
Date Submitted : Jul 24, 2025 @ 10:35 AM
Nama Sektor / Sekolah : SMK Pantai
Nama Program / Aktiviti : Kejohanan Olahraga MSSWPL Pendidikan Khas 2025
Tarikh : 21-23 Julai 2025
Tempat : Kolej Matrikulasi Labuan
Anjuran : Bahagian Pendidikan Khas
Kategori : Pendidikan Khas
Peringkat : Negeri
Pencapaian : Johan
Nama Murid / Guru / Pegawai : Mohd Faisal Bin Aminaldun (Pengurus Pasukan)
Nama Guru / Pegawai Pengiring ( Jika ada ) : Haniwijaya bin Abd Rashid Santi ak. Sa Noramirah ayu binti Hapnah



Ulasan Kejayaan :
PPKI SMK Pantai Ungguli Kejohanan dengan 14 Pingat Emas di MSSWPL(PPKI) Labuan, 24 Julai – PPKI SMK Pantai muncul juara keseluruhan setelah mengumpul sebanyak 14 pingat emas, mengatasi pencabar terdekat, SMK Mutiara, yang membawa pulang 13 emas dalam kejohanan tersebut. Persaingan antara kedua-dua sekolah berlangsung dengan amat sengit, terutamanya di penghujung kejohanan apabila SMK Pantai berjaya meraih dua pingat emas penting dalam acara kemuncak 4×100 meter kategori Lelaki 15 Tahun dan Lelaki 19 Tahun. Kemenangan dalam dua acara akhir ini menjadi penentu, sekaligus membolehkan PPKI SMK Pantai memintas SMK Mutiara dengan kelebihan satu emas dan menobatkan diri sebagai juara kejohanan pada tahun ini. Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen, semangat kesukanan dan usaha gigih para atlet serta sokongan padu daripada pihak sekolah, jurulatih dan ibu bapa.