Labuan, 29 Oktober 2025 β Program bulanan Energizer Break anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan lagi dengan tema βSemangat Sepasukanβ yang dilaksanakan di lokasi masing-masing melibatkan seluruh warga jabatan berjaya mencetuskan suasana ceria dan bersemangat melalui aktiviti santai berkonsepkan kerjasama serta motivasi.
Program ini diadakan selaras dengan inisiatif Pembudayaan Keseronokan Bekerja yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) β ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang positif, menyeronokkan dan penuh semangat kekitaan. πβ¨
SESI LIBAT URUS SEKTOR INTEGRITI BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DAN PENTADBIR SEKOLAH TAHUN 2025
LABUAN, 28 Oktober 2025 – SLU Sektor Integriti Bersama Pengurusan Tertinggi JPWP Labuan dan Pentadbir Sekolah Tahun 2025 yang telah diadakan di Bilik Gerakan, Jabatan Kerja Raya W.P. Labuan. YBrs. Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Pengarah Pendidikan W.P. Labuan telah berkesempatan menyantuni peserta SLU dan menitipkan amanat beliau.
Β
Program tersebut telah dihadiri seramai 51 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan W.P. Labuan serta semua Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) sekolah menengah dan sekolah rendah di W.P. Labuan.
Β
Seramai dua (2) orang pembentang dari Unit Integriti, Kementerian Pendidikan iaitu Encik Abdul Rahman bin Hasim dan Encik Muhammad Azreen bin Aziz telah dijemput untuk membentangkan tajuk berkaitan penerimaan hadiah dan sumbangan serta kesalahan rasuah dan salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan sekolah.
MAJLIS APRESIASI DAKWAH (MARWAH) 2025 SEMARAKKAN SEMANGAT ADAB DAN NILAI WARGA PENDIDIKAN LABUAN
LABUAN, 28 Oktober 2025 β Majlis Apresiasi Dakwah (MARWAH) peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Desa Tunas Hijau, Kampung Sungai Miri petang tadi.
Β
Penganjuran MARWAH bertujuan memberikan penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan Program Adab dan Nilai di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.
Β
Majlis ini turut menjadi platform untuk meraikan jurulatih negeri serta peserta yang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dalam program tersebut di peringkat kebangsaan, sebagai tanda pengiktirafan atas komitmen dan pencapaian cemerlang mereka.
Β
Antara anugerah yang disampaikan pada majlis tersebut ialah Anugerah Terbaik Pencapaian Aktiviti Adab dan Nilai, Anugerah Terbaik Pengurusan Penarafan Surau/Musolla, Anugerah Pencapaian Terbaik Penguasaan Al-Quran, Anugerah Terbaik Pengurusan Panitia Pendidikan Islam serta Anugerah Ikon Citra Dakwah dan Kepemimpinan.
Β
Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan menarik antaranya persembahan Kalam Arabi oleh adik Nwuwairah Nour Hasanah binti Samsulbahri dari Sekolah Kebangsaan Sungai Lada, serta persembahan nasyid oleh Kumpulan Al Intisar yang dianggotai oleh murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan. Persembahan tersebut telah memukau para hadirin dan menambahkan lagi kemeriahan suasana majlis.
Β
Majlis MARWAH 2025 telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Tuan Yahya bin Ahmad Putih. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Puan Kamariah binti Salim, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, Puan Murniza binti Mohammad serta Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Tuan Haji Sahbudin bin Ag Muhamad. Turut sama memeriahkan majlis ialah para pegawai jabatan, pengetua dan guru besar dari sekolah-sekolah sekitar Labuan.
Β
Kehadiran tetamu kehormat dan penglibatan aktif warga pendidikan telah menjadikan MARWAH 2025 sebagai platform penting dalam menyemarakkan semangat dakwah serta memperkukuh nilai-nilai murni dalam kalangan warga pendidikan dan masyarakat setempat.
PELANCARAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN PERIGKAT NEGERI WP LABUAN 2025
Tarkh: 23 Oktober 2025 (Khamis)
TempatL Plaza Berpayung Kompleks Sukan Air WP Labuan
Anjuran: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dengan kerjasama Perpustakaan Awal Labuan dan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan WP Labuan
Β
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Mewarna Prasekolah, Aroma Meja Bulat dan pameran serta jualan buku DBP, PERWILA, Munsyi Jawi Labuan dan SSTP Labuan. Turut diadakan Pertandingan Deklamasi Sajak yang telah dimenangi oleh adik Nur Amani Amanda Binti Arman dari SJK (C) Chi Wen dengan tajuk sajak Pustaka Nian Mendebu oleh bagi Kategori Sekolah Rendah dan adik Elmer Emmeric Alexius dari SMK ST Anthony dengan tajuk sajak Hirisan Hati Demi Bahasa oleh Zafran.A. bagi kategori sekolah menengah.
