Perhimpunan Bulanan JPWPL, Julai 2018 : Bersungguh-sungguh Menjana Kemenjadian Murid

Labuan, 23 Jul – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai 2018 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, hari ini.

Dalam ucapan amanat Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin pada perhimpunan ini lebih menjurus kepada aspek kualti sekolah dan kemenjadian murid.

Beliau menyeru agar pihak sekolah bersungguh-sungguh menjana kemenjadian murid mengikut tahap pertumbuhan umur, fizikal dan mental mereka.Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses persekolahan secara holistik.

Aktiviti sekolah haruslah menjurus kepada kemenjadian murid dan kualiti sekolah selaras dengan fokus dalam Gelombang Kedua, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Bagi mengukur tahap kualiti sekolah, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 atau dikenal sebagai SKPMg2 yang dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan jaminan kualiti merupakan instrumen komprehensif yang wajar menjadi panduan yang praktikal kepada semua sekolah.

Pengetua, Guru Besar dan sekolah harus bersedia MELANGKAH KE HADAPAN seiring dengan pelaksanaan gerak kerja profesional KPPM 2018.

Pentaksiran berasaskan sekolah adalah anjakan paradigma dalam penilaian akademik dan bukan akademik, yang sentiasa memerlukan pembugaran untuk penambaikan berterusan. Encik Raisin Saidin.

Kemahiran setiap murid mempunyai keunikan yang tersendiri, tanpa perlu dibandingkan.

Beliau berkata, bagi merealisasikan hasrat kemenjadian murid, memerlukan penekanan kepada kepada pembinaan kemahiran dan sahsiah murid serta tidak menjadikan peperiksaan sebagai matlamat utama semata-mata.

Terdahulu, majlis diserikan dengan meraikan kenaikan pangkat dan persaraan kepada warga pendidikan Labuan.

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Maju Sejahtera, bacaan doa dan ikrar perkhidmatan awam.

Seterusnya perkongsian ilmu oleh Pegetua Guru Besar, persembahan nyanyian lagu sekolah dan muzik angklung dari sekolah-sekolah Labuan, penyampaian sijil anugerah kepada jabatan dan sekolah, staff of the month dan sambutan hari jadi kepada warga pendidikan yang lahir pada bulan Julai 2018.

Perhimpunan ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Sektor, para Pengetua dan Guru Besar, Pegawai-Pegawai dan Staf Jabatan.

Warga pendidikan yang diraikan Kenaikan Pangkat




SMK Labuan Ungguli National Science Challenge Peringkat Labuan 2018

Labuan, 20 Julai –  SMK Labuan mengungguli pertandingan National Science Challenge peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2018 yang telah diadakan di Dewan Mutiara, SMK Labuan.

Pertandingan dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Format pertandingan dijalankan dalam empat pusingan iaitu kategori individu, kategori berpasukan, kategori terbuka dan kategori yang baharu diperkenalkan pada tahun 2018 iaitu “Pitching Session”.

Untuk rekod, SMK Labuan berjaya dinobatkan sebagai Johan NSC Peringkat Kebangsaan pada tahun 2016 dan diberi peluang ke SMK Labuan juga pernah menjuarai Peringkat Negeri pada tahun 2015 dan 2016.

Sebanyak lima pasukan yang bertanding iaitu SMK Labuan, SMK Pantai, SMK Rancha-Rancha, SM Sains dan pasukan wild Card yang terdiri dari gabungan pelajar SMK Labuan, SMK Pantai dan SM St Anne.

Berikut keputusan pertandingan National Science Challenge Labuan 2018.

Johan  : Pasukan SMK Labuan

Naib Johan : Pasukan “Wild Card Team

Ketiga : SM Sains Labuan

Keempat : SMK Pantai

Kelima : SMK Rancha-Rancha

Sijil kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK), En Asbola @Hasbollah Amit.

Turut hadir Ketua Unit Program dari Akademi Sains Malaysia, Puan Nur Dayana Razmi dan Ketua Unit Beruniform, SPPK Encik Mohd Aminuddin Abd Malek.

