Borang Kajian Tindakan 12 Langkah Dibentangkan Bangkok
01 – 02 Ogos 2019 – School Improvement Specialist Coach (SISC+) W.P.Labuan, Suriani Alland Rice Oxley telah membentangkan kertas penyelidikan beliau bertajuk Using ‘12 Steps Form’ In Conducting Action Research And It’s Impact On Teachers’ Continuous Professional Development di Universal Academic Cluster International August Conference , SM Tower, Bangkok. Konferens yang bertemakan academic & multidisciplinary ini telah dianjurkan oleh Walailak University Coordination Unit, Thailand.
Sebanyak 18 kertas penyelidikan telah dibentangkan dikonferens sehari ini. Para pembentang terdiri daripada ahli ilmiah dan pakar dalam bidang masing masing yang datang daripada pelbagai universiti seperti University of Agriculture, Faisalabad, Pakistan, Don Mariano Marcos Memorial State University, Philippines, Cadi Ayyad University, Morocco, The Hang Seng University of Hong Kong, Khon Kaen University dan Maejo University, Thailand, Indonesian Defense University, Cairo University, Egypt, Middle Technical University, Iraq, Pusan National University, South Korea, University of Cape Coast, Ghana, Tshwane University of Technology, South Africa serta Universiti Kebangsaan Malaysia termasuk wakil tunggal dari Jabatan Pendidikan W.P.Labuan.
Konferens ini memberi
peluang kepada semua ahli akademik dan penyelidik dari seluruh dunia berkongsi
kepakaran dan pengetahuan serta bertukar-tukar pendapat. Melalui konferens ini
juga, para peserta dapat bersemuka dan berkenal-kenalan antara satu sama lain
dan seterusnya mewujudkan jaringan akademik dengan mereka yang datang dari
pelbagai institusi pendidikan serta dari pelbagai negara.
Labuan , 13 Ogos – Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha telah mengadakan perasmian laman bacaan Permata Hati pada 9 ogos yang lalu.
Ruang bacaan yang dinamakan sebagai Permata Hati ini merupakan ruang bacaan kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 10 tahun. Ruang bacaan ini adalah perkhidmatan istimewa yang diberikan kepada ahli komuniti pusat sumber di sekolah SMK Rancha-Rancha.
Perasmian laman bacaan Permata Hati di Pusat Sumber DSDN telah dilakukan oleh penaung Pusat Sumber Sekolah berkenaan iaitu Datin Dato’ Sri Hajah Norsiah binti Abdullah.
Turut menyaksikan perasmian majlis itu ialah Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian Jabatan Pendidikan W.P Labuan iaitu Encik Asbolah bin Amit, Pengerusi Labuan Society Encik Wan Abdul Rahim bin Wan Abd Rahman , Encik Yahya bin Ahmad Puteh Pengetua SMK Rancha-Rancha serta barisan penolong kanan pentadbiran sekolah tersebut.
Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha memberi kemudahan yang bertaraf perpustakaan awam di Malaysia
Sewaktu membuat penanda perasmian , penaung Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha menyatakan bahawa ruang yang diadakan tersebut mampu menarik lebih ramai lagi pengunjung ke PSS DSDN SMK Rancha-Rancha.
Dengan adanya pelbagai kemudahan dan ruang yang menarik, beliau yakin Pusat Sumber Sekolah DSDN mampu menjadi pusat tranformasi minda kepada komuniti terdekat seperti penduduk Kampung Sungai Lada, Sungai Labu, Sungai Miri, Sungai Pagar dan Sungai Bedaun.
Encik Sapri bin idris selaku Ikon Guru Perpustakaan dan Media W.P Labuan dan GPM sekolah berkenaan menyatakan, laman membaca Permata Hati diwujudkan adalah untuk menjadikan Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha hub membaca dalam kalangan komuniti setempat.
Tambah beliau lagi, dengan adanya laman sedemikian maka ahli komuniti yang terdiri daripada kanak-kanak akan mengenali PSS DSDN SMK Rancha-Rancha sekaligus menjadikan sekolah tersebut sebagai buah hati para ibu bapa dalam membudayakan amalan membaca yang seharusnya dipupuk sejak dari kecil lagi.
