BENGKEL PEMBANGUNAN GENERATIF DIGITAL AI PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2026

Labuan, 24 Julai 2026 – Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad Halfae bin Mohammed Zaini, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
 
Sepanjang bengkel, guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah didedahkan kepada penggunaan Generative Artificial Intelligence (AI) dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan pendidikan khas. Peserta turut mengikuti sesi amali penggunaan pelbagai aplikasi AI bagi menghasilkan bahan pengajaran yang kreatif, inovatif dan berimpak tinggi.
 
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memperkukuh transformasi digital Pendidikan Khas serta meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia.
 

Loading

image_pdfimage_print