Labuan, 22 Mac 2023 – Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah menyampaikan bantuan ‘Back to School’ kepada seramai 150 murid sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan Labuan, kelmarin.
Majlis yang telah diadakan di Dewan Mutiara, SMK Labuan dihadiri oleh Pengetua, Guru Besar sekolah-sekolah Wilayah dan wakil-wakil murid penerima.
Menurut penyelaras bantuan yang juga Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Puan Kamilah binti Mohd Saidi, majlis ini diadakan sebagai tanda sokongan komuniti dalam membantu murid-murid yang kurang berkemampuan untuk meringankan beban dalam membuat persiapan awal persekolahan.
Yayasan Pelajaran Mara telah diwakili oleh Encik Mohd Asraf bin Mat Dahari, Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan.
Beliau berharap para penerima menggunakan bantuan sebaik mungkin mengikut keperluan persekolahan.
“Terima kasih kepada JPWPL yang telah membantu YPM dalam mengagihkan bantuan kepada murid-murid yang layak” Encik Mohd Asraf
Selain bantuan BTS, YPM turut memberi bantuan dalam pelbagai bentuk untuk murid-murid yang memerlukan dalam pembelajaran.
Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran telah hadir mewakili Pengarah Pendidikan W. P. Labuan.
Dalam ucapannya, Encik Yahya mengucapkan terima kasih atas sumbangan YPM membantu meringankan beban keluarga dalam memulakan sesi persekolahan.
“Saya berharap agar bantuan berupa baucar ini dimanfaat sebaik-baiknya untuk pembelajaran oleh 150 murid terpilih”. Encik Yahya
Penebusan baucar boleh dibuat kepada pembekal yang dilantik iaitu Rizqent Niaga.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Encik Awang Marten bin Hj. Abdul Rahman, YDP MPSM, Encik Ismail bin Abdullah dan Pengerusi KOPELL, Encik Mazri bin Mohamed Yunus.
Berita Oleh : Sektor Pembangunan Murid
600 Pek Biskut dan Maskot Bumblebee Menyerikan Program First Day Of School SK Bukit Kallam
Labuan, 20 Mac 2023: Program First Day of School SK Bukit Kallam dikelolakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Semua pentadbir, Yang Dipertua PIBG Puan Aida Sandra Liansun dan semua AJK Guru PIBG, Guru Kaunseling dan Guru bertugas bersedia seawal 6.00 pagi untuk menjemput dan meraikan kehadiran murid ke sekolah.
Kehadiran Pegawai Angkat SK Bukit Kallam iaitu Tuan Haji Adam bin Abdul Rahim juga bersama sama meraikan kehadiran murid ke sekolah.
600 pek biskut disediakan untuk murid, guru dan AKP yang terawal. Begitu juga, kehadiran maskot BumbleBee yang menceriakan suasana pada hari pertama persekolahan. Warga sekolah berpeluang untuk bergambar bersama maskot tersebut. Biskut dan maskot ini disumbangkan oleh PIBG SK Bukit Kallam.
Seterusnya, semua warga sekolah berada di GSTB untuk melaksanakan perhimpunan mingguan. Perhimpunan bermula dengan nyanyian lagu, bacaan doa, ikrar dan akhir sekali Ucapan Guru Besar.
Berita Oleh : SK Bukit Kallam
Meraikan kehadiran ke sekolah dengan agihan biskut kepada murid
Bengkel Perkongsian Amalan Baik Pengajaran Jawi Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 : Pedagogi Awal Jawi Dalil
Labuan, 11 Mac 2023 – Bengkel ini telah diadakan pada pagi tadi secara dalam talian. Merupakan Program jalinan kerjasama di antara SK Bebuloh, Persatuan Munsyi Dewan (Jawi) DBP dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL).
Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memantapkan kemahiran guru-guru Pendidikan Islam dalam mempelbagaikan kaedah, teknik, inovasi bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru dalam kemahiran jawi seterusnya dapat menarik minat murid dalam mencintai jawi.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Munsyi Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Tuan Hj Mat Yusof Abdul Rahman. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPWPL ustazah Kamariah Salim, Timbalan Pengerusi Munsyi Jawi DBP merangkap penceramah dalam bengkel ini ustazah Dalilah Desa, munsyi-munsyi DBP, guru- guru, pensyarah, ibu bapa dan murid-murid.
