Ziarah Kasih Manifestasi Keprihatinan Warga Jabatan

13th September 2021 JPWPL Sana Sini 0

Ahli-ahli Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah menganjurkan Ziarah Kasih kepada salah seorang kakitangan kumpulan sokongan, Puan Julynah binti Haji Wali yang telah kematian anaknya baru-baru ini. Rombongan ziarah di Kampung Sungai Miri itu telah disertai oleh 11 orang dan diketuai oleh Pengarah Pendidikan W.P Labuan, Encik Yusup bin […]

Loading

Sesi Perjumpaan Pengarah Pendidikan Bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling Bantu Murid-Murid Terkesan Covid-19

13th September 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 13 Sept – Sektor Pembangunan Murid (SPM), Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah menganjurkan pertemuan bersama 26 Guru Bimbingan Kaunseling (GBK) dari semua sekolah seluruh Labuan pada Jumaat lalu. Perjumpaan di Bilik Kiamsam, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan itu telah dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan W.P Labuan, Encik Yusup bin Haji Mohamad. […]

Loading

Penjurian Aktiviti Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Negeri 2021

13th September 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 13 Sept – Penjurian Aktiviti Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Pusat Kokurikulum Peringkat Negeri W.P. Labuan telah dijalankan oleh 24 orang juri bermula 8 September hingga 10 September 2021 yang telah diadakan di Makmal Komputer, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan SSTP di Jalan Bukit Besar Kampung  Sungai Lada. Barisan juri adalah […]

Loading

Sektor Perancangan Anjur Bengkel Sinergi SKPMg2:Kualiti@Sekolah Kepada Sekolah Rintis

10th September 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 10 Sept – Sektor Perancangan selaku peneraju kepada pengisian portal SKPMg2 telah menganjurkan bengkel pengujian instrumen SKPMg2:Kualiti@Sekolah kepada 10 buah sekolah rintis kelmarin. Seramai 17 orang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan telah hadir dalam taklimat tersebut. Encik Joe Hellmy Jumat, Penolong Pengarah di Sektor Perancangan telah […]

Loading

Program Bual Bicara Pengarah Jabatan Pendidikan W.P. Labuan Dengan Murid-Murid Tingkatan 5 Sekolah Menengah Berjaya Menarik Respon Yang Amat Memberangsangkan

23rd August 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 23 Ogos : Satu Program Bual Bicara Pengarah Pendidikan, Tuan Yusup Hj Mohamad, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan bersama murid-murid tingkatan 5 sekolah menengah  telah diadakan pada 14 Ogos 2021 bersamaan dengan hari Sabtu pada jam 8.30 malam secara dalam talian di rumah masing-masing. Program ini dianjurkan oleh Sektor Pembelajaran, […]

Loading

219 Peranti diedar kepada murid SMK Labuan dibawah Inisiatif CERDIK

20th August 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan, 20 Ogos – Sebanyak 219 unit lagi peranti komputer riba termasuk langganan internet selama setahun telah diedarkan kepada murid-murid SMK Labuan yang berkelayakan, baru-baru ini. Edaran peranti ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 untuk menyediakan akses digital pendidikan melalui akses kepada peranti dan […]

Loading

“Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti” Semarakkan Sambutan Maal Hijrah 1443H Warga Pendidikan di WP Labuan

18th August 2021 JPWPL Sana Sini 0

Labuan– Sambutan Maal Hijrah 1443H terus dihayati dan disemarakkan oleh warga pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Bebuloh (SKB) dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam (SPI), JPWPL telah diadakan secara dalam talian baru-baru ini dimeriahkan dengan kehadiran dua selebriti terkenal Hafiz Hamidun dan Hazamin Inteam. Tema […]

Loading

image_pdfimage_print