2 PKP SMK Labuan Terima Surat Kenaikan Pangkat

Seramai 37 Pegawai Khidmat Pelaksana (PKP) seluruh Labuan diraikan di dalam Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat pada Jumaat lalu. Majlis kelolaan Sektor Sumber Manusia (SSM), Jabatan Pendidikan W.P Labuan ini telah diadakan di Bilik Benua, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP).

Menurut Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Manusia, Encik Mohd Khairul Hafiz bin Juni, majlis ini julung kali diadakan bagi merai dan mengiktiraf kenaikan pangkat seramai 37 Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1).

Menurut pengetua SMK Labuan, Mohd Nizam bin Yasim, seramai 2 PKP SMK Labuan telah menerima kenaikan pangkat Pembantu Tadbir (P/O) dari Gred N19 ke gred N22.

PKP yang terlibat ialah Puan Maimonah binti Hj. Kapal dan Puan Elsie Teo.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan berharap pengiktirafan kerajaan ini dapat meningkatkan motivasi diri dan kualiti kerja PKP ke peringkat yang lebih tinggi” katanya lagi.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan W.P Labuan, Encik Yusup bin Haji Mohamad.

Beliau menyeru agar semua penjawat sebagai peneraju visi dan misi negara menerapkan konsep kerja sebagai satu amanah untuk meraih keredaan Allah.

“Kenaikan pangkat juga adalah menifestasi penghargaan kerajaan atas sumbangan dan komitmen PKP dan saya menyeru agar kita semua mengamalkan” GREAT” dalam meningkatkan budaya kecemerlangan dalam perkhidmatan awam” kata beliau lagi.

GREAT adalah akronim Good Governance, Responsibility, Empathy, Accountability dan Telecity of purpose.

Surat-surat kenaikan pangkat kepada semua penerima telah disampaikan Encik Yusup Mohamad.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Encik Awang Marten bin Datuk Haji Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah Sektor Perancangan, Puan Noraini binti Sabudin.

Berita Oleh : SMK Labuan

Loading

image_pdfimage_print