SM Sains Labuan Dinobatkan Johan Pertandingan Sketsa Muzikal Pengguna Kebangsaan 2025

Pasukan ANDRASILA (Anak Drama Sains Labuan) dari SM Sains Labuan telah dinobatkan sebagai JOHAN KEBANGSAAN dalam Pertandingan Sketsa Muzikal Pengguna Kebangsaan 2025 yang berlangsung pada 11–13 Julai 2025! 🎭🇲🇾

🏆 Turut membanggakan, pasukan ini telah meraih:
✨ Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Puteri Aqeela)
✨ Anugerah Sinografi Terbaik

Tahniah dan syabas kepada semua warga SM Sains Labuan yang terlibat. Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat dan usaha anak Labuan mampu mencipta impak di pentas nasional! 💪🔥