MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN DAN SUMBANGAN KG. JALAN TUNKU SYARUF KEDAH, KG. GANGGARAK DAN KG. KERUPANG

27 Februari 2025 | Sek Keb Pekan Dua

Peristiwa kebakaran yang berlaku baru-baru ini telah memberikan impak kepada keluarga murid yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang sama ada dari segi kewangan, barangan keperluan pakaian, makanan dan barangan persekolahan, mahupun sokongan moral terutamanya kepada pihak LIONS CLUB OF LABUAN MANDARIN serta organisasi dan individu yang turut serta dalam usaha murni ini.

Seramai 30 orang murid yang terlibat terdiri daripada 24 orang murid di Kampung Jalan Tunku Syarif Kedah, 2 orang di Kampung Ganggarak, dan 4 orang Kampung Kerupang telah terjejas akibat musibah ini. Kehilangan tempat berteduh, harta benda dan kenangan bukanlah perkara mudah untuk dihadapi.

Majlis telah disempurnakan oleh En Yahya bin Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan WP Labuan bersama wakil LIONS CLUB OF LABUAN MANDARIN.

Turut hadir bersama adalah En Ag Marten bin Dato Haji Abdul Rahman Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Murid , Pegawai Jabatan Pendidikan WP Labuan dan wakil pentadbir sekolah -sekolah yang terlibat.