labuan yang menganjurkan majlis pagi ini dan juga usaha yang terusun dalam membantu anak-anak bersedia menduduki STPM 2026.
ย 
Jabatan Pendidikan WP Labuan sentiasa mengambil berat keperluan PTE sama ada dari segi infrastruktur, keperluan anak-anak dan juga tenaga pengajar.
ย 
Jumlah calon STPM PTE, SMK Labuan
Semester 3 : 157 calon
Semester 1 : 205



Kunjungan Hormat APM ke JPWP Labuan

Labuan, 19 Januari 2026 – Satu kunjungan hormat telah berlangsung antara pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi serta membincangkan inisiatif bersama dalam aspek kesiapsiagaan dan pengurusan bencana di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Pihak JPWP Labuan amat menghargai komitmen APM dalam memperkukuh jaringan strategik demi kesejahteraan komuniti setempat.




Semangat Sukan Berkobar di Padang Majal, Aqua Juara Merentas Desa 2026

Labuan, 16 Januari 2026 โ€“ Kejohanan Merentas Desa kali ke-24 Tahun 2026 SMK Pantai telah berlangsung dengan penuh meriah pada 16 Januari 2026 di Padang Majal, Pancur Hitam, Wilayah Persekutuan Labuan. Acara tahunan ini berjaya menghimpunkan murid-murid daripada semua rumah sukan yang hadir dengan semangat kesukanan yang tinggi. Kehadiran yang ramai membuktikan sokongan padu warga sekolah terhadap aktiviti kokurikulum yang menjadi tradisi penting dalam membina sahsiah dan daya saing murid.Sepanjang acara berlangsung, cuaca mendung tidak menghalang semangat para peserta untuk menamatkan larian dengan penuh kesungguhan. Walaupun hujan turun ketika majlis penyampaian hadiah di penghujung program, suasana tetap meriah dan penuh keterujaan. Murid-murid, guru-guru serta AKP yang hadir menunjukkan komitmen tinggi untuk menjayakan kejohanan ini, menjadikannya satu pengalaman bermakna buat semua.

Dalam keputusan keseluruhan, rumah sukan Aqua muncul sebagai juara dengan pencapaian cemerlang, diikuti oleh rumah sukan Terra yang meraih kedudukan naib johan. Rumah sukan Ignus pula menduduki tempat ketiga, manakala rumah sukan Ventus berada di tempat keempat. Persaingan yang sengit antara rumah sukan jelas memperlihatkan semangat juang dan usaha gigih setiap peserta sepanjang kejohanan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengetua SMK Pantai, En. Ismail bin Abdullah, serta Penolong Kanan Kokurikulum, En. Samsul bin Mandisin, yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Kejohanan ini sekali lagi membuktikan komitmen sekolah dalam melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berdaya saing dan bersemangat tinggi dalam bidang sukan.

Pengetua SMK Pantai, En. Ismail bin Abdullah, turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kejohanan atas kejayaan penganjuran Kejohanan Merentas Desa SMK Pantai 2026. Beliau menegaskan bahawa kejayaan acara ini adalah hasil kerjasama dan komitmen padu daripada seluruh warga sekolah secara langsung. Ucapan beliau menjadi simbol penghargaan terhadap usaha gigih yang telah dicurahkan, sekali gus menyuntik semangat untuk terus menjayakan program kokurikulum pada masa akan datang.

SUMBER BERITA : SMK PANTAI, WP LABUAN




SMK Pantai Hidupkan Semangat Baharu, Minggu Pertama Persekolahan Penuh Warna

SMK Pantai sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya melaksanakan Aktiviti Minggu Pertama Sesi Persekolahan 2026 dengan penuh semangat dan keterlibatan menyeluruh daripada warga sekolah. Program ini yang berlandaskan Manual Aktiviti Minggu Pertama merupakan tahun kedua penganjurannya, bertujuan menyatukan seluruh murid dan guru melalui aktiviti yang menyeronokkan, bermanfaat serta berorientasikan pembelajaran sepanjang hayat.

Perangkaan manual aktiviti ini telah dirancang dengan teliti oleh Penyelaras Unit iaitu En. Kasnan, Puan Haslindah, En. Christie dan Puan Norlia. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, guru-guru dibahagikan kepada beberapa unit utama. Antaranya ialah Unit Bahasa, Komunikasi dan Bacaan yang diketuai oleh Cikgu Athirah dan Cikgu Nur Fajrina; Unit Seni, Sukan dan Lestari yang diketuai oleh Cikgu Jasrin, Cikgu Jasiman dan Cikgu Fildaus; Unit TVET yang diketuai oleh Cikgu Norazlina; serta Unit STEM yang diketuai oleh Cikgu Nur Syazwani dan Cikgu Claire. Pembahagian ini membolehkan aktiviti dijalankan secara lebih tersusun dan berfokus.

Sepanjang empat hari berlangsung, murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memberi nilai tambah kepada pembelajaran mereka. Guru-guru memainkan peranan penting dalam membimbing serta memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak menjadikan minggu pertama persekolahan ini sebagai pengalaman bermakna yang mampu meningkatkan motivasi murid untuk menghadapi sesi persekolahan baharu.

