SENI SILAT BENTUK KEMENJADIAN MURID, MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN

Labuan, 10 Ogos 2025 – Penglibatan murid dalam seni silat memberi kesan positif terhadap sahsiah, disiplin dan kecergasan fizikal mereka.
 
Di samping, melahirkan generasi yang berdaya saing dan memupuk ketahanan mental, sekaligus membentuk kemenjadian murid.
 
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran merangkap Memangku Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yahya Ahmad Puteh berkata, seni silat bukan sahaja melatih kemahiran mempertahankan diri, malah membentuk jati diri yang teguh.
 
Tambah beliau, silat bukan sahaja milik sesuatu kaum atau agama, sebaliknya ia bersifat universal.
Ini sekaligus membuktikan silat mampu menjadi jambatan perpaduan dan simbol kesepaduan masyarakat MADANI.
 
“Silat ini merupakan satu sukan yang boleh disertai oleh bukan sahaja oleh anak-anak murid kita dalam kalangan orang-orang melayu tetapi juga dalam kalangan anak-anak kita yang bukan melayu”.
 
“Jadi jauh tersirat daripada itu sukan ini menyatukan kita dalam elemen kepelbagaian kaum kita itu”, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan Kejohan Silat Peringkat Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan.
 
“Kami silat ini semuanya menyatukan kita nda kira kita ini lain daripada kaum lain bangsa lain jadi yang penting sini saya tekankan kita semua boleh mengikut silat tanpa ada kekangan apa-apa jadi wardah perpaduan dan kita semua boleh disatukan melalui silat ini”, jelas Aonell Alde Samlie dari peserta SM Sains Labuan kepada pemberita.
 
Sementara itu, seramai 250 penyertaan dari seluruh sekolah rendah dan menangah di Labuan menyertai Kejohanan berkenaan yang berlangsung di Dewan Kolej Vokasional Labuan.
 
Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara masing-masing muncul juara keseluruhan bagi kategori sekolah rendah dan menengah.
 
Hadir sama, Yang DiPertua Persatuan Pencak Silat Kebangsaan (PESAKA) Labuan, Mohd Khairul Ghani.
 
 
Sumber Berita : BES Labuan
 
 

Loading

image_pdfimage_print