GPM SMK Rancha-Rancha En Sapri (kiri) bergambar bersama tetamu perasmi yang hadir
Menurut Pengetua sekolah SMK Rancha-Rancha, Encik Yahya bin Ahmad Puteh menegaskan SMK Rancha-Rancha sebagai sekolah komuniti, seharusnya mempunyai alternatif dalam menarik ahli komuniti datang ke sekolah. Ahli komuniti setempat boleh menyumbang idea, wang ringgit dan tenaga dalam membangunkan sekolah secara kolektif.
Hubungan yang erat antara warga sekolah bersama komuniti setempat sudah pastinya akan memberi impak yang baik khususnya dalam perkembangan pendidikan anak-anak kampung di Wilayah Persekutuan Labuan.
Encik Yahya ketika membuat ucapan alu-aluan kepada para tetamu yang hadir
Kanak-kanak yang telah menjadi ahli komuniti Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha, boleh meminjam bahan bacaan yang disediakan pada setiap hari Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari. Ibu bapa boleh menemani anak-anak mereka ketika di pusat sumber sekolah .
Perkhidmatan tambahan di Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha ini telah dibiayai oleh penaung PSS iaitu Datin Dato’ Sri Hajah Norsiah binti Abdullah dengan menyediakan khidmat pegawai perpustakaan untuk menjaga dan menguruskan PSS setiap hari Sabtu.
Berita Oleh : SMK Rancha-Rancha
Laman membaca Permata Hati pengikat kasih sayang antara anak-anak dengan ibu bapa
Kem Bina Juara Anjuran Sektor Pendidikan Islam
Labuan, 10 Ogos – Seramai 100 orang murid dan 19 orang guru dari seluruh sekolah rendah sekitar WP Labuan telah menjayakan Kem Bina Juara (KBJ) peringkat WP Labuan bagi tahun 2019 di Pusat Kokurikulum Negeri pada 6 hingga 8 Ogos yang lalu. Program KBJ ini adalah anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Penyelaras Program ini ialah Ustazah Sitti Rahimah binti Yusuppu (Penolong Pengarah Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Isam).
Program ini telah dihadiri oleh murid-murid yang berpotensi dalam bidang Al-Quran, Khat dan Bahasa Arab. Murid-murid yang terlibat dibahagikan kepada tiga kumpulan besar.
36 orang murid terlibat dengan Modul Tahsin dan Tarannum Al-Quran, 31 orang murid bagi Modul Jawi dan Khat, dan 33 orang murid lagi dengan Modul Bahasa Arab (Hiwar).
Murid-murid ini telah dibimbing oleh fasilitator yang mahir dalam bidang masing-masing. Fasilitator adalah dalam kalangan guru-guru sekolah rendah sekitar WP Labuan dan 2 orang fasilitator jemputan dari Jabatan Agama Islam (JAWI) Labuan iaitu Ustaz Tahang bin Chongo bagi Modul Tarannum dan Ustaz Mohd Fadhil bin Abdullah bagi Modul Khat.
Latihan Dalam Kumpulan Modul Jawi dan Khat Latihan Dalam Kumpulan Modul Tahsin dan Tarannum
Program selama tiga hari ini dilihat memberi
impak yang besar kepada murid-murid. Menurut Ustazah Anfal binti Amir (Kem
Komandan KBJ) “Para peserta mampu
menunjukkan bakat dalam bidang masing-masing, setelah mengikut LDK selama 3
hari.”
Program KBJ juga telah memilih peserta terbaik bagi setiap modul. Bagi Modul Tahsin dan Tarannum, Peserta Terbaik Lelaki ialah adik Muhammad Aisy Hafiy khairullah bin Harma Hazizi dari SK Sungai Bedaun yang telah dibimbing oleh Ustaz Tahang bin Chongo dan Ustaz Zulkornain bin Ahmad.
Manakala Peserta Terbaik Perempuan ialah adik Puteri Nurbuhairah Binti Norazlan dari SK Bebuloh yang telah dibimbing oleh Ustaz Nawawi bin Ejal dan Ustaz Mohd Firdaus bin Yahaya.
