BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI IBSE STEM GURU SAINS WP LABUAN

Labuan, 16 hingga 17 April 2026 – Seramai 27 orang guru Sains sekolah rendah dan menengah telah menyertai Bengkel Peningkatan Kompetensi Bengkel Inquiry-Based Science Education (IBSE) STEM yang bertujuan memperkukuh amalan pengajaran berasaskan inkuiri di dalam bilik darjah.
 
Bengkel ini selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 (RPM 2026–2035) yang menekankan pembelajaran bermutu, berfokuskan murid serta penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi.
 
Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan kepada:
Konsep dan prinsip IBSE dalam PdP Sains
Perancangan aktiviti inkuiri mengikut aras yang sistematik dan bermakna
Simulasi aktiviti IBSE di dalam bilik darjah mengikut konsep Sains
 
✨ Istimewa! Bengkel ini turut disantuni oleh Pengarah Jabatan Pendidikan, YBrs. En. Yahya Bin Ahmad
Puteh, yang meluangkan masa bersama para guru serta menyampaikan amanat penting:
🗣️ “Guru perlu meningkatkan kompetensi pedagogi dan benar-benar beraksi di dalam bilik darjah. Pengajaran tidak boleh statik—ia perlu dinamik, kreatif dan relevan dengan keperluan semasa. Guru juga perlu sentiasa bersedia untuk berubah serta memperkukuh kemahiran saintifik murid.”
 
🔥 Bengkel ini diharap menjadi pemangkin kepada: 🔹 Peningkatan kompetensi pedagogi guru 🔹 Pengajaran yang lebih kreatif dan berimpak tinggi 🔹 Peningkatan literasi sains dan kemahiran saintifik murid seterusnya murid lebih bersedia menghadapi pentaksiran antarabangsa seperti SEA-PLM, TIMSS dan PISA.
#IBSE #STEMLabuan #RPM2026-2035 #PendidikanBerkualiti #GuruPemacuTransformasi



Bengkel Pengisian SK@S Pencapaian Kami bersama Guru Besar Sekolah Rendah

Labuan – Bengkel ini merupakan satu inisiatif strategik yang dirangka khusus bagi menyokong sekolah rendah dalam memperkukuh pengisian Sistem Kualiti @ Sekolah (SK@S), terutamanya dalam aspek pencapaian Standard 5.4.1 dan 5.4.2. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman, kecekapan serta kualiti pelaporan sekolah agar selari dengan kehendak penilaian standard yang telah ditetapkan.
 
Program ini dianjurkan secara kolaboratif oleh lima buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan, Sekolah Kebangsaan Bukit Kallam, Sekolah Kebangsaan Kerupang, Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Sekolah Kebangsaan Pekan Dua bersama Sektor Perancangan. Kerjasama strategik antara penganjur ini mencerminkan komitmen bersepadu dalam memperkasa amalan pengurusan kualiti pendidikan di peringkat sekolah rendah.
 
Bengkel ini telah dihadiri oleh Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan, Encik Yahya Bin Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan, Puan Noraini Bt Sabudin, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Encik Ag Rozlan bin Manan dan Pegawai Meja SK@S, Encik Airol Azmi Bin Abd Gani.
 
Bengkel ini telah menampilkan Tuan Haji Mohd Nizam bin Yasim, School Improvement Partner Plus (SIP+) dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan sebagai penceramah jemputan. Mereka telah menyampaikan input yang komprehensif, berfokus dan berimpak tinggi berkaitan kaedah pengisian SK@S yang efektif, di samping berkongsi amalan terbaik (best practices) serta strategi peningkatan kualiti berterusan.
 
Secara keseluruhannya, bengkel ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada peserta dalam meningkatkan keupayaan pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan SK@S secara lebih sistematik, tepat dan berkualiti, seterusnya menyumbang kepada peningkatan prestasi serta kecemerlangan organisasi sekolah secara menyeluruh.



PENATARAN SK@S 2026 DAN BENGKEL PELAN OPERASI RPM 2026-2035 JABATAN PENDIDIKAN WP LABUAN

labuan, 7 April 2026 – Penataran SK@S dan Bengkel Pelan Operasi RPM telah berlangsung di Bilik Benua SSTP dan dirasmikan oleh YBrs Tuan Yahya Bin Ahmad Puteh, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan.
 
Penataran dan Bengkel ini telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan, Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah-sekolah WP Labuan.
 
Ucapan perasmian Tuan Pengarah menekankan peranan kepimpinan Sekolah bagi memastikan Pengoperasian Sekolah berjalan dengan baik juga dan juga Perancangan Pelan operasi yang berimpak serta berfokus bagi menyokong RPM 2026-2035.
 
Penataran Sk@S telah di sampaikan oleh En Airol Azmi bin Gani, Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Bengkel Pelan Operasi RPM telah dikendalikan oleh Pn Noraini Hj Sabudin, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan WP Labuan.
 
Tahniah kepada semua Pengurusan Tertinggi, PGB dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang penataran dan Bengkel berlangsung.
 
