Pengakap SMK MUTIARA Harungi Ekspedisi Mencabar : Berjalan Kaki 42km Dalam Tempoh 24 Jam

Para peserta berjaya menamatkan ekpedisi di  bahagian paling utara Pulau Labuan di pantai Chimney.

Labuan, 18 Nov – Seramai 7 ahli pengakap SMK Mutiara telah berjaya mengharungi ekspedisi sejauh 42km berjalan kaki mengelilingi Pulau Labuan yang berakhir semalam.

Menurut pemimpin Pengakap , Puan Angela Joseph, ekspedisi ini adalah sebahagian daripada Ujian Lencana tertinggi Pengakap Remaja untuk mendapatkan Rambu Kuning dan seterusnya  mendapatkan pengiktirafan sebagai Pengakap Raja.

Seramai 6 murid pengakap laut dan seorang pengakap  telah menyertai ekspedisi kali ini yang melibat pelaksanaan beberapa aktiviti sepanjang perjalanan 42 km tersebut.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah berjalan kaki pada waktu siang dan malam, merekodkan tempat dan bangunan ikon di Labuan, membuat aktiviti orientaring di setiap perhentian, aktiviti khidmat masyarakat dengan mengutip sampah di sekitar kawasan yang dilalui. Semasa perhentian rehat di Pantai Damai, semua peserta perlu memasak untuk makan malam secara “backwoods living skills”.

Khidmat Masyarakat, Pengakap SMK Mutiara turut mengutip sampah disetiap kawasan yang dilalui
Berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan

Perjalanan bermula di bahagian selatan Pulau Labuan iaitu di  War Memorial  pada jam 7. 40 pagi sehinggalah ke Chimney melalui beberapa check point  termasuklah Kompleks Sukan Laut, Dataran Labuan, tugu United Nation Beach, Taman Damai Layang-Layangan, Kem TUDM Ganggarak dan berakhir di Chimney Trail.

Sebagai langkah keselamatan, peserta ekspedisi diwajibkan melaporkan diri di setiap Balai Polis yang dilalui.

Semua ahli pengakap yang menyertai ujian ini telah berjaya mengharungi cabaran dengan cemerlang sehingga ke check point terakhir iaitu di Chimney, salah satu mercu tanda terkenal di Labuan. Mereka ialah Darryl Karllen, Megawati binti Sulaiman, Latipa binti Basik, Norikmah binti Karim, Rosanne Hazel Anak Robert, Nurfathirah Suriana dan  Melvin Chew Seng Feng.

Ketua Patrol ekspedisi, Adik Darryl Karllen ketika ditemui berkata beliau dan rakan-rakan tetap tabah dan bersemangat walaupun cuaca tidak menentu ketika ekspedisi. Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana pasukannya selamat dan berjaya menamatkan perjalanan tanpa sebarang musibah.

Beliau turut memuji ahli pasukan kerana dapat mengekalkan disiplin, mematuhi peraturan dan semangat sepasukan yang tinggi dan saling menggalakkan sesama ahli pasukan sepanjang ujian ekspedisi ini.

Melapor diri di Balai Polis yang dilalui

Sebagai seorang ahli pengakap perlu sentiasa mengekalkan semangat setiakawan, kerjasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain.

Pengetua SMK Mutiara, Encik Mohd Nizam bin Yasim turut meraikan para peserta di check point Kg. Patau-Patau untuk memberi semangat dan motivasi kepada mereka.

Beliau turut memuji sikap bersungguh-sungguh mereka untuk menamatkan ujian ini. Pasukan ekspedisi ini turut diiringi oleh 6 orang guru SMK Mutiara  serta 2 orang sukarela dari Pengakap Kelana bagi memastikan peserta ekspedisi selamat sampai ke check point terakhir.

Para peserta berjaya menamatkan ekpedisi pada jam 7:37 pagi di  bahagian paling utara Pulau Labuan di pantai Chimney yang indah.

Berita Oleh : SMK Mutiara

Encik Mohd Nizam memberi semangat kepada Pengakap SMK Mutiara

Loading

image_pdfimage_print