Bengkel yang diadakan semasa cuti sekolah ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 502 peserta mengikutinya sehingga akhir sesi dan begitu aktif mengambil bahagian sepanjang bengkel ini diadakan.
Peserta yang hadir akan diberikan sijil digital manakala kehadiran guru akan dimasukkan dalam SPLKPM.
Semoga usaha yang ini dapat manfaatnya kepada guru dan anak didik kita di sekolah.
Berita Oleh : Sektor Pendidikan Islam
SPM 2022 : Kejayaan Pasti Milik Anda !
Labuan, 19 Februari 2023 :
Ucapan Encik Yusup Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan sempena Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
“Apa khabar anak-anak SPM semua. Saya doakan anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua anak-anak yang telah pun membuat persiapan rapi bagi menghadapi peperiksaan SPM yang merupakan tiket yang sangat penting dalam membina masa depan anak-anak sekalian.
Saya amat teruja dengan usaha yang telah dibuat oleh anak-anak semua dan begitu juga usaha cikgu-cikgu yang membimbing anak-anak yang bakal menduduki SPM tahun ini.
Anak-anak semua, perkara yang selalu saya ingatkan kepada anda semua. Dalam menghadapi situasi peperiksaan yang hampir dekat ini.
Pertama, Jaga keselamatan anda, supaya dengan keselamatan ini anda akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan dalam emosi yang baik.
Kedua, Jaga Kesihatan, kerana bila badan sihat kita akan mampu untuk melaksanakan apa juga tugasan khususnya dalam menjawab soalan peperiksaan.
Ketiga, Sentiasa berusaha membuat ulangkaji pelajaran tanpa mengira baki masa yang ada kerana sesungguhnya setiap masa itu amat bermanfaat dan sangat penting dalam usaha anda untuk mencapai kejayaan.
Keempat, Sentiasa berdoa kepada yang maha Esa semoga segala usaha yang telah anda laksanakan akan diberkati dan anda dapat melaksanakan tanggungjawab untuk menjawab peperiksaan ini dengan baik.
Kepada para ibubapa semua teruskan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak masing-masing semoga dorangan dan sokongan itu akan meletakkan anak-anak kita lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan dalam keadaan yang tenang dalam keadaan emosi yang baik serta lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.
Akhir sekali kepada anak-anak semua ingatlah apabila anda memasuki dewan peperiksaan anda bakal membawa 2 perkara iaitu harapan ibu bapa dan cita-cita anda.
Buat yang terbaik dalam menjawab peperiksaan, InsyaAllah, KEJAYAAN PASTI MILIK ANDA !”
Encik Yusup Haji Mohamad. Pengarah JPWPL. 18 Februari 2023.
MAJLIS IHTIFAL SANAWIY ANTARABANGSA MARTABATKAN KECEMERLANGAN KELAS ALIRAN AGAMA SSN SMK MUTIARA
LABUAN, 16 Februari 2023 : Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara telah berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal Sanawiy Antarabangsa Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara pada 15 Februari 2023. Turut sama dalam menjayakan program ini adalah En. Ag Rozlan bin Manan, Pengetua SSN SMK Mutiara, En Yahya bin Ahmad Putih, Timbalan Pengarah,Sektor Pembelajaran ,Jabatan Pendidikan W.P Labuan, Ustaz Mohd Fadzli Syeikh Abdul Rahim, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Ustaz Haji Zainal Abdul Wahab, Penyelaras Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara, Ustazah Siti Sarah Abdul Majid, Ketua Panitia Pendidikan Islam, SSN SMK Mutiara, Adik Mirza Shami Bin Afandi,penuntut Jurusan Komputer Sains dan Engineering,Korea Universiti, Ustaz Saifulizzan bin Mat Yasin, Ketua Jemaah Hakim Majlis Ihtifal Sanawiy Antarabangsa KAA SSN SMK Mutiara 2022/2023, Ustazah Rohani bint Tali, Ustazah Siti Zamriah binti Hussin, Ustazah Nur Hanani binti Mohd Nasir dan Ustazah Nur Fasihah binti Daeng Mustafa Kamal dari SSN SMK Mutiara selaku urusetia program kali ini, Cikgu Asrul bin Jais, Guru ICT Sekolah, Cikgu Mohd NorHafidz bin Mohd Jimas, Guru TV PSS SSN SMK Mutiara , En. Mohd Radzi Abdul Halim, Guru Kaunseling Sekolah dan Cikgu Mohd Amir bin Abdullah ,Guru Kelas 4 As-Syafie.