Pertandingan Peringkat Kebangsaan akan berlangsung 9 – 15 Ogos 2018, di Universiti Teknologi Malaysia, Johor.




SMK Labuan Wakil Labuan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2018 Peringkat Kebangsaan

Labuan – SMK Labuan akan mewakili Labuan dalam Pertandingan  Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2018 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Selangor pada 30 Julai  hingga 02 Ogos 2018.

Terdahulu, SMK Labuan telah muncul sebagai Johan Pertandingan  Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen 2018 Peringkat Labuan dan ini merupakan kemenangan kali kelima berturut-turut.

Pada peringkat akhir, pasukan bahas SMK Labuan telah mengalahkan SMK Pantai dengan tajuk perbahasan THBT PARENTS ARE TO BE BLAMED FOR THE EROSION OF MORAL AND CULTURAL VALUES AMONG YOUTH.

Tempat ketiga disandang oleh SMK Taman Perumahan Bedaun dan SM St Anthony.

Pelajar SMK Labuan, Eon Lee Jia Wen sebagai ketua pembangkang telah dipilih sebagai pembahas terbaik peringkat akhir.

Pembahas terbaik Eon Lee Jia Wen

Pembahas SMK Labuan turut diwakili oleh Adrian, Kenny Alfred, Louis Ker Wei Zhun dan Richard Ian Tanakinjal.

Guru Pengiring dan jurulatih SMK Labuan, Cheah Teong Aik (PK Kokurikulum), Juliana @ Bibiana binti Nain, Norah Tan, Nasthasia Masiri, Juriati Jumat, Shahira Nadzira Ridzal.

Kepada Pasukan bahas SMK Labuan, semoga beroleh kejayaan yang membanggakan di peringkat kebangsaan kelak.

 




Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab di SK PEKAN SATU

Labuan,21 JULAI 2018SK Pekan Satu telah terpilih untuk menganjurkan Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab sempena Program Khalam Shabie Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan  Wilayah Persekutuan Labuan 2018 pada 21 Julai 2018 (Sabtu) yang lalu bertempat di Dewan SKPS SK Pekan Satu baru-bru ini. Kalam Shabie dituturkan dalam Bahasa Arab yang menitikberatkan aspek sebutan arab yang tepat, jelas dan faseh disamping melihat aspek persembahan dari segi keharmonian gaya peserta.

Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar  dari seluruh sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan. Selain pertandingan dikir barat bahasa Arab , bacaan ayat suci Alquran juga dijalankan oleh seluruh pelajar-pelajar yang terlibat.

Gelaran tempat pertama diberikan kepada SK Bukit Kalam . Tempat Kedua , SK Pekan Dua manakala, SK Bedaun telah berjaya merangkap sebagai pemenang tempat ketiga .

Majlis Penyampaian hadiah dan cenderahati Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab Jemputan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2016 telah disempurnakan oleh Pn. Vivi Erma, Timbalan Ketua Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.




Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri JPWPL 2018

Labuan – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) telah berlangsung sederhana dan meriah di Dewan SK Layang-Layangan pada 12hb Julai 2018.

Pada awal pagi, majlis bermula dengan Majlis Hari Bertemu Pelanggan, Majlis Pemuafakatan Pendidikan Bersama Agensi Kerajaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti.

Disusuli dengan Majlis Jasamu Dikenang bagi menghargai warga pendidikan yang telah bersara.

Warga pendidikan dan orang ramai termasuk dari agensi-agensi lain mula membanjiri rumah terbuka JPWPL bermula pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 3.30 petang.

Pelbagai juadah dihidangkan yang telah disediakan oleh setiap sektor, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Labuan dan Majlis Guru Besar Labuan.

Antaranya adalah nasi hujan panas, mee kari, soto, rendang, kelupis, sup daging, laksa, mee sup dan beraneka macam lagi juadah dihidangkan.

