
Labuan,18 November 2024 – Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2024, sekolah SJKC Chi Wen telah menganjurkan acara khas Active Air Aerobic Dance bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah.
Acara ini terbuka kepada semua, sama ada pelajar yang baru berjinak dengan sukan atau atlet yang berpengalaman. Melalui gabungan pergerakan dinamik dan muzik yang energik, program ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi turut meningkatkan koordinasi fizikal serta kesihatan mental.
Setiap gerakan dan regangan yang dilakukan menjadi peluang untuk peserta menikmati keharmonian antara minda dan tubuh. Sambutan hangat daripada pelajar dan guru membuktikan bahawa sukan boleh menyatukan semua dengan cara yang menyeronokkan dan bermanfaat.
Acara ini dirasmikan oleh Guru Besar Pan Yii Yng , yang turut menekankan kepentingan sukan dalam membina nilai disiplin dan kerja berpasukan. Sempena sambutan ini, pihak sekolah juga menyeru semua pihak untuk terus menggalakkan pelajar kekal aktif dalam aktiviti fizikal sepanjang tahun.





Berita oleh : SJKC Chi Wen