{"id":9518,"date":"2021-04-04T15:17:00","date_gmt":"2021-04-04T07:17:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.jpwpl.gov.my\/sanasini\/?p=9518"},"modified":"2021-04-05T15:28:21","modified_gmt":"2021-04-05T07:28:21","slug":"pembugaran-program-nilam-oleh-pusat-sumber-dsdn-smk-rancha-rancha-menyuburkan-budaya-membaca-dalam-kalangan-warganya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/archives\/9518","title":{"rendered":"Pembugaran Program Nilam Oleh Pusat Sumber DSDN  SMK Rancha-Rancha Menyuburkan Budaya Membaca Dalam Kalangan Warganya"},"content":{"rendered":"\n<p>Labuan, 4 April 2021 : Budaya dan aktiviti membaca menjadi pasak keteguhan \u00a0seseorang individu, malah sesuatu komuniti \u00a0dan sesebuah negara. Bagi memastikan rakyat di negara ini mengamalkan sikap suka membaca, kerajaan telah melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan\u00a0 . Usaha kerajaan ini adalah untuk menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai satu budaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bertitik tolak daripada hakikat itulah, Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha telah melaksanakan&nbsp; pembugaran program NILAM peringkat sekolah dengan penglibatan warga sekolah khususnya pentadbir, guru dan staff SMK Rancha-Rancha secara atas talian dengan menggunakan platform google meet. Program NILAM norma baharu ini,&nbsp; membolehkan pelajar dan guru boleh melayari IQ DELIMA untuk membuat catatan &nbsp;samada melalui komputer atau pun telefon bimbit.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum itu, pengetua sekolah Ustaz Wan Azman bin Wan Awang semasa menyampaikan ucapan alu-aluan program menegaskan SMK Rancha-Rancha memandang serius pelaksanaan program NILAM. Ia adalah usaha murni Kementerian Pendidikan Malaysia. \u00a0Ia mencakupi semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah yang melibatkan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun yang diakhiri dengan pengiktirafan yang bersesuaian. Program ini telah mula dilaksanakan\u00a0 dengan rasminya pada tahun 1999 bagi murid tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan di sekolah menengah, iaitu melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 13\/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"372\" height=\"437\" src=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR4.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-9522\" srcset=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR4.png 372w, https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR4-255x300.png 255w\" sizes=\"auto, (max-width: 372px) 100vw, 372px\" \/><figcaption>Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha Ustaz Wan Azman bin Wan Awang<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah En. Sahnuddin bin Ariffin berkata, Program NILAM yang ditambahbaik \u00a0mula dijalankan secara sepenuhnya mulai sesi persekolahan tahun 2018. Ia merupakan kesinambungan kepada program NILAM sebelum ini. Walau bagaimanapun, NILAM yang ditambahbaik ini lebih mementingkan kualiti pembacaan berbanding kualiti bahan yang dibaca. Ia merupakan gabungan aktiviti pembacaan (kuantiti dan kualiti bahan) dan juga aktiviti-aktiviti pengayaan selepas pembacaan (peningkatan pengetahuan dan kemahiran selepas pembacaan) yang mana ia berfokuskan kepada aspek kualiti selepas pembacaan. Secara umumnya, ia menggalakkan penglibatan semua warga sekolah\/ masyarakat\/ komuniti setempat\/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan\u00a0 dalam pelaksanaan program serta pembinaan tabiat membaca dalam kalangan murid-murid.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR5.