Seterusnya bagi Modul
Jawi dan Khat , Peserta Terbaik Lelaki ialah Adik Mohammad Aiman Ramadhan Bin
Haliman dari SJK (C) Chi Wen, murid ini telah dibimbing oleh Ustaz Mohd Fadhil
bin Abdullah dan Ustazah Khamisah binti Ismail dan Peserta Terbaik Perempuan
pula telah diberikan kepada Adik Dayang Shaidatul Atirah Binti Saamsul dari SK
Patau-Patau yang telah dibimbing oleh Ustaz Zulkarnain bin Ali dan Ustazah Norhafizah binti Lamudin.
Bagi Modul Bahasa Arab (Hiwar) pula peserta terbaik Lelaki diberikan kepada adik Muhammad Ammar Afi Bin Azlan dari SK Pantai, yang telah dibimbing oleh Ustaz Ciptho Wiryawan @ Mohd Ikhwani. Peserta Terbaik Perempuan pula diberikan kepada Anis Hamraa Hazimah Binti Taufik dari SK Kerupang yang telah dibimbing oleh Ustazah Sanisah binti Zulkile.
Penyampaian Hadiah Peserta Terbaik oleh Ustaz Mohd Syahir kepada Adik Muhammad Aisy Hafiy Khairullah, disaksikan oleh Ustazah Sitti Rahimah dan Ustaz Sahrum.
Menurut Ustazah Sitti Rahimah binti Yusuppu (Penolong Pengarah Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Isam) Penyelaras Program KBJ, “Alhamdulillah,
semua peserta memberi maklumbalas yang positif. Saya sangat bersyukur dan
berterima kasih kepada semua yang menjayakan program ini, Urusetia, Kem
Komandan dan penolongnya, Barisan Fasilitator, murid-murid serta ibu bapa yang
sangat komited”. Katanya semasa majlis penutupan kem tersebut.
Ketua Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Mohd Syahir bin Mohd Yusof turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa KBJ, para fasilitator, yang memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan Kem Bina Juara ini.
“Sekali lagi ucapan tahniah dan terima kasih dari Sektor Pendidikan Islam buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KBJ 2019”. Katanya dengan penuh bangga dalam ucapan perasmian penutupan.
Beliau berharap semoga input yang diperolehi oleh anak-anak peserta melalui kem ini dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain di sekolah, samada dalam bidang Tarannum, Khat atau Hiwar Bahasa Arab.
Turut hadir, Ustaz Sahrum bin Samlan, Penolong Pengarah Pembangunan Adab dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Berita Oleh : Sektor Pendidikan Islam
Latihan Dalam Kumpulan Modul Bahas Arab (Hiwar) Latihan Dalam Kumpulan Modul Bahasa Arab (Hiwar) Penyelaras Program KBJ (Ustazah Sitti Rahimah binti Yusuppu) bergambar bersama peserta KBJ Peserta dari SK Sungai Bedaun merakamkan gambar kenangan Program Kem Bina Juara 2019
Perasmian Bulan Kemerdekaan Sk Pekan Satu
Labuan,9
Ogos 2019 (Jumaat) – SK Pekan Satu tidak ketinggalan mengibarkan jalur gemilang
sebagai suntikan patriotisma dalam pelancaran Perasmian Bulan Kemerdekaan
peringkat sekolah pada pagi Jumaat yang dikendalikan oleh Cikgu Noor Anidah
binti Ag Adi. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Puan Anita Shyamini
A/S Azman, Guru Besar SK Pekan Satu W.P.Labuan.
Majlis Pelancaran mengibarkan jalur gemilang ini, melibatkan seluruh warga SK Pekan Satu, murid-murid dan guru-guru. Murid seawal usia 5 Tahun juga turut bersama-sama mengibarkan jalur gemilang bagi merasai semangat kemerdekaan. Suntikan semangat kemerdekaan ini di pancarkan dengan hiasan jalur gemilang yang memenuhi kawasan sekolah SK Pekan Satu mengikut kreativiti guru-guru dan murid menyerlahkan semangat patrotisma di kalangan warga SK Pekan Satu.
Murid-murid berkumpul di dataran bagi menyambut pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Di samping mengibarkan jalur gemilang sempena
pelancaran Bulan Kemedekaan, Seluruh warga SK Pekan Satu bersama-sama menyanyikan lagu tema sambutan
kemerdekaan ke-62 dan beberapa buah lagu patriotik dalam menyemarakkan lagi
jiwa anak merdeka. Puan Anita berkata, pelancaran bulan kemerdekaan itu
penting, terutama kepada generasi baharu bagi menyemai semangat patriotik sejak
di bangku sekolah agar dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai jiwa merdeka
yang kental pada masa hadapan.