 




Program Peningkatan Disiplin Murid di SK Pekan Satu Dijadikan Salah Satu Langkah Untuk Membasmi Gegala Buli

Labuan, 5 Julai 2018 – Masalah pelanggaran disiplin atau kerosakan akhlak dalam kalangan pelajar secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh pelbagai faktor. Tidak terdapat bukti nyata yang menunjukkan bahawa masalah ini disebabkan oleh sesuatu faktor yang dominan . Satu program khas anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPS telah diadakan iaitu ceramah disiplin dikalangan pelajar tahun 3 hingga 6. Ceramah ini bertujuan untuk mendisiplin pelajar tentang pentingnya disiplin dikalangan pelajar. Penceramah yang terlibat dan juga merupakan guru bimbingan dan kaunseling SKPS iaitu  Puan Farida Pasha bt Mansor memberikan ceramah yang bermakna kepada pelajar.

Program yang berlangsung daripada pukul 7.00-9.00 pagi di Dewan SKPS berlangsung dengan lancar dan telah mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar .Antara intipati ceramah tersebut adalah Tanda-tanda Membuli, Tanda-tanda Dibuli dan Cara-cara untuk Mengatasi Buli Disekolah. Selain daripada ceramah, program tersebut turut menjalankan aktiviti kuiz dan permainan untuk para pelajar.  Puan Jamayah selaku ketua Panitia Bimbingan dan Kaunseling SK Pekan Satu berkata ,

“Dalam hal ini, semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana. Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah. Ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Menghadapi cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan secara terus kepada remaja terutamanya anak-anak kita di SKPS”




Panitia Bahasa Inggeris SMK Mutiara anjur Program “Round Table Discussion and English Language Teaching Forum”

Panitia Bahasa Inggeris SMK Mutiara dengan kerjasama Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan “Round Table Discussion and English Language Teaching Forum” pada 29 Jun 2018 bertempat di Dewan Semarak SMK Mutiara.

Baca Lanjutan Berita ini di Laman Web Rasmi SMK Mutiara




Sekolah Kebangsan Pekan Satu Berjaya Bergelar Johan Dalam Pertandingan Dengue Patrol 2018 Peringkat Negeri

Labuan,25 Jun- Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pekan Satu menyasarkan gelaran johan selepas diberi kepercayaan mewakili negeri di peringkat kebangsaan bagi pertandingan Misi Gempur Denggi, Patrol Denggi.

Sejak dimaklumkan mengenai pertandingan tersebut, pihak sekolah sibuk melakukan persiapan bagi bersaing dengan 17 sekolah rendah di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan yang aktivitinya boleh diikuti di laman sosial Facebook dan Youtube Dengue Patrol SK Pekan Satu.

Guru besarnya, Puan Anita S Shyamini berkata, sebanyak empat kategori disertai sekolahnya iaitu seni persembahan gimik, khidmat komuniti, media sosial dan ceramah kesihatan.

 “Kami bekerjasama dengan PIBG untuk Program Gotong Royong Perdana SKPS di SK Pekan Satu serta di Program 3 dalam 1 yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada 4 Mei 2018 yang lalu.

“Bagi gotong-royong, kami sasarkan kerjasama antara sekolah , ibubapa serta badan NGO dan berharap bahawa usaha dijalankan kementerian ini mendapat sokongan masyarakat untuk sama-sama mencegah denggi,” kata Puan Norlihan bt Alip  selaku penyelaras Program Dengue Patrol SKPS .

Puan Norlihan bt Alip juga berkata, merangkap gelaran Johan telah memberi lebihan buat sekolah.Hal ini kerana melalui program ini semua pihak khususnya warga sekolah akan sentiasa mematuhi prosuder yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dalam memerangi wabak denggi. Selain berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum , SK Pekan Satu turut mementingkan kesedaran am mengenai kepentingan menjaga keihatan dan kebersihan untuk membentuk murid-murid yang mempunyai keperibadian dan nilai murni yang tinggi . Tambahan itu , kemenangan yang diperoleh ini bukan sahaja mampu mengharumkan nama sekolah . Malah , hubungan silaturahim antara ibubapa serta kerjasama oleh pihak luar dapat dipupuk .

