SK LUBOK TEMIANG MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN KPM 2016 NAMA MURID: NURAFIQAH BT ZAMRI GURU PEMBIMBING:
LABUAN: Murid Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang ( SKLT) Wilayah Persekutuan Labuan Siti Nurafiqah Zamri telah mengharumkan nama Labuan di peringkat kebangsaan selepas meraih naib johan dalam acara Bercerita Kisah-kisah al-Quran pada Majlis Tadarus al- Quran Sekolah–sekolah (MTQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-42 yang diadakan di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Siti Nurafiqah telah bersaing dengan 15 peserta lain untuk merebut tempat bagi kategori berkenaan.
Setiap peserta perlu men- guasai lima teks bercerita yang disediakan oleh kontinjen masing- masing beserta intonasi, lagu dan rima suara bersesuaian.
Peserta juga perlu mempersembahkan satu tajuk sahaja mengikut undian sebelum bermula persembahan dan menjawab soalan spontan yang diberikan juri.
Kontinjen Jabatan Pendidikan Labuan turut diwakili oleh lima peserta lain iaitu Ahmad Naquib Syahmun (Bercerita Lelaki- SK Lubok Temiang), Muhammad Audi Syakir Syamsul ( Tilawah Lelaki–SK Pekan Satu), Aishah Nur Damia Hamidon (Tilawah Perempuan-SK Pantai), Amir Arsad Azmi (Hafazan Lelaki– SK Pekan Dua) dan Nur Safia Azman (Hafazan PerempuanSKK SK St Anne).
Ketua Kontinjen Labuan Ustaz Muhamad Solihin Sharipuddin berkata kejayaan tahun ini merupakan pencapaian tertinggi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) dalam penyertaan MTQSS peringkat kebangsaan.
“Alhamdulillah, syukur dengan kejayaan ini. Tahun ini merupakan pencapaian terbaik JPWPL dalam penyertaan dengan mendapat tempat kedua sekaligus memperbaiki rekod yang dicipta tahun lepas iaitu tempat ketiga dalam kategori yang sama,” katanya.
Menurut guru pengiring yang juga jurulatih bercerita, Ustazah Rini Othman, tahun ini merupakan kali kedua Siti Nurafiqah mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan selepas kali pertama pada tahun 2014 namun tidak mendapat sebarang tempat.
“Nurafiqah merupakan seorang murid yang aktif di dalam dan luar kelas. Ibu bapanya sentiasa memberi sokongan penuh dengan membantu menyambung latihan di rumah setelah kami melatihnya secara maksimum di sekolah,” katanya.
Siti Nurafiqah telah menyertai acara bercerita seawal tahun tiga lagi dan sentiasa mendapat tempat teratas di MTQSS negeri.
Dia muncul johan pada tahun 2014 dan 2016 serta naib johan pada tahun 2013 dan 2015.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor muncul johan keseluruhan MTQSS KPM tahun 2016.
Seramai 96 pelajar yang mewakili 16 Jabatan Pendidikan Negeri telah menyertai enam kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Dato’ Dr Haji Awaludin Said.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia Wan Ramdzan Wan Mamat.
Kontinjen Labuan turut disertai Ketua Unit Pen- didikan Islam Ustaz Roslan Mohamed.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin mengucapkan tahniah atas kejayaan Siti Nurafiqah Zamri di peringkat kebangsaan.
“Sudah tentu kejayaan itu dibantu oleh guru, ibu bapa dan kesungguhan Siti Nurafiqah sendiri. Terima kasih saya ucapkan,” katanya.
Dipetik dari Utusan Borneo
Leave a Reply