“Generasi
baharu harus diberi kesedaran dan semangat merdeka juga perlu disemai dalam
jiwa mereka agar dapat memupuk rasa kecintaan yang tinggi terhadap negara Malaysia.
“Kita bimbang, jika semangat patriotik ini sudah hilang dalam sanubari mereka, ia akan memberi impak negatif pada masa depan negara dan bangsa, kerana murid-murid pada hari ini adalah wira dan wirawati Negara pada masa akan datang” katanya ketika ditemui selepas pelancaran itu.
Sementara
itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Pekan Satu Puan Normah binti
Rahimi, berkata berpuluh acara membabitkan pelajar dan guru disediakan bagi
mengisi aktiviti bulan kemerdekaan.
Antara
aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan, mewarna bendera
Malaysia, melukis poster merdeka, nyanyian lagu patriotik, pakaian beragam bertemakan
kemerdekaan, pameran dan kibaran bendera sepanjang bulan Ogos hingga September.
Diharapkan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat meningkatkan semangat cintakan Malaysia dalam kalangan warga SKPS dalam kelompok generasi yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
Dari kiri Cikgu Farhah, Cikgu Noor Anidah, Penolong Kanan HEM Puan Normah Rahimi, Guru Besar SKPS Puan Anita Shyamini A/P S. Azman, Penolong Kanan Satu SKPS Puan Zailiana Zainol dan Cikgu Hafizah mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Pekan Satu
Murid SK Sungai Bedaun Seronok Belajar : SEAS English Camp 2019 anjuran Sabah English Aspiration Society
Labuan, 9 Ogos – Seramai sepuluh orang murid dan dua guru Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) terpilih untuk mengikuti English Camp 2019, Projek Maybank Global CR Day 2019 dengan kerjasama Sabah English Aspiration Society (SEAS) yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yin , Membakut Sabah pada 3 hingga 4 Ogos yang lalu.
Program SEAS ini menggabungkan kerjasama beberapa pihak antaranya Kolej Vokasional Keningau, SJKC Pei Yin, Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah , Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort dan Maybank Berhad .
Projek Maybank Global CR Day diadakan setiap tahun merupakan program kemasyarakatan yang melibatkan komuniti di lokasi masing-masing melalui inisiatif yang memberi kesan kepada kehidupan dan alam sekitar.
Fokus pada kali ini adalah terhadap penguasaan Bahasa Inggeris dalam usaha untuk memperkasakan Bahasa Inggeris selaras dengan peranannya sebagai bahasa utama dunia.
Peserta SK Sg Bedaun ceria bergambar bersama Fasilitator dari United Kingdom, MyOutreach@UK Team.
Menurut Puan Noor Farehin Mohd Yusof, Ketua Panitia Bahasa Inggeris, sebanyak 15 buah sekolah sekitar Sabah yang terpilih dengan tajaan oleh Maybank dalam program “Seed of the Future Initiative” dan SKSB merupakan satu-satunya sekolah mewakili Wilayah Persekutuan Labuan yang mendapat tajaan daripada Maybank Berhad cawangan Labuan.
Beliau melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada pihak pengurusan Maybank Berhad atas pemilihan ini.
“ Alhamdulillah, peserta-peserta SKSB memberi maklumbalas yang positif. Mereka bukan sahaja dapat belajar Bahasa Inggeris dalam persekitaran yang responsif dan menyeronokkan malah dapat berkenalan dengan peserta-peserta dari sekolah lain ”. Katanya semasa majlis penutupan kem tersebut.
EncikShalihin Bin Bakhrul (kiri), Puan Noor Farehin Mohd Yusof (empat dari kanan) bergambar ceria bersama peserta SEAS SKSB.
Program SEAS telah dirasmikan oleh Puan Jenifer Lasimbang, Pembantu Menteri Pelajaran Dan Inovasi, Sabah. Turut hadir Dr Zainab binti Kassim, Pengarah Sabah English Aspirations Society, Team CR Maybank , Encik Sirhajwan Idek, Guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau yang pernah menjadi Juara Dunia bagi International Innovation and Entrepreneurship Excellence in Teaching Award di Paris pada tahun 2017. Fasilitator dari United Kingdom, MyOutreach@UK Team dan fasilitator daripada Kolej Vokasional Keningau, Sabah.