“Kita mahu mendidik murid sejak dari bangku sekolah rendah lagi dengan bimbingan guru dan ibu bapa untuk menangani wabak denggi terutamanya di kawasan sekolah dan rumah,

“Ia adalah pencapaian yang mampu menaikkan nama sekolah dan juga hadiah buat semua pihak yang bersungguh dalam menjayakan projek tersebut selain sokongan daripada pihak sekolah  , ibubapa , badan-badan NGO serta murid-murid yang berjaya membawa nama SK Pekan Satu sebagai Johan Negeri. Tidak lupa juga AJK Dengue Patrol dan ahli Squad Denggi Patrol atas usaha tanpa henti bagi menjayakan program ini.

Masyarakat boleh masyarakat mengetahui mengenai Patrol Denggi SK Pekan Satu dengan melayari laman web facebook :https://www.facebook.com/Dengue-Patrol-SK-Pekan-Satu-WP-Labuan-154900271872448/ serta laman web youtube : https://www.youtube.com/channel/UC1QTxT00nx8uCImRjHOUV6w

SKPS  truly number 1 !
Labuan Hebat Guru Sayang Muridnya
Kemenjadian dan kecemerlangan murid bermula disini



Program Kasih Ramadan SMK Lajau 2018

LABUAN,11 Jun– Seramai 100 orang pelajar dan 20 orang pekerja swasta sokongan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau di sini menerima bantuan keperluan asas makanan harian sempena Program Kasih Ramadan yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SMK Lajau (KRAF) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam.

                Bantuan dalam bentuk beras, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain itu  disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Tuan Raisin bin Saidin, dan Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin bin Abd Latip. Turut sama dalam majlis berkenaan Encik Awang Adi Tuah, Pegawai di JPWPL, Cik Nor Ain Mohammed Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Jasmi Sabtu Penolong Kanan HEM, Enciki  Dahlan Kassim Penolong Kanan Kokurikulum dan puan Norani Hj Sabuddin Penolong Kanan Pendidikan Khas, Semua Guru kanan Bidang mata Pelajaran serta guru-guru SMK lajau. Bantuan  yang diagihkan kepada pelajar itu hasil daripada kutipan yang diperoleh daripada pelbagai pihak yang bermurah hati menyumbang kepada Program Kasih Ramadan SMK Lajau 2018.

Pengarah Pendidikan W.P Labuan, Raisin bin Saidin, diiringi oleh Pengetua SMK Lajau, Mohd Jamatin bin Abd Latip, dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Lajau, Tapa bin Jani.

                Mohd Jamatin dalam ucapannya meyambut baik Program kebajikan seperti ini kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar tersebut sempena Aidilfitri yang bakal tiba. Mohd Jamatin juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak yang memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit mahupun barangan bagi memastikan Program Kasih Ramadan ini berjaya dijalankan dengan baik. Beliau sangat terharu dan bersyukur dengan komitmen jawatankuasa yang terlibat yang diketuai oleh Encik Mohd Hisyam Assim, Encik Mohd Fizree Zakaria, Encik Mohd Aminuddin Fahmi Zahari serta ahli-ahli yang lain.

Pengarah Pendidikan W.P. Labuan, Raisin bin Saidin ( Terngah ) dan Mohd Jamatin ( kiri ) bergambar bersama barisan guru dan pelajar SMK Lajau

                Pengerusi Kelab Guru dan Staf, Encik Muhd Hisyam bin Assim berkata, “bantuan yang diagihkan kepada pelajar ini merupakan hasil derma ikhlas yang diberi oleh individu dan juga badan-badan tertentu”. Tambah Hisyam lagi, “pihak kami hanya mengurus dan mengagihkan hasil sumbangan yang diberikan orang ramai tersebut kepada pelajar, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di sekolah ini. Terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbang.” Dalam program Kashih Ramadan tahun ini banyak mendapat sumbangan daripada penyumbang, antaranya wang tunai melebihi RM5,000.00 dapat dikumpulkan dan dalam bentuk barangan. Beliau mwengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang, bukan sahaja dari Wilayah Persekutuan Labuan, malah ada juga kalangan penyumbang dari negeri-negeri lain di Malaysia. Beliau juga amat berharap agar program berbentuk ibadah dan kerohanian seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan meluaskan lagi sasaran penerima sumbangan berkenaan.