Β
Program ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan YBrs En Mohd Sukuran bin Taib yang turut dihadiri Pengarah DBP Cawangan Sabah Puan Jennitah binti Noordin dan Sastarewan Sabah En Sukor Usin. Diharapkan agar budaya membaca dapat disemai di kalangan warga Labuan sebagai usaha menjadikan warga Labuan yang berilmu.
Β
Majlis ini turut dihadiri Wakil Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Wilayah Persekutuan Labuan Puan Noraini binti Sabudin dan Ketua Penolong Pengarah SSTP Labuan En Mohammad Bin Pindut.
Kem SHEILDS Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan, 24 hingga 26 Oktober 2025 – Kem SHEILDS Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung sejak 24 hingga 26 Oktober 2025 di Bangunan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan WP Labuan.
Β
Agensi Antidadah Kebangsaan WP Labuan selaku penganjur utama serta Jabatan Pendidikan WP Labuan sebagai rakan strategik atas penganjuran program berimpak tinggi ini yang menyasarkan golongan pelajar sekolah menengah berusia 14 hingga 16 tahun.
Β
Kem ini juga dapat menyuntik semangat positif, jauhi segala bentuk penyalahgunaan dadah, dan menjadi contoh murid yang berdisiplin, berakhlak serta berwawasan.
Β
Pn Noraini binti Sabudin Timbalan Pengarah Pendidikan,Sektor Perancangan telah merasmikan kem ini. Turut hadir Pn Zaliha binti Mohd Salleh, KPP HEM JPWPL dan En Asmawi bin Ahmad, PP SSTP JPWPL.
Labuan, 17 Oktober 2025 – Delegasi Jawatankuasa Darul Kifayah dan Dar Assaadah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diketuai oleh Profesor Datin Dr. Rusni Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Darul Kifayah dan Dar Assaadah MAIWP meneruskan siri lawatan kerja ke Labuan dengan mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Β
Ketibaan delegasi disambut mesra YBhg. En. Yahya Ahmad Puteh, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Kunjungan ini bertujuan mengukuhkan hubungan strategik serta membincangkan potensi kerjasama dalam aspek pendidikan, pembangunan sahsiah dan kebajikan pelajar, khususnya melibatkan anak-anak asnaf dan anak- anak yatim di bawah kelolaan MAIWP.
Β
Melalui jalinan kerjasama ini, MAIWP berharap dapat memperkukuh sinergi bersama pihak Jabatan Pendidikan bagi memperluas peluang pendidikan berkualiti serta melahirkan generasi pelajar asnaf yang berdaya saing, berakhlak mulia dan berilmu tinggi selaras dengan aspirasi pembangunan ummah.
Sumber Berita : FB Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan – MAIWP
Kem Pemantapan Adab dan Nilai WP Labuan: Bina Sahsiah Generasi Rabbani
LABUAN, 25 Oktober 2025 β Kem Pemantapan Adab dan Nilai Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melabuhkan tirainya petang tadi.
Β
Program selama dua hari yang berlangsung di Pusat Kokurikulum Negeri, Ganggarak ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan seperti Slot Taβaruf dan Ice Breaking, Slot Kerohanian dan Tazkirah, Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Slot Ceramah Kepimpinan Rabbani, Slot Riadah, serta Slot Khidmat Diri dan Gotong-Royong.
Β
Seramai 189 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah seluruh Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai kem berkenaan.
Β
Program ini telah dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan Lubuk Temiang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun, dengan bimbingan Ustaz Syahnon bin Othman, Penolong Pengarah Unit Adab dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Β
Seramai lapan orang jurulatih dakwah turut terlibat sebagai fasilitator dan pengendali slot aktiviti sepanjang kem ini berlangsung bagi memastikan setiap peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna, menyeronokkan dan membina keperibadian unggul.