SUMBER BERITA :ย  SMK PANTAI, WP LABUAN




Bengkel Pengemaskinian Submodul Radas Makmal dalam Sistem Pengurusan Pendidikan (EMIS) Tahun 2026

Labuan, 15 Januari 2026 – Bengkel Pengemaskinian Submodul Radas Makmal dalam Sistem Pengurusan Pendidikan (EMIS) Tahun 2026 telah diadakanย  bertempat di Bilik Mesyuarat Kiamsam SSTP.
ย 
Bengkel ini telah dihadiri oleh Pembantu Makmal dan bertujuan meningkatkan kefahaman serta ketepatan pengisian data radas makmal dalam sistem EMIS bagi menyokong pengurusan aset makmal yang lebih sistematik dan berkesan.
ย 
Program ini telah diurusetiakan oleh Sektor Perancangan dengan kerjasama Unit Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran.
ย 
Diharapkan bengkel ini dapat memperkukuh tadbir urus data serta menyokong kelancaran pengurusan pendidikan secara berfokus dan berintegriti.



Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Wilayah Persekutuan Labuan

Labuan, 16 januari 2026 – Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Datoโ€™ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, bertempat di Bilik Seminar Rafflesia, Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan.
ย 
Turut hadir bersama adalah YB. Datoโ€™ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen P.166-Labuan, YBrs Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan W.P Labuan, Majlis Pengurusan Tertinggi Jabatan, para Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM, pengamal media, murid dan waris masing-masing.
ย 
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang disalurkan kepada semua murid Tahun Satu hingga Tingkatan Enam. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
ย 
BAP bernilai RM150.00 ini diberikan kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira had pendapatan ibu bapa dan memastikan tiada murid tercicir daripada sistem pendidikan akibat kekangan kewangan.
ย 
Sebagai simbolik penyerahan BAP, seramai 30 orang ibu bapa/ penjaga penerima BAP telah dijemput untuk menerima bantuan tersebut dalam Majlis Penyerahan BAP peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung pada pagi ini.
ย 
Dharapkan bantuan ini dapat memberi manfaat secara berterusan, sekali gus menyokong usaha memperkukuh akses pendidikan yang inklusif dan berkualiti di Wilayah Persekutuan Labuan.
Tahun Ini, Tahun Kita



Kunjung Hormat Timbalan Pengarah Kanan BPI ke Jabatan Pendidikan WP Labuan

Labuan, 15 Januari 2026 โ€“ Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Ustaz Ahmad Lutfi bin Abu Bakar telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan pada petang tadi.
ย 
Perjumpaan berlangsung di Bilik Mesyuarat Botanikal dengan penuh mesra dan berhemah.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk dapatan daripada pemantauan dan lawatan kerja di Majlis Agama Islam Labuan, lawatan tapak ke Sekolah Menengah Agama MAIWPL serta pemantauan minggu pertama persekolahan yang turut melibatkan pengagihan bantuan awal persekolahan.
ย 
Selain itu, pemantauan turut dilakukan di asrama dan dapur asrama murid-murid Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMA MAIWPL) diikuti dengan sesi perjumpaan bersama warden asrama bagi meneliti aspek kebajikan dan pengurusan murid-murid.
ย 
Turut hadir dalam lawatan ke sekolah ialah Pengurus Majlis Agama Islam WP Labuan, En. Mohd Rafie bin Zakaria; Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam WP Labuan, En. Mohd Suhaimi bin Mohd Yusof; pegawai Jabatan Pendidikan WP Labuan; pegawai MAIWPL; serta pegawai JAWI Labuan.
ย 
Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara agensi pendidikan dan agama di Labuan sekaligus meningkatkan mutu pengurusan sekolah serta kebajikan murid-murid di Wilayah Persekutuan Labuan.



PROJEK “KF EYECARE FOR LABUAN”; 250 MURID TERIMA CERMIN MATA PERCUMA

Labuan, 8 Januari 2026 – Seramai 250 murid sekolah rendah daripada 17 buah sekolah di Labuan telah menerima cermin mata preskripsi percuma menerusi projek โ€œKF EyeCare for Labuanโ€.
ย 
Ia satu inisiatif komuniti bagi membantu meningkatkan kualiti pembelajaran dan kesejahteraan murid-murid yang memerlukan.
ย 
Program telah dimulakan oleh Lions Club of Tenom Host dan dianjurkan bersama oleh โ€œBlue Dolphin Swim Clubโ€ serta JPKK Kampung Layang-Layangan, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Labuan.
ย 
Majlis penyerahan cermin mata telah diadakan di SK Pekan Dua dan disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Labuan, Yahya Ahmad Puteh, bersama-sama Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Sawal Salleh.
ย 
Matlamat utama projek ini adalah untuk menangani masalah penglihatan dalam kalangan murid yang boleh menjejaskan prestasi akademik dan keyakinan diri. Melalui bantuan ini, murid-murid diharap dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih jelas, selesa dan berkesan.
ย 
Inisiatif membuktikan kerjasama strategik antara badan bukan kerajaan (NGO), kelab sukan, jawatankuasa kampung dan agensi pendidikan kerajaan dalam menyokong pembangunan dan masa depan generasi muda di Labuan.
ย 
SUMBER BERITA : FB BES Labuan



Kunjungan Hormat PESAKA Labuan ke Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan

Labuan, 13 Januari 2026 – PESAKA Labuan mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan WP Labuan berkat kerjasama yg erat Antara PESAKA Labuan dan Jabatan Pendidikan WP Labuan membantu melancarkan pembukaan kelab silat sekolah-sekolah.
ย 
3 badan Gabungan akan membuka club Silat di sekolah-sekolah melalui 3 badan Gabungan iaitu Cengkam Harimu, Gayong Malaysia dan Pusaka Cekak Hanafi.
ย 
PESAKA Labuan akan meneruskan Pertandingan 1S1S pada Tahun ini.
ย 
Tahniah juga diucapkan kepada YDP Mohammad Khairul Abd Ghani dapat menjayakan impian dan memajukan SILAT di peringkat sekolah-sekolah .
ย 
SUMBER BERITA : FB PESAKA Labuan