Guru Besar SKSB, Puan Dg. Sarifah Binti A. Mahmod turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Maybank Berhad yang telah memberi peluang kepada murid-murid SKSB untuk menyertai kem tersebut.
“ Sekali lagi ucapan terima kasih kami warga SKSB kepada Maybank dan SEAS atas sumbangan buku-buku kepada para peserta dan juga untuk sudut-sudut bacaan di SKSB ”. Katanya dengan penuh bangga.
Beliau berharap semoga input yang diperolehi oleh anak-anak SKSB melalui kem ini dapat meningkatkan keyakinan diri untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris bagi mencorak pemikiran generasi masa depan serta dapat membina hubungan rapat di antara sekolah dengan SEAS melalui ‘Smart Partnership’ berkaitan dengan perkongsian ilmu dan kepakaran khususnya dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Peserta SKSB merakamkan gambar kenangan bersama Dr Zainab binti Kassim (bertudung merah), Encik Sirhajwan Idek (kanan)
Semoga program ini dapat diteruskan lagi dan dapat memberi peluang kepada murid-murid lain untuk menyertai program yang sangat bermanfaat ini.
Berita Oleh : SK Sungai Bedaun
Peserta SEAS merakamkan gambar kenangan di bilik penginapan mereka di SJKC Pei Yin, Membakut. Peserta SEAS lelaki begitu ceria bergambar bersama rakan-rakan mereka daripada pelbagai sekolah yang mengikuti kem.
SMK Labuan Beri Saingan Sengit, Karnival Kokurikulum Tingkatan Enam Peringkat Negeri Sabah
Labuan 8 Ogos – SMK Labuan telah memberikan saingan yang sengit dalam Karnival Kokurikulum Tingkatan Enam Peringkat Negeri Sabah yang telah berlangsung di SMK Pengiran Omar (SMKPO), Sipitang Sabah pada 4 hingga 5 Ogos 2019.
Karnival yang dikelolakan oleh Pusat Tingkatan Enam SMK Pengiran Omar Sipitang ini telah dirasmikan oleh Pg. Mohd Yacob bin Pg Hj Omar, Pemimpin Pembangunan Masyarakat, wakil rasmi Datuk Dr Yusof bin Hj Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah.
SMK Labuan telah menyertai 7 acara iaitu Petanque, Bola Jaring, Futsal Lelaki, Futsal Perempuan, Badminton, Bola Tampar dan Catan (Seni Visual) yang diwakili oleh 40 orang pelajar, diiringi oleh 12 orang guru.
Tujuh sekolah telah menyertai karnival ini yang terdiri daripada SMK Pengiran Omar Sipitang, SMK Merapok Lawas, SMK Beaufort, SMK Keningau 2, SMK Majakir, SMK Kinarut dan SMK Labuan.
Pasukan Catan Seni Visual SMK Labuan paling menyerlah dengan menyapu bersih tiga tempat kedudukan teratas. Irham Zulhilmi Mohd Johan muncul sebagai johan, Nassuha Erdina Dollah meraih tempat kedua dan Annisha Khairen Ishak tempat ketiga.
Pasukan Petanque SMK Labuan juga tidak kurang hebatnya dengan muncul johan, mengalahkan SMKPO A di tempat kedua dan SMKPO B di tempat ketiga. Skuad Petanque SMK Labuan diwakili Mohd Aiman Shah Ahmad Satiah, Siti Noorhafiza Nazwa Norizan, Mohd Syamil Zharfan Zulphian, Mc Olsen Harry, Zulaikha Nabilla Zulkifli dan Kellvictor Kimlin.
Catan (Seni Visual) dari kiri Annisha (ketiga), Irham (Johan), Nassuha (Naib Johan)SMKL Johan Petanque, dari kiri Ustaz Mohd Sanusi, Hj Mazri, Encik Ismail, Encik Saminan dan Puan Evelyn
Dalam Pertandingan Badminton, pasukan SMKPO dinobatkan sebagai juara, diikuti SMK Merapok di tempat ke dua dan SMK Labuan di tempat ke tiga.
