Syarikat Industri Minyak dan Gas Terus Komited Bantu Anak Nelayan Labuan

Encik Fakhrurazzi Ashad menyampaikan anugerah motivasi kepada murid diiringi oleh Datuk Eddie Abdullah (kiri) dan Encik Raisin Saidin (kanan)

LABUAN, 27 Feb 2020 – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan Syarikat Repsol Oil & Gas Malaysia Limited telah mengadakan Majlis Anugerah Inovasi Bagi Murid-Murid Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Bagi Tahun 2019 daripada Komuniti Nelayan, kelmarin.

Menurut Pengurus Kanan, Stakeholder Relations, Repsol Oil & Gas Malaysia Limited, Encik Ahmad Fakhrurrazi Arshad, pihaknya komited untuk membantu masyarakat dan komuniti tempatan di mana mereka beroperasi.

Majlis Anugerah Motivasi pada hari ini merupakan kesinambungan usaha-usaha tersebut yang memfokuskan kepada pendidikan, khasnya kepada anak-anak nelayan di Labuan yang masih di bangku sekolah.

“Hasrat kami adalah untuk membantu dan menyuntik semangat di kalangan anak-anak ini untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan aktiviti kokurikulum sekolah.” Encik Ahmad Fakhrurrazi Arshad ketika merasmikan majlis tersebut.

Harapan jangka panjang Repsol adalah untuk melihat anak-anak muda yang menerima Anugerah Motivasi ini berjaya di dalam pelajaran mereka dan mendapat kerjaya yang baik supaya boleh meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga masing-masing.

Gambar kenangan bersama penerima anugerah motivasi murid-murid UPSR dan PT3 Tahun 2019 dari golongan Komuniti Nelayan Labuan
Murid-murid penerima Anugerah Motivasi Repsol 2019

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Encik Raisin Saidin merakamkan ribuan terima kasih kepada Repsol atas usaha murni ini.

Katanya, dengan adanya bantuan ini dapat meningkatkan motivasi murid-murid dalam pembelajaran dan kemenjadian murid.

“Saya berharap murid-murid yang menerima sumbangan dapat memanfaatkan faedahnya untuk berjaya dalam pelajaran dan seterusnya memberi pulangan kepada memajukan negara suatu hari kelak”.

“Majlis Anugerah Motivasi ini merupakan tahun yang ketujuh dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan. Maka saya menyeru murid-murid yang telah menerima anugerah ini supaya sentiasa bersyukur dengan belajar bersungguh-sungguh demi sebuah kejayaan yang boleh mengubah nasib pada masa akan datang ” . Encik Raisin Saidin

Pada majlis tersebut, seramai 40 murid dari tahap UPSR dan 20 murid dari tahap PT3 telah menerima anugerah ini. Setiap penerima UPSR akan menerima wang tunai RM300 manakala penerima PT3 akan menerima wang tunai RM400 menjadikan jumlah anugerah kesemuanya adalah RM20,000.

Turut hadir, Datuk Eddie Abdullah, Penasihat Perhubungan Komuniti dan Kerajaan bagi Negeri Sabah & Labuan, Repsol Oil & Gas Malaysia Limited dan Encik Ag. Marten Datuk Hj Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan W.P Labuan

Terima kasih kepada pihak Repsol kerana memberi bantuan ini untuk membantu keperluan murid
Penghargaan kepada kepada Pihak Sekolah. Encik Jamatin menerima Sijli Penghargaan daripada Encik Ahmad Fakhrurazzi

Loading

image_pdfimage_print