LABUAN: Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) Labuan yang muncul juara dalam pertandingan National Space Challenge Prime Minister’s Throphy 2017.
Program National Space Challenge Prime Minister’s Trophy 2017 (NSC2017) dimulakan dengan Ujian Kelayakan NSC2017 yang diadakan pada 8 dan 9 Ogos 2017 di seluruh negeri secara dalam talian (online).
Adik Muhammad Danial Adlan Rizuan dan Muhammad Fariesh Jehan Johari telah layak ke peringkat akhir dan mengalahkan 15 lagi peserta dari seluruh negeri di Malaysia.
Murid yang dibimbing oleh Cikgu Faridah Liasmat ini telah membawa pulang piala pusingan, teleskop, plak, medal, sijil dan kit pendidikan sebagai hadiah kemenangan.
Pertandingan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Planetarium Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia ini berlangsung pada 13-16 Oktober di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Adik Muhammad Danial Adlan Rizuan dan Muhammad Fariesh Jehan Johari, guru pembimbing dan seluruh warga SK Sungai Bedaun, Mekar Terbilang. Kemenjadian dan kecemerlangan murid bermula di sini.
Leave a Reply