SMKPO A juga muncul johan acara futsal perempuan diikuti SMK Labuan dan SMKPO B. Dalam kategori futsal lelaki, johan disandang SMK Beaufort, kedua SMKPO Team B dan ketiga SMK Labuan.
SMK Keningau 2 muncul juara acara Bola Jaring, naib johan SMK Labuan dan ketiga SMK Pengiran Omar Sipitang.
Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan bantuan PIBG SMK Labuan dan para ibu bapa.
Beliau berkata Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan berhasrat untuk menganjurkan Karnival Kokurikulum Tingkatan 6 Peringkat Antarabangsa pada tahun 2020 melibatkan Sekolah, Pusat Tingkatan 6 / Pra Universiti dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Brunei Darussalam.
Berita Oleh : SMK Labuan
SMKL (berdiri) Naib Johan Futsal perempuan, bersama Johan SMKPO (duduk)SMKL Naib Johan Bola Jaring, Cikgu Napsiah Ibrahim (2 kiri) dan Cikgu Hjh Hamidah Omar (3 kiri)
Pengetua dan Guru Besar Sekolah Hadiri Dialog Prestasi Negeri Bil. 3, 2019
Labuan, 6 Ogos – Semua pengetua dan Guru Besar telah menghadiri Dialog Prestasi Negeri Bil. 3/2019 yang telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Kiansam, BTPN Labuan.
Dialog Prestasi Negeri (DPN) kali ini memberi fokus kepada kepada 3 daripada 4 Kluster DPN iaitu Kehadiran dan Enrolemen Murid (kluster 1), Pelaporan PBD (kluster 2), Beban Tugas Guru dan TS25 (Kluster 4). Kluster 3 tidak dibincangkan dalam DPN kali ini.
Pengarah Pendidikan, Encik Raisin bin Saidin telah mempengerusi DPN yang turut dihadiri oleh ketua-ketua sektor dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan.
Di dalam ucapannya, Encik Raisin Saidin menekankan kepentingan pihak sekolah mengenalpasti setiap isu dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian berdasarkan senario sekolah masing-masing.
Semua guru disaran mendidik murid secara bersungguh-sungguh dengan amalan kasih-sayang selaras dengan konsep Labuan SUPERB, Guru Sayang Muridnya.
Para Pegawai JPWPL, Pengetua dan Guru Besar dalam Mesyuarat DPN Bil 3
Dalam sesi perbincangan berdasarkan kluster, Encik Raisin Saidin telah meminta maklumbalas segera daripada Pengetua dan Guru Besar berkaitan isu-isu dan data-data yang dibincangkan.
Hal ini adalah untuk memastikan PGB sentiasa mampu merancang dan melaksanakan intervensi tepat berdasarkan data-data di sekolah masing-masing. Input-input yang diperolehi akan digunakan sebagai sokongan apabila menghadiri Dialog Prestasi peringkat Nasional nanti.
Mengulas tentang isu dalam kluster 4 berkaitan kajian beban tugas guru, Encik Raisin Saidin merasa gembira kerana sekolah-sekolah telah berjaya melaksanakan arahan KPM ini dari semasa ke semasa.
Namun begitu, setiap guru mesti boleh membezakan antara tugasan tambahan yang membebankan dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
Di akhir sesi dialog, Encik Raisin Saidin sekali lagi mengingatkan bahawa semua sekolah mesti berfikir dalam satu kerangka dan halatuju yang sama iaitu ke arah peningkatan kemenjadian murid dan kualiti sekolah.
SKPMg2 juga hendaklah digunakan sebagai alat pengurusan untuk memperbaiki kualiti sekolah secara menyeluruh.
Berita Oleh : Encik Mohd Nizam Yasim, Pengetua SMK Mutiara
Murid 12 tahun menjuarai 4th Malaysia Open International Taekwondo Championship 2019
6 Ogos 2019 / Labuan – Mohammad Mainiezam
Bin Maswandie, murid 12 tahun yang bersekolah di SK Tanjung Aru telah
mengharumkan nama Labuan sekali lagi tahun ini dengan memenangi pingat emas
dalam 4th Malaysia Open International Taekwondo Championship 2019 pada 2 hingga
4 Ogos yang bertempat di Stadium Juara, Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia.
Murid ini juga telah menyertai
pertandingan ini selama tiga tahun berturut-turut dan sentiasa mencapai
kejayaan yang cemerlang. Murid ini pernah mendapat tempat kedua bagi kategori
yang sama pada tahun lalu dan kini adik Mohd Mainiezam membuktikan bahawa
dirinya boleh menjadi lebih baik daripada tahun sebelum ini. Hasil daripada sokongan
dan didikan daripada ibu bapa, adik Mohammad Mainiezam akhirnya berjaya
mendapat juara pada Kejohanan ini.
