Labuan, 12 September 2019 – Sekolah Kebangsaan Pekan Satu WP Labuan sekali lagi telah menerima rombongan lawatan dari Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran Sk Kemabong Tenom dengan jumlah rombongan seramai 28 orang ( 5 orang guru, 7 orang ibu bapa dan 14 orang murid bekeperluan khas).
Menurut Puan Vera Liza George Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Kemabong, lawatan ini merupakan lawatan bersifat muhibah untuk mengeratkan perhubungan silaturrahim di antara guru, ibu bapa dan murid MBK di samping dapat bertukar-tukar teknik serta kaedah pengurusan pengajaran dalam bilik darjah bagi berteraskan kualiti pengurusan murid MBK.
Rombongan lawatan ini, disambut meriah dengan persembahan tarian sambut tamu yang dibawakan khas oleh murid MBK SK Pekan Satu sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga kepada rombongan pelawat.
Dalam berkongsi kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih efeektif rombongan lawatan dibawa melawat ke kawasan sekolah SK Pekan Satu dan kelas-kelas Pendidikan Khas. Kunjungan mesra ke kelas-kelas Pendidikan Khas SK Pekan Satu ini dapat membantu percambahan perkongsian ilmu intelektual di kalangan guru-guru khususnya yang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid MBK SK Kemabong bukan sahaja berkesempatan beramah mesra dengan murid-murid pendidikan khas SK Pekan Satu, malah disajikan dengan mengikuti aktiviti permainan melengkapkan puzzle yang diadakan di kelas Pendidikan Khas.
Di samping itu, rombongan ini turut menyaksikan pameran seni MBK seperti hasil cantingan batik di kanvas dan kertas lukisan serta hasil kreativiti MBK SK Pekan Satu yang dilaksanakna bersama guru dan PPM menghasilkan corak yang menarik pada baju dan kasut.
Antara perkongsian ilmu yang amat bermanfaat menurut Puan Vera yang sudah pastikan akan diaplikasikan oleh guru-guru dan murid ke KPKP SK Kemabong adalah subjek Kemahiran Hidup Kebun, di mana murid MBK telah menghasilkan tanaman taugeh dan dijual kepada guru-guru, ppm dan ibubapa di Sk Pekan Satu. Aktiviti ini mengasah minat serta kemahiran murid dalam bidang pertanian dan jual beli secara langsung.
Selain itu, rombongan lawatan ini juga amat teruja dengan hasil tangan murid MBK dalam subjek Kemahiran Hidup khususnya jahitan di mana murid MBK telah menghasilkan craft berbentuk keychain dengan hasil tangan serta kreativiti mereka sendiri.
Pencapaian serta kebolehan seperti ini dapat membuka mata masyarakat luar umumnya, bahawa walaupun MBK mempunyai kekurangan dari segi akademik dan fizikal tetapi kemampuan yang berpaksikan kepada keinginan serta kesungguhan mampu mengilap bakat serta kemahiran MBK standing dengan murid-murid perdana yang lain.
Mengakhiri lawatan Puan Anita Shyamini, Guru Besar Sk Pekan Satu berharap agar lawatan muhibah seperti ini dalam ikatan silaturrahim ini akan terus terjalin dan berkekalan untuk kemanjadian murid bekeperluan khas (MBK) pada masa hadapan sesuai dengan kelestarian akademik yang lebih berkualiti.
Semoga murid bekeperluan khas SK Pekan Satu seramai 93 orang murid berkesempatan untuk membuat kunjungan balas ke Sk Kemabong bagi menimba ilmu yang boleh dibawa ke WP Labuan.
“Memberikan mereka peluang untuk menikmati erti kehidupan sebagai pelajar yang mempunyai kekurangan bukan penghalang untuk kita menyekat perkembangan untuk turut sama dalam era globalisasi pendidikan”. Puan Anita