Β
Penganjuran kem ini bertujuan membentuk karakter murid yang berakhlak mulia, berdisiplin tinggi serta beradab dalam setiap tindakan, selaras dengan matlamat melahirkan generasi rabbani yang berjiwa pemimpin serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Β
Majlis penutupan rasmi kem ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Ustazah Kamariah Salim. Turut hadir ialah Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun, Puan Norazita binti Md Nor @ Shamsuri, Guru Besar SK Lubuk Temiang, Puan Faridah binti Abdul Rahman, serta Ketua Unit Pembangunan Asnaf MAIWP Labuan, Encik Mohd Syukur bin Norfini.
Β
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MAIWP atas kerjasama erat serta sumbangan yang diberikan dalam menjayakan penganjuran kem ini.
Β
Kem ini diharap menjadi wadah terbaik dalam memperkukuh nilai-nilai murni, jati diri dan semangat kepimpinan dalam kalangan murid, seiring dengan aspirasi pendidikan Islam dalam membentuk insan berakhlak, beradab dan berperibadi unggul.
KARNIVAL BAKAT SUKAN GABUNGAN TADIKA SWASTA LABUAN 2025
Labuan, 25 Oktober 2025 β Karnival Bakat Sukan Gabungan Tadika Swasta Labuan 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah bermula seawal jam 7.00 pagi bertempat di Dewan Tadika Chung Hwa, Wilayah Persekutuan Labuan. Program tahunan ini menghimpunkan 15 buah tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai platform mencungkil bakat dan potensi sukan dalam kalangan kanak-kanak tadika.
Dengan mengetengahkan tema βBakat Cilik, Semangat Besarβ,bertepatan dengan roh dan matlamat karnival ini. Tema ini turut mencerminkan bahawa walaupun anak-anak ini masih kecil tetapi semangat yang dipamerkan begitu luar biasa. Peserta cilik ini menunjukkan keberanian untuk mencuba, keyakinan untuk bersaing dan kesungguhan untukΒ berjuang. Semua ini mencerminkan jiwa besar yang wajar kita banggakan.
Penganjuran karnival ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, membina jati diri serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak tadika. Selain itu, program ini turut menjadi wadah memperkukuh hubungan silaturahim antara guru, ibu bapa dan komuniti setempat.
Acara pada tahun ini menampilkan duaΒ sukan utama iaitu Futsal dan Bola Jaring, yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada semua tadika yang mengambil bahagian. Suasana karnival diserikan dengan sorakan penuh semangat serta penyertaan aktif para peserta cilik yang menunjukkan kesungguhan dan bakat luar biasa.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Noraini binti Sabudin, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, yang hadir mewakili Pengarah Pendidikan W.P. Labuan. Dalam ucapan perasmian beliau, Pn. Noraini menegaskan bahawa penyertaan awal kanak-kanak dalam aktiviti kesukanan mampu membentuk generasi muda yang cergas, berdisiplin dan berdaya saing, sejajar dengan aspirasi pendidikan holistik yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Pendidikan W.P.Labuan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasihΒ kepada pihak MAIWP atas Kerjasama erat serta sumbanganΒ yang diberikan dalam menjayakan penganjuran karnival ini.
Turut hadir memeriahkan karnival ialah Tn. Haji Sawal bin Haji Salleh, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan; En. Mohd. Radzaleih bin Matusin, Timbalan Pengurus Operasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (MAIWP); Pn. Noriha binti Yakub, Pengerusi Gabungan Tadika Swasta Labuan; Pn. Zaliha binti Mohd. Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan; serta Mr. Tan Tze Chuan, Pengerusi Tadika Chung Hwa.
Kehadiran ibu bapa dan penjaga murid-murid tadika turut menyerikan lagi suasana karnival, dengan sokongan padu dan sorakan semangat kepada anak-anak yang bertanding. Penglibatan mereka membuktikan komitmen tinggi komuniti terhadap usaha melahirkan generasi muda yang sihat, berkeyakinan dan berdaya saing.
Β Keputusan Pertandingan
Pertandingan Futsal π₯Tempat Pertama: Tadika Chi Hwa π₯ Tempat Kedua: Tadika St. Anne π₯ Tempat Ketiga: Tadika Chung Hwa
Pertandingan Bola Jaring π₯ Tempat Pertama: Tadika Chung Hwa π₯ Tempat Kedua: Tadika Manja Ria π₯ Tempat Ketiga: Tadika St.Anne
Karnival ini dikendalikan oleh Pn. Zaleha binti Hassan, Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, dengan kerjasama erat daripada Guru Besar Β Gabungan Tadika Swasta yang menjadi tulang belakang kejayaan karnival ini.
