Karnival Kebolehpasaran MBPK WP Labuan Tahun 2025

Date Submitted : Jul 24, 2025 @ 1:30 PM
Nama Sektor / Sekolah : PPKI SMK Pantai
Nama Program / Aktiviti : Karnival Kebolehpasaran MBPK WP Labuan
Tarikh : 11 & 12 Julai 2025
Tempat : Anggerik Square, Ujana Kewangan
Anjuran : Bahagian Pendidikan Khas
Kategori : Pendidikan Khas
Peringkat : Negeri
Pencapaian : Johan
Nama Murid / Guru / Pegawai : 
Johan Pertandingan Inovasi SMK Muhammad Affiesz b. Mohd Alias (Murid) Mardiana binti Aris (Guru Pembimbing) Johan Pertandingan Seni Kreatif Anyaman Tudung Saji Abdul Matin Basiunee b. Mohd Usul(Murid) Wan Noor Farahanis Binti Wan Abdul Bakar (Guru Pembimbing) Naib Johan Pertandingan Nyanyian Solo SMK Geofreazer Jeromy Eloi(Murid) Dalinah Binti Salim (Guru Pembimbing) Naib Johan Aerodance SMK Mas Qumairah binti Abdullah(Murid) Nur Qalesya Kartini binti M. Hasdi(Murid) Aisyah binti Abdullah(Murid) Siti Nur Shafiqah(Murid) Norfalaila Binti Asdin (Guru Pembimbing) DK. Zuryani Binti Abdullah (Pembimbing) Tempat Ketiga Pertandingan Menghias Kek Muhammad Abdullah Adam b. Djipri(Murid) Tempat Ketiga Poster Digital M. Zulazry Ashriq b. Wahidin(Murid) Nofarhana Binti Mizan(Guru Pembimbing) Santi anak Sa(Guru Pembimbing)
 
Nama Guru / Pegawai Pengiring ( Jika ada ) : Semua Guru PPKI SMK Pantai
 
Ulasan Kejayaan :
 
Karnival Kebolehpasaran MBPK WP Labuan 2025: Serlah Potensi, Cungkil Bakat Murid Pendidikan Khas Labuan, 11-12 Julai 2025 – Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung selama dua hari di Anggerik Square, Ujana Kewangan, telah mencetuskan impak positif dalam memartabatkan potensi dan kebolehan murid pendidikan khas. Program ini memberi penekanan kepada pendedahan awal murid MBPK terhadap kemahiran vokasional dan keusahawanan, sekaligus membuka peluang kepada mereka untuk menunjukkan bakat dalam pelbagai bidang seperti masakan, kraftangan, perkhidmatan, dan seni persembahan. Selain itu, inisiatif ini juga berjaya membina keyakinan diri murid untuk berinteraksi dengan masyarakat umum serta bakal majikan, sejajar dengan aspirasi pendidikan inklusif dan kebolehpasaran selepas tamat persekolahan. Penyertaan daripada 18 orang murid MBPK SMK Pantai telah menyerlah apabila mereka membawa pulang pelbagai kejayaan membanggakan dalam 6 jenis pertandingan peringkat sekolah menengah kebangsaan. Antara pencapaian utama termasuk: 1) Johan Pertandingan Inovasi SMK Muhammad Affiesz b. Mohd Alias (Murid) Mardiana binti Aris (Guru Pembimbing) 2) Johan Pertandingan Seni Kreatif Anyaman Tudung Saji Abdul Matin Basiunee b. Mohd Usul 3) Naib Johan Pertandingan Nyanyian Solo SMK Geofreazer Jeromy Eloi 4)Naib Johan Aerodance SMK Mas Qumairah binti Abdullah Nur Qalesya Kartini binti M. Hasdi Aisyah binti Abdullah Siti Nur Shafiqah 5) Tempat Ketiga Pertandingan Menghias Kek Muhammad Abdullah Adam b. Djipri 6) Tempat Ketiga Poster Digital Mohammad Zulazry Ashriq b. Wahidin Syabas diucapkan kepada semua murid, guru pembimbing serta warga PPKI SMK Pantai atas pencapaian cemerlang dan komitmen luar biasa. Hasil kemenangan di Karnival Kebolehpasaran MBPK peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, murid-murid akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Negeri Johor pada bulan September ini.