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-9523\" width=\"370\" height=\"392\" srcset=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR5.png 395w, https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR5-283x300.png 283w\" sizes=\"auto, (max-width: 370px) 100vw, 370px\" \/><figcaption>Penolong Kanan Pentadbiran En. Sahnuddin bin Ariffin<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Cikgu Sapri bin Idris , Guru Perpustakaan dan Media SMK Rancha-Rancha menjelaskan melalui NILAM IQ DELIMA&nbsp; murid mempunyai banyak pilihan dalam memilih bahan bacaan. Mereka boleh memilih sama ada bahan bacaan buku ataupun bahan bukan buku. Bahan bacaan buku terdiri daripada buku berbentuk fizikal dan juga buku digital\/ e-book. Sementara bahan bukan buku pula adalah bahan bercetak (katalog berilmiah, manual pengguna, buku skrap, jurnal, brosur berilmiah, majalah, artikel\/rencana, komik, peta, cerpen, carta, poster, buletin) dan bahan bukan cetak (video klip berinformasi, CD perisian pendidikan, kit pembelajaran, e-bahan pembelajaran).<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah bacaan buku murid masih dikekalkan seperti mana yang terdapat dalam NILAM terdahulu. Akan tetapi, ia telah ditambahbaik dari sudut kualitatif melalui kuantiti buku yang dibaca. Pengukuran kualiti bacaan diukur melalui jumlah bahan yang dibaca. Semakin banyak bahan yang dibaca, semakin tinggi bintang \u00a0yang akan diberikan. Sekolah juga boleh menghasilkan aktiviti yang lebih berkesan dan inovatif bagi merangsang minat murid dalam pembacaan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-9520\" width=\"382\" height=\"429\" srcset=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR2.png 435w, https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR2-267x300.png 267w\" sizes=\"auto, (max-width: 382px) 100vw, 382px\" \/><figcaption>Pengurus Program Cikgu Sapri bin Idris Guru Perpustakaan dan Media SMK Rancha-Rancha<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Ketua Bidang Bahasa Cikgu Zaharah binti Mat Jali ketika sesi percambahan ilmu berkata pada masa kini didapati trend membaca murid-murid sekarang telah mengalami evolusi yang mana kaedah dan bahan bacaan telah banyak&nbsp; berubah sejajar dengan&nbsp; kemajuan &nbsp;teknologi yang murid-murid praktikkan ketika ini. &nbsp;Menurutnya terdapat dua perkara yang perlu diberikan perhatian jika pihak sekolah ingin mendalami &nbsp;trend membaca dalam kalangan murid-murid. Yang pertama ialah apakah jenis buku yang mendapat perhatian paling tinggi dalam kalangan murid-murid. Dalam kajian yang dibuat oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum didapati murid-murid lebih suka membaca buku-buku yang berkisar mengenai sesuatu yang \u201dhampir\u2019 dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka. Selain dari buku-buku bukan fiksyen yang berbentuk ilmiah, murid-murid lebih terarah untuk membaca buku-buku yang berkaitan dengan remaja, hubungan dalam konteks usia remaja, grafik yang menarik dengan teks yang mudah difahami.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara kedua yang membentuk trend membaca dalam kalangan murid-murid pula ialah bentuk buku yang dibaca. Trend dan minat murid-murid sekarang lebih terarah kepada sesuatu yang bersifat teknologi dan ICT. Kita melihat ini sebagai sesuatu yang positif dan Program NILAM juga sememangnya sentiasa ditambahbaik seiring dengan kemajuan teknologi sedia ada. Dalam pelaksanaan Program NILAM kita meminta murid membaca sebanyak mungkin buku dan kemudian mencatatnya dalam Buku Rekod NILAM. Buku-buku yang dimaksudkan ialah buku-buku berbentuk fizikal yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah, Perpustakaan Awam ataupun yang mereka beli sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Perkogsian pintar Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha kali ini telah menjemput panel istimewa merupakan seorang Guru Perpustakaan dan Media SMK Putrajaya Presint 9( 2 ) iaitu Cikgu Nurafidah binti Mohd Khalid. Beliau merupakan Ikon GPM Putrajaya 2018 dan 2020.. Cikgu Nurafidah menjelaskan melalui penguasaan kemahiran literasi maklumat , negara dapat membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat. Selain itu, dapat memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan .Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, &nbsp;&nbsp;berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga akan tercapai. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT secara tidak langsung pembangunan ICT dalam pendidikan dapat dipercepatkan.&nbsp; Aspek literasi maklumat juga akan menjadikan pelajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, penceramah jemputan juga menyentuh tentang program bacaan yang boleh menarik minat murid-murid menjadikan amalan budaya membaca sebagai salah satu cara hidup seharian. Sekolah khususnya guru-guru perlu mencari idea bagaimana untuk meningkatkan\u00a0motivasi membaca dalam kalangan \u00a0pelajar. Beliau menyarankan pihak PSS perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang mencetuskan\u00a0minat pelajar\u00a0dan membantu meningkatkan harga diri mereka. Penyelidikan mengesahkan bahawa motivasi kanak-kanak adalah faktor utama dalam membaca yang berjaya. Dalam menyelesaikan dan mengurangkan mood murid-murid kurang gemar membaca,kajian perlu dilakukan dengan penglibatan semua peringkat komuniti.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-9521\" width=\"379\" height=\"454\" srcset=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR3.png 411w, https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/nilamSMKRR3-251x300.png 251w\" sizes=\"auto, (max-width: 379px) 100vw, 379px\" \/><figcaption>Penceramah jemputan Cikgu Nurafidah Mohd Khalid daripada SMK Puterajaya\u00a0\u00a0 Presint 9 ( 2 )<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Konkulisinya, program NILAM &nbsp;yang mula diadakan pada tahun 1999 bermatlamat agar murid-murid di &nbsp;Malaysia sebati dengan budaya membaca, seterusnya menjadikan tabiat suka membaca sebagai satu amalan hidup. Berdasarkan laporan World\u2019s Most Literate Nation, Malaysia berada pada kedudukan ke-53 dalam senarai negara membaca. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan usaha pembugaran &nbsp;Program NILAM.<\/p>\n<div class=\"pvc_clear\"><\/div><p id=\"pvc_stats_9518\" class=\"pvc_stats all  \" data-element-id=\"9518\" style=\"\"><i class=\"pvc-stats-icon small\" aria-hidden=\"true\"><svg aria-hidden=\"true\" focusable=\"false\" data-prefix=\"far\" data-icon=\"chart-bar\" role=\"img\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" viewBox=\"0 0 512 512\" class=\"svg-inline--fa fa-chart-bar fa-w-16 fa-2x\"><path fill=\"currentColor\" d=\"M396.8 352h22.4c6.4 0 12.8-6.4 12.8-12.8V108.8c0-6.4-6.4-12.8-12.8-12.8h-22.4c-6.4 0-12.8 6.4-12.8 12.8v230.4c0 6.4 6.4 12.8 12.8 12.8zm-192 0h22.4c6.4 0 12.8-6.4 12.8-12.8V140.8c0-6.4-6.4-12.8-12.8-12.8h-22.4c-6.4 0-12.8 6.4-12.8 12.8v198.4c0 6.4 6.4 12.8 12.8 12.8zm96 0h22.4c6.4 0 12.8-6.4 12.8-12.8V204.8c0-6.4-6.4-12.8-12.8-12.8h-22.4c-6.4 0-12.8 6.4-12.8 12.8v134.4c0 6.4 6.4 12.8 12.8 12.8zM496 400H48V80c0-8.84-7.16-16-16-16H16C7.16 64 0 71.16 0 80v336c0 17.67 14.33 32 32 32h464c8.84 0 16-7.16 16-16v-16c0-8.84-7.16-16-16-16zm-387.2-48h22.4c6.4 0 12.8-6.4 12.8-12.8v-70.4c0-6.4-6.4-12.8-12.8-12.8h-22.4c-6.4 0-12.8 6.4-12.8 12.8v70.4c0 6.4 6.4 12.8 12.8 12.8z\" class=\"\"><\/path><\/svg><\/i> <img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"16\" height=\"16\" alt=\"Loading\" src=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/plugins\/page-views-count\/ajax-loader-2x.gif\" border=0 \/><\/p><div class=\"pvc_clear\"><\/div><div class=\"pdfprnt-buttons pdfprnt-buttons-post