Urusetia
Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan WP Labuan
 



MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN & MAJLIS RAMAH MESRA

Labuan, 16 April 2026 – Syukur ke hadrat Ilahi, hari ini telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5PM) Cawangan W.P. Labuan bagi Sesi 2026-2028.
 
​Majlis yang bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), JPWPL ini telah dirasmikan oleh Encik Ag Rozlan Bin Manan, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan(Mewakili Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan).
 
Terima kasih diucapkan atas kesudian tuan merasmikan serta menyantuni warga pesara pendidik.
 
​Selain urusan mesyuarat, majlis turut diserikan dengan:
🌙 Sambutan Aidilfitri – Menjadi medan ukhuwah dan ruang bermaaf-maafan buat semua ahli.
🕋 Majlis Doa Selamat – Kami mendoakan agar ahli-ahli yang bakal menunaikan fardu Haji tahun ini dikurniakan haji yang mabrur dan segala urusan di Tanah Suci dipermudahkan.
 
​Tahniah kepada barisan kepimpinan yang dilantik. Terima kasih kepada semua ahli 5PM yang hadir memberikan komitmen padu pagi tadi.



KURSUS PENGURUSAN ASRAMA SEKOLAH KHUSUS SMKA DAN SABK

Kota Kinabalu, 14 hingga 16 April 2026 – Kursus ini diadakan di Pan Borneo Hotel bertujuan memperkukuh kompetensi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Ketua Warden dan Guru Kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
dalam pengurusan asrama yang sistematik, holistik dan berimpak tinggi.
 
Sebanyak 9 slot ceramah telah disampaikan oleh Pensyarah daripada Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek. Penekanan diberikan kepada aspek perundangan seperti Akta Pendidikan, disiplin sekolah, SOP keselamatan serta kebajikan murid bagi memastikan tadbir urus yang berintegriti dan patuh peraturan.
 
Melalui pendekatan berasaskan kes, perkongsian amalan terbaik dan PLC, peserta diperkasa dalam pengendalian disiplin, pengurusan krisis serta pembinaan persekitaran asrama yang selamat dan kondusif.
 
Kursus ini juga mengukuhkan sinergi antara pentadbir, warden dan kaunselor ke arah melahirkan pengurusan asrama yang responsif, berdaya tahan dan berfokuskan kesejahteraan murid.



MAJLIS BAI’AH & AKU JANJI CALON SPM 2026 SMA MAIWP

Labuan, 15 April 2026 – telah berlangsungnya Majlis Bai’ah dan Aku Janji Calon SPM bagi pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Labuan.

Majlis yang penuh bermakna ini diadakan sebagai simbolik kesediaan dan komitmen jitu para pelajar dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal menjelang. Di hadapan para guru dan barisan pentadbir, setiap calon telah melafazkan ikrar untuk memberikan yang terbaik, menjaga disiplin, serta menghormati ilmu demi mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat.

Majlis ini bukan sekadar lafazan di bibir, tetapi merupakan janji setia seorang penuntut ilmu kepada dirinya sendiri, ibu bapa, dan guru-guru. Suasana cukup syahdu apabila semangat terpancar di wajah setiap anak didik SMA MAIWP, menandakan mereka kini berada di landasan yang tepat untuk berjuang habis-habisan.
 
Kami mendoakan agar seluruh calon SPM tahun ini diberikan ketenangan hati, ketajaman minda, dan kekuatan fizikal untuk terus menuntut ilmu. Semoga segala usaha yang dicurahkan diberkati Allah SWT dan membuahkan hasil yang membanggakan buat sekolah dan keluarga.
Terus melangkah, terus berjuang! Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.



SESI PENUTUPAN AUDIT JEMAAH NAZIR KE JABATAN PENDIDIKAN WP LABUAN TAHUN 2026

Labuan, 10 April 2026 – Sesi Penutupan Audit Jemaah Nazir telah dipengerusikan oleh Tuan Yahya Bin Ahmad Puteh, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan.
 
Pelaporan hasil pemantauan telah dibentangankan oleh oleh En Rosidi bin Nordin @ Radin, Ketua Penolong Pengarah Jemaah Nazir Putrajaya.
 
Modus Operandi Pemantauan yang telah dilaksanakan bermula pada 7 hingga 10 April berfokus kepada Instrument, SKP Kualiti@Sekolah, Semakan Dokumen, Nota Lapangan, Soal Selidik, Temu Bual Berstruktur, Expert Eye, Technology Trnsfer, Pengalaman dan Penandaarasan.
 
Tahniah kepada semua sektor dan sekolah JPWP Labuan yang telah memberikan komitmen yang tinggi membantu sepanjang Sesi pemantauan dilaksanakan.
 
Urus setia
Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan WP Labuan
 



KUNJUNG HORMAT RAKAN STRATEGIK – YAYASAN PETRONAS & MR.DIY

Labuan, 10 April 2026 – Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan PETRONAS dan Yayasan MR.DIY atas kunjung bantu yang telah dilaksanakan sebagai rakan strategik dalam memperkasa pendidikan.