Gembira. Pelajar SMK Lajau gembira mendapat duit raya yang disampaikan oleh Pengetua SMK Lajau, Mohd Jamatin Abd Latip.

                Program Kasih Ramadan ini turut diserikan lagi dengan aktiviti bersalaman di antara guru dan pelajar serta penyerahan duit raya kepada semua pelajar. Penyerahan duit raya itu disampaikan oleh Mohd Jamatin bin Abd Latip selaku Tuan Pengetua, semua Penolong Kanan dan Guru Kanan Bidang Mata pelajaran. Sebelum sesi berakhir, diadakan rakan ucapan Selamat Hari Raya oleh seluruh warga sekolah.

Gembira. Pelajar SMK Lajau gembira mendapat duit raya yang disampaikan oleh Pentadbir SMK Lajau.




Kegembiraan Pelajar PPKI SMK Lajau Jelas Terpancar Menyambut Ihya Ramadhan, Penyerahan Biskut Raya dan Duit Raya

LABUAN – Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SMK Lajau telah menganjurkan program Ihya Ramadhan dan Majlis Penyerahan Biskut Raya Dan Duit Raya yang berlangsung pada 6 Jun 2018 bertempat di Ruang Rehat bangunan PPKI.

Tujuan program Ihya Ramadan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kewajipan ibadah puasa dan kepentingan ibadah puasa kepada warga PPKI SMK Lajau terutama sekali kepada pelajar PPKI.

Warga PPKI SMK Lajau telah menjemput penceramah khas dari luar iaitu Ustazah Noraida Binti Jamlie, beliau merupakan salah seorang da’i TV3 dan merupakan tenaga pengajar di salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara di Sabah.

Pengisian ceramah daripada beliau banyak memberi input yang sangat berguna kepada warga PPKI terutama sekali kepada pelajar PPKI SMK Lajau.

Berakhirnya ceramah Ihya Ramadhan, majlis dimeriahkan lagi dengan majlis penyerahan biskut raya dan duit raya sempena menyambut hari raya aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Menariknya, biskut raya yang diberikan kepada pelajar adalah merupakan hasil air tangan murid PPKI SMK Lajau sendiri dimana mereka bertungkus lumus menghasilkan biskut raya dan aktiviti ini merupakan program tahunan yang akan diadakan setiap kali tibanya bulan ramadhan.

Ustazah Noraida sedang menyampaikan ceramah kepada pelajar PPKI SMK Lajau.

Selain menghasilkan biskut raya untuk diberikan kepada pelajar, PPKI SMK Lajau juga menghasilkan biskut raya untuk dijual kepada warga SMK Lajau dan juga orang luar.

Banyak tempahan yang diterima dan berkat hasil usaha pelajar-pelajar yang dibimbing oleh guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid semua tempahan itu dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.

Duit hasil dari jualan biskut raya ini akan dijadikan sebagai duit raya dan akan diserahkan kepada semua pelajar PPKI SMK Lajau.

Pengetua SMK Lajau Encik Mohd Jamatin bin Abd Latip, hadir sama  bagi memeriahkan lagi majlis  yang turut disertai oleh Penolong Kanan PPKI, Puan Noraini binti Haji Sabudin, barisan guru PPKI, Pembantu Pengurusan Murid dan semua murid PPKI.

Encik Mohd Jamatin dalam ucapannya menyambut baik program seperti ini kerana dapat memberi banyak manfaat selain menambah ilmu pengetahuan berkenaan dengan ibadah puasa dan bagi majlis penyerahan biskut raya dan duit raya dapat menghargai dan meraikan lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi. Beliau turut memuji komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar PPKI dalam menjayakan majlis ini.

Kegembiraan jelas terpancar pada raut wajah setiap pelajar.

Sumber Berita : Encik Mohd Jamatin bin Abd Latip, Pengetua SMK Labuan