SMK Labuan Ungguli National Science Challenge Peringkat Labuan 2018

Labuan, 20 Julai –  SMK Labuan mengungguli pertandingan National Science Challenge peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2018 yang telah diadakan di Dewan Mutiara, SMK Labuan.

Pertandingan dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Format pertandingan dijalankan dalam empat pusingan iaitu kategori individu, kategori berpasukan, kategori terbuka dan kategori yang baharu diperkenalkan pada tahun 2018 iaitu “Pitching Session”.

Untuk rekod, SMK Labuan berjaya dinobatkan sebagai Johan NSC Peringkat Kebangsaan pada tahun 2016 dan diberi peluang ke SMK Labuan juga pernah menjuarai Peringkat Negeri pada tahun 2015 dan 2016.

Sebanyak lima pasukan yang bertanding iaitu SMK Labuan, SMK Pantai, SMK Rancha-Rancha, SM Sains dan pasukan wild Card yang terdiri dari gabungan pelajar SMK Labuan, SMK Pantai dan SM St Anne.

Berikut keputusan pertandingan National Science Challenge Labuan 2018.

Johan  : Pasukan SMK Labuan

Naib Johan : Pasukan “Wild Card Team

Ketiga : SM Sains Labuan

Keempat : SMK Pantai

Kelima : SMK Rancha-Rancha

Sijil kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK), En Asbola @Hasbollah Amit.

Turut hadir Ketua Unit Program dari Akademi Sains Malaysia, Puan Nur Dayana Razmi dan Ketua Unit Beruniform, SPPK Encik Mohd Aminuddin Abd Malek.

Pertandingan Peringkat Kebangsaan akan berlangsung 9 – 15 Ogos 2018, di Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

image_pdfimage_print