pdfprnt-bottom-left\"><a href=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9518?print=pdf\" class=\"pdfprnt-button pdfprnt-button-pdf\" target=\"_blank\" ><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/www.jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/plugins\/pdf-print\/images\/pdf.png\" alt=\"image_pdf\" title=\"View PDF\" \/><\/a><a href=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9518?print=print\" class=\"pdfprnt-button pdfprnt-button-print\" target=\"_blank\" ><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/www.jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/plugins\/pdf-print\/images\/print.png\" alt=\"image_print\" title=\"Print Content\" \/><\/a><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<div class=\"mh-excerpt\"><p>Labuan, 4 April 2021 : Budaya dan aktiviti membaca menjadi pasak keteguhan \u00a0seseorang individu, malah sesuatu komuniti \u00a0dan sesebuah negara. Bagi memastikan rakyat di negara ini mengamalkan sikap suka membaca, kerajaan telah melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan\u00a0 . Usaha kerajaan ini adalah untuk menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti <a class=\"mh-excerpt-more\" href=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/archives\/9518\" title=\"Pembugaran Program Nilam Oleh Pusat Sumber DSDN  SMK Rancha-Rancha Menyuburkan Budaya Membaca Dalam Kalangan Warganya\">[&#8230;]<\/a><\/p>\n<div class=\"pvc_clear\"><\/div>\n<p id=\"pvc_stats_9518\" class=\"pvc_stats all  \" data-element-id=\"9518\" style=\"\"><i class=\"pvc-stats-icon small\" aria-hidden=\"true\"><svg aria-hidden=\"true\" focusable=\"false\" data-prefix=\"far\" data-icon=\"chart-bar\" role=\"img\" xmlns=\"http:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" viewBox=\"0 0 512 512\" class=\"svg-inline--fa fa-chart-bar fa-w-16 fa-2x\"><path fill=\"currentColor\" d=\"M396.8 352h22.4c6.4 0 12.8-6.4 12.8-12.8V108.8c0-6.4-6.4-12.8-12.8-12.8h-22.4c-6.4 0-12.8 6.4-12.8 12.8v230.4c0 6.4 6.4 12.8 12.8 12.8zm-192 0h22.4c6.4 0 12.8-6.4 12.8-12.8V140.8c0-6.4-6.4-12.8-12.8-12.8h-22.4c-6.4 0-12.8 6.4-12.8 12.8v198.4c0 6.4 6.4 12.8 12.8 12.8zm96 0h22.4c6.4 0 12.8-6.4 12.8-12.8V204.8c0-6.4-6.4-12.8-12.8-12.8h-22.4c-6.4 0-12.8 6.4-12.8 12.8v134.4c0 6.4 6.4 12.8 12.8 12.8zM496 400H48V80c0-8.84-7.16-16-16-16H16C7.16 64 0 71.16 0 80v336c0 17.67 14.33 32 32 32h464c8.84 0 16-7.16 16-16v-16c0-8.84-7.16-16-16-16zm-387.2-48h22.4c6.4 0 12.8-6.4 12.8-12.8v-70.4c0-6.4-6.4-12.8-12.8-12.8h-22.4c-6.4 0-12.8 6.4-12.8 12.8v70.4c0 6.4 6.4 12.8 12.8 12.8z\" class=\"\"><\/path><\/svg><\/i> <img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"16\" height=\"16\" alt=\"Loading\" src=\"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-content\/plugins\/page-views-count\/ajax-loader-2x.gif\" border=0 \/><\/p>\n<div class=\"pvc_clear\"><\/div>\n<\/div>","protected":false},"author":3,"featured_media":9519,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[],"class_list":["post-9518","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita-sekolah"],"a3_pvc":{"activated":true,"total_views":462,"today_views":1},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9518","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9518"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9518\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9526,"href":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9518\/revisions\/9526"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9519"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9518"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9518"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jpwpl.gov.my\/sanasini\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9518"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}