Disiplin serta azam yang tinggi daripada diri murid ini sendiri turut
menyumbang kepada kejayaannya pada kali ini.
Negara-negara
luar yang terlibat dalam pertandingan ini termasuklah Indonesia, Singapura,
Kemboja, Nepal, India, Brazil dan China. Kesemua peserta yang terlibat
memberikan saingan yang sengit dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
Namun begitu, hal ini tidak meruntuhkan semangat murid 12 tahun ini dan setelah
bertanding selama 3 hari, murid ini membuktikan bahawa dirinya dapat mengatasi
semua cabaran dalam kategori ‘Kyorugi’ lelaki 10-12 tahun (Heavy Weight) dan
akhirnya berjaya merangkul pingat emas dengan menewaskan lawan daripada Negeri
Sembilan.
Ucapan
setinggi-tinggi tahniah juga diberikan
kepada murid ini daripada seluruh warga SK Tanjung Aru sempena kemenangannya
pada tahun ini.
JPWPL Jalin Hubungan Dua Hala dengan Negara Jepun
Labuan, 29 Julai – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya mewujudkan hubungan dua hala profesional dalam bidang pendidikan dan pembangunan bola sepak dengan negara Jepun.
Jabatan ini telah dikunjungi oleh oleh Mr Tatsuya Tony Takahashi, Director NPO SAM (Save the Asian Monuments), Mr Kojima Takuya, Senior Coach of Tokyo FootballAssociation, Miss Iyama Tomomi, Nursing, medical science and student care teacher, Board member of NPO SAM dan Mr Daichi Baba, pada 25 Julai hingga 28 Julai 2019.
Rombongan telah melawat beberapa sekolah, antaranya ialah SK Sungai Bedaun, SMK Taman Perumahan Bedaun dan SMK Mutiara.
Pihak sekolah telah membuat sesi perkongsian mengenai Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM), di samping aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
Rombongan NPO SAM, Jepun, Pegawai-pegawai JPNS, pegawai-pegawai JPWPL bergambar kenangan bersama murid-murid SK Sungai Bedaun.
Di SMK Mutiara dan SMK Taman Perumahan Bedaun, Mrs Iyama Tomomi dan Mr Daichi Baba telah berkongsi kepada para guru berkenaan pendidikan dalam penjagaan kesihatan di sekolah-sekolah Jepun.
Dari kiri Dr Hyginus, Mrs Sally Ann Scott, Encik Mohd Nizam, Mrs Iyama Tomomi dan Mr Daichi dalam perkongsian pendidikan mengenai penjagaan kesihatan di sekolah-sekolah Jepun
Sempena lawatan tersebut juga, satu pertandingan Karnival Mini Liga Bola Sepak antara sekolah-sekolah Menengah di Labuan telah diadakan di Padang Bola Sepak SMK Pantai dan SK Pantai.
Mr Kojima Takuya telah mengambil bahagian sepenuhnya dalam karnival itu dengan memberi dorongan dan sokongan kepada sekolah-sekolah yang bertanding.
Beliau turut memuji kemahiran individu yang dimiliki oleh pemain-pemain sekolah di Labuan tetapi masih banyak ruang untuk diperbaiki terutama dalam permainan berpasukan.
Mr Kojima juga telah berkongsi kepakaran dan pengalaman kepada jurulatih-jurulatih setiap sekolah dalam memperbaiki kelemahan pasukan dan pihaknya bersedia untuk membantu mengembangkan lagi teknik kejurulatihan dan kemahiran para pemain.
Beliau akan membawa para pemain remaja bola sepak di Jepun untuk membuat koloborasi dan perlawanan persahabatan bagi meningkatkan lagi pembangunan bola sepak di wilayah ini.
