
Labuan, 6 Ogos 2025 – Lebih 300 pelajar dan guru daripada 28 buah sekolah menjayakan Karnival Kempen Internet Selamat peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, bertempat di Dewan Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.
Ia dianjur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Jelas Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan, Faisal Hamdi Mohammed Ghouth, matlamatnya memperkasa literasi digital dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar dan remaja, agar lebih peka terhadap keselamatan siber.
Pengisian termasuk aktiviti interaktif dan ceramah pendidikan berkaitan etika penggunaan internet, perlindungan data peribadi dan pencegahan jenayah, buli siber.
Tambah beliau, program adalah kesinambungan daripada pelancaran Kempen Internet Selamat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa sempena Borneo Flora Festival @Labuan 2025.
Program diharap memberi impak positif, meningkatkan kesedaran risiko dunia digital dan menjadi pengguna bertanggungjawab.
Selain memperkasa peranan guru dalam memastikan mesej keselamatan internet disampaikan secara berterusan di sekolah masing-masing.
Hadir sama, Pengarah MCMC Selangor, Amal Abdul Aziz dan Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Labuan, Yahya Ahmad Putih.
Sumber Berita : BES Labuan





