Pertandingan Bacaan Puisi Bahasa Inggeris

Encik Subari bersama pemenang pertandingan Bacaan Puisi Bahasa Inggeris kategori menengah (dua kanan)

Labuan, 8 Nov : SMK Labuan dan SKK St Anne masing-masing telah mendapat johan pertandingan Bacaan Puisi Bahasa Inggeris kategori menengah dan rendah peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang telah di adakan di SK Sungai Lada.

Lim Chee Yong dan Kizzer Poh, pelajar tingkatan dua yang dibimbing oleh Pn Norul Syamila Aziz telah muncul johan melalui bacaan puisi ‘Love’.

Sementara  Ruthneta Jeffry Majuneh dan Nur Alysha Qistina Mohd Ali dari SKK St Anne membaca puisi bertajuk ‘Success is mine’.

SK Kerupang pula dinobatkan sebagai pemenang Skrip Terbaik dengan tajuk I’m sorry.

Pertandingan itu dianjurkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan telah disempurnakan oleh Encik Subari Dwar, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan WP Labuan.

image_pdfimage_print