Mr Kojima dan Puan Norazita bersama pemain bola sepak SMK Pantai
Terdahulu, Mr Kojima dan Mr Daichi sempat menyertai pasukan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dalam perlawanan persahabatan menentang Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Labuan.
Para Pemain JPWPL dan ATM LabuanDari kiri Mr Tony, Mr Daichi, Mr Kojima, Encik Raisin Saidin dan para pemain JPWPL
Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin ketika ditemui dalam perbincangan antara kedua-dua pihak, mengucapkan terima kasih dan menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran para rombongan dari Jepun yang hadir.
Beliau berharap jalinan kerjasama ini dapat mewujudkan hubungan dua hala profesional dalam bidang pendidikan dan pembangunanan sepak bola untuk pengembangan profesional guru dan murid antara Labuan dan Jepun.
Perancangan seterusnya dengan membawa pelajar-pelajar daripada Universiti Toyo, Jepun untuk datang berkunjung ke Labuan pada tahun 2020.
Ketika sesi lawatan ke SMK Taman Perumahan Bedaun
Hari Koperasi Sekolah (HKS) SMK Labuan Suburkan Budaya Keusahawanan dan Kemasyarakatan
Labuan, 31 Julai – Hari Koperasi Sekolah (HKS) SMK Labuan telah menyuburkan budaya keusahawanan dan kemasyarakatan, demikian intipati ucapan perasmian oleh Datuk Hajah Noraini binti Datuk Seri Panglima Hj Salleh, Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah.
Beliau berkata, Koperasi sekolah menyediakan murid-murid dengan peluang menimba pengalaman dalam bidang perniagaan. Ini secara langsung juga dapat memberi impak kepada pembangunan sifat-sifat positif murid seperti rajin, jujur, bekerjasama dan komited terhadap tanggungjawab yang diberi.
Hari Koperasi Sekolah (HKS) SMK Labuan 2019 yang berlangsung pada 28 Julai lalu, menyediakan pelbagai aktiviti dan pengisian. Antaranya Koop Run 5 KM, menyediakan gerai jualan, pameran, pertandingan karya penulisan, mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan melukis untuk pelajar dan lawatan kemasyarakatan.
Hari Koperasi SMK Labuan bertambah meriah dengan hasil gabungan kerjasama agensi lain melalui aktiviti seperti kitar semula bersama Perbadanan Labuan, menderma darah bersama Jabatan Kesihatan WP Labuan, pertandingan Petanque bersama Jabatan Belia dan Sukan, ceramah pendidikan keusahawanan bersama Perbadanan Nasional Berhad dan pameran pelbagai agensi.
Koperasi SMK Labuan Berhad berazam untuk terus memberi sumbangan positif kepada sekolah amnya dan kepada murid-murid khasnya. Ini juga secara kolektifnya akan memberi sumbangan kepada kemajuan gerakan koperasi di peringkat nasional.
Jumlah jualan Koperasi SMKL Berhad bagi tahun berakhir 31 Mac untuk 3 tahun terakhir bermula 2017 hingga 2019 menunjukkan peningkatan yang semakin ketara.
Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah berkata pihak sekolah komited dengan peranan koperasi sekolah iaitu membantu membangunkan modal insan yang kompetitif serta berpotensi untuk memperkukuhkan bidang keusahawanan negara.
Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pameran-pameran serta aktiviti kitar semula, yang merupakan aktiviti yang menyumbang kepada penyuburan sikap menghargai alam sekitar dalam kalangan masyarakat.
Di majlis yang sama, Adik Kizzer Poh dan Siti Nordiana binti Abdullah, masing-masing telah mendapat Anugerah Khas Koperator Lelaki dan Perempuan Terbaik 2019.
Turut hadir Encik Jaafar bin Matusin, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan WP Labuan, Tuan Haji Md Yusof bin Haji Chuchu, Yang Dipertua PIBG SMK Labuan, Encik Azmaniansyah Bin Bachok, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Labuan, Puan Yantie Bakir, Ketua Peladang Muda, Pertubuhan Peladang Kawasan Labuan Selatan.
Berita Oleh : SMK Labuan
Dari kiri Encik Kitli, Encik Jaafar, Encik Azmaniansyah, Encik Ismail, Datuk Hjh Noraini, Tuan Hj Yusof, Encik Saminan dan Puan Yantie