Kejayaan penganjuran Karnival Bakat Sukan Β bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi wadah membina jati diri, menanam nilai hormat, dan memupuk semangat kesatuan dalam kalangan anak-anak. Apabila nilai-nilai ini disemai sejak usia muda, kita sebenarnya sedang membentuk generasi yang cergas tubuhnya, cerdas mindanya dan tinggi budi pekertinya.
KEM PEMERKASAAN JAWI KUKUHKAN KEMAHIRAN ASAS MURID SEKOLAH KPM
Labuan, 25 Oktober 2025 β Kem Pemerkasaan Jawi sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan SK Bebuloh.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas membaca dan menulis tulisan Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah.
Ia juga berperanan mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik melalui penglibatan aktif warga sekolah dalam aktiviti bertemakan tulisan Jawi.
Kem yang bermula pada jam 7.30 pagi itu telah disertai oleh seramai 195 orang murid dan guru dari pelbagai sekolah.
Kem ini dikendalikan oleh pasukan Jurulatih Utama Jawi negeri yang diketuai oleh Ustazah Dalilah Desa, dengan bantuan fasilitator daripada sekolah-sekolah terlibat.
Antara objektif utama kem ini ialah untuk meningkatkan penguasaan literasi Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah.
Disamping itu para guru dapat memberi bimbingan berkaitan kaedah pembelajaran Jawi yang berkesan melalui aktiviti interaktif. Ia sekaligus dapat membantu murid memahami kandungan kurikulum Pendidikan Islam serta mengintegrasikan tulisan Jawi dalam kehidupan seharian.
KARNIVAL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI DAN INOVASI PENDIDIKAN MERIAH
Labuan, 11 Oktober 2025 – Ruang Legar Anggerik, Ujana Kewangan menjadi tumpuan warga pendidikan dan masyarakat setempat apabila Karnival Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi & Inovasi Pendidikan berlangsung dengan penuh meriah dan gemilang.
Β
Karnival yang julung kali dianjurkan di Wilayah Persekutuan Labuan ini menandakan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan nilai keimanan dengan matlamat membentuk insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Β
Acara dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan pertandingan mewarna melibatkan 31 orang anak-anak pra sekolah. Suasana bertambah meriah dengan aktiviti Jawi Challenge yang disertai oleh 25 orang murid sekolah rendah. Aktiviti ini dikendalikan oleh Munsyi Jawi Kebangsaan, Ustazah Dalilah Desa bersama para ustaz dari Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam. Selain memantapkan kemahiran jawi di kalangan murid-murid, ia turut berperanan memelihara warisan bahasa dan budaya Islam dalam kalangan generasi muda.
Β
Sepanjang karnival, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk pertandingan nasyid bertemakan hadis, pertandingan reruai Hadis 40 serta forum ilmiah yang memperkaya kefahaman pengunjung terhadap intipati Hadis 40 Imam Nawawi.
Β
Para pempamer dari sekolah-sekolah sekitar Labuan turut berkongsi inovasi dan amalan baik berasaskan biah hadis menjadikan karnival ini sebagai platform pembelajaran yang menyeluruh dan interaktif.
Β
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Yahya Ahmad Puteh. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pendidikan, Ketua Penolong Pengarah, para Pengetua dan Guru Besar, asatizah, murid-murid serta pengunjung di Kompleks Ujana Kewangan Labuan.
Β
Rakan strategik, Majlis Agama Islam WP Labuan turut menyumbang kemeriahan melalui kuiz interaktif yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Pusat Pungutan Zakat dan Bank Islam Malaysia Berhad turut hadir memeriahkan acara.
Β
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah bagi pelbagai pertandingan sempena karnival, antaranya:
β’ Dai Cilik
β’ Mimbar Daie
β’ Hafazan Hadis
β’ Nasyid
β’ Reruai Hadis 40
β’ TikTok Challenge
β’ Hadis 40@School
β’ Pertandingan Inovasi Pendidikan
Karnival ini membuktikan bahawa usaha bersepadu dan semangat setiakawan dalam kalangan warga pendidikan mampu melahirkan program berimpak tinggi yang menyuburkan budaya ilmu memperkukuh nilai dan membina generasi MADANI yang berilmu, beradab dan berjiwa ihsan.