Kunjung bantu ini telah disertai oleh:
🔹 Zainab Afiqah Mohamad Rom, Eksekutif Pendidikan, Yayasan PETRONAS
🔹 Muhammad Imran Bin Abukri, Eksekutif, Pengurusan Projek & Program, PETRONAS
🔹 Henry Woon, Vice President Finance ASEAN, Human Resource Management (Payroll & Administration)
🔹 Nur Fitriatul Audra Binti Abd Karim, Eksekutif Kanan, Yayasan MR.DIY
🔹 Nurul Ain Izzati Binti Bahari, Eksekutif, Yayasan MR.DIY

Turut hadir wakil Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan:
🔸 Yahya Ahmad Puteh, Pengarah Pendidikan, WP Labuan
🔸 Noraini binti Haji Sabudin, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan
🔸 Rina Farrina, Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah

Inisiatif ini membuka ruang perkongsian pelbagai peluang kepada sekolah, guru dan murid khususnya dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Usaha ini sejajar dengan aspirasi **Rancangan Pembangunan Malaysia (RPM) 2026–2035** yang menekankan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, berinovasi serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Melalui kolaborasi ini, diharapkan lebih banyak program berimpak tinggi dapat dilaksanakan bagi:
✨ Meningkatkan minat murid terhadap STEM
✨ Memperkasa kemahiran abad ke-21 dalam kalangan guru
✨ Membuka akses kepada sumber, latihan dan inovasi pendidikan

Semoga jalinan strategik ini terus kukuh demi melahirkan generasi yang berdaya saing, kreatif dan berpengetahuan tinggi selaras dengan hala tuju negara.

#KunjungBantu
#RakanStrategik
#STEMMalaysia
#RPM20262035
#PendidikanBerkualiti

 

 




Program Bicara Ilmu Generasi Madani: Adab Seorang Muslim

Labuan, 17 April 2026 – Telah berlangsung dengan jayanya program Bicara Ilmu Generasi Madani: Adab Seorang Muslim bermula jam 5.30 petang hingga 8.30 malam bertempat di Masjid Jamek Ann-Nur, Wilayah Persekutuan Labuan.

Program ini telah disampaikan dengan penuh pengisian bermakna oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohd Shafie bin Abdul Ghani, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan. Perkongsian beliau menyentuh aspek penting berkaitan adab seorang Muslim dalam kehidupan seharian, yang menjadi asas pembentukan sahsiah dan jati diri generasi madani.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (Encik Yahya Bin Ahmad Puteh) warga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan serta para pelajar daripada SMA MAIWP Labuan, SM Sains Labuan dan Kolej Vokasional Labuan. Kehadiran semua pihak jelas menunjukkan komitmen berterusan dalam memperkukuh nilai-nilai murni dan pembangunan rohani dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dan memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

#GenerasiMadani
#AdabSeorangMuslim
#JabatanPendidikanWilayahPersekutuanLabuan
#MasjidAnNur
#MalaysiaMadani
#MajlisIlmu




Mahrajan Al-Quran, Khat dan Nasyid Labuan 2026 : Lahirkan Generasi Rabbani

LABUAN, 11 April 2026 – Majlis Penutupan Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS).

Pertandingan MQNKSS menyaksikan penyertaan aktif seramai lebih 249 orang peserta dari seluruh sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 April 2026 di tiga lokasi utama iaitu Masjid Jamek An-Nur, SK Pantai dan Dewan Chi Hwa.

Majlis Penutupan MQNKSS telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan Puan Noraini Hj Sabudin.

Dalam ucapan perasmian penutupan beliau menegaskan bahawa penganjuran mahrajan ini bukan sekadar pertandingan, sebaliknya merupakan platform penting dalam usaha melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Menurut beliau, selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035, sistem pendidikan negara kini memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah dan karakter murid sebagai asas melahirkan generasi masa hadapan yang unggul.

“Mahrajan ini menjadi wadah untuk membentuk murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki kekuatan akhlak, kemantapan rohani dan jati diri yang utuh,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Sektor Pendidikan Islam atas pengurusan program yang cekap serta kepada sekolah-sekolah pengelola iaitu SK Kerupang dan SMK Lajau bagi acara Al-Quran serta SK Pantai dan SMK Labuan bagi pertandingan khat dan nasyid.

“Setiap bacaan Al-Quran, goresan khat dan alunan nasyid yang dipersembahkan adalah cerminan usaha dan jiwa anak-anak. Inilah nilai sebenar yang ingin kita pupuk,” ujarnya lagi.

Sekolah Kebangsaan Kerupang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah rendah dan menengah dalam MQNKSS pada tahun ini.

Para pemenang akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Negeri Sembilan.

Penganjuran mahrajan ini juga dilihat sebagai medium penting dalam memperkasakan kesenian Islam sebagai alat pendidikan jiwa, dengan Al-Quran sebagai panduan hidup, khat sebagai seni memuliakan kalam Ilahi dan nasyid sebagai medium dakwah yang menyentuh emosi.