Seramai 86 peserta telah menyertai program ini dengan jayanya melibatkan semua murid Kelas Aliran Agama dari Tingkatan Satu As-Syafie hingga ke Tingkatan 5 As-Syafie , SSN Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara. Ustaz Haji Zainal Abdul Wahab selaku penyelaras program telah menjemput dua orang penuntut universiti dari luar negara yang merupakan bekas murid KAA SSN SMK Mutiara yang berjaya menyambung pelajaran mereka ke menara gading. Mereka adalah adik Mirza Shahmi bin Afandi, penuntut Jurusan Komputer Sains dan Engineering,Korea University dan adik Khadijah binti Hazmi , penuntut Jurusan Kewangan Islam dari Universiti Az-Zarqa,Jordan.
En Yahya bin Ahmad Putih,Timbalan Pengarah,Sektor Pembelajaran ,Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah merasmikan program ini dengan jayanya. Beliau telah menyampaikan amanat buat semua peserta agar terus istiqamah mempelajari Bahasa Arab demi memartabatkan agama Islam buat warga Wilayah Persekutuan . Majlis Ihtifal Sanawiy Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara 2022/2023 ini disasarkan kepada semua murid Kelas Aliran Agama SMK Mutiara seramai 102 orang murid dari Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Lima Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara. Ianya bermatlamat untuk membina keyakinan tinggi para murid menghadapi suasana persekitaran yang mempunyai pelbagai aliran pemikiran, seterusnya melahirkan generasi yang berilmu dan beramal soleh. Inilah aspirasi kepimpinan negara yang ingin melihat setiap insan itu mempunyai keistimewaan tersendiri yang diharapkan untuk menambah baik sistem pendidikan negara. Kita bukan hanya ingin melahirkan golongan bijak pandai tetapi juga mempunyai sahsiah dan jati diri yang tinggi terhadap negara. Sikap tahu mengucapkan terima kasih, tahu menghormati golongan tua dan pemimpin yang berjasa harus sentiasa diterapkan dalam jiwa anak-anak muda. Sikap ini penting dalam memastikan negara mempunyai generasi pewaris yang berwibawa. Hal ini bukanlah satu perkara mudah, apatah lagi dalam era globalisasi tanpa sempadan ini, namun kerjasama semua pihak dan rasa kebertanggungjawaban yang ada dalam diri manusia mampu melakukan transformasi ini.
En. Ag. Rozlan bin Manan, Pengetua SSN SMK Mutiara telah menyampaikan ucapan aluan dalam majlis ini dengan mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar, kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.
Semua peserta mengambil peluang ini dengan memberikan sepenuh tumpuan kepada ceramah yang disampaikan oleh dua orang bekas murid SSN SMK Mautiara . Terdapat 5 anugerah utama yang dipertandingkan pada majlis kali ini. Berikut adalah senarai nama pemenang utama setiap kategori yang dipertandingkan. Antaranya Tokoh Sibawaih dan Tokoh Kurikulum dimenagi oleh Adik Nur Atiqah Choleng,5 As-Syafie, Tokoh Kokurikulum dimenangi oleh adik Mohd Ikmal Hakimi bin Mala,5 As-Syafie, Tokoh Sumur dimenangi oleh adik Dinca Al-Fansia,3 As-Syafiedan adik Ajmal Rosyada binti Zainal,5 As-Syafie. Kelas 3 As-Syafie dinobatkan sebagai Johan Kelas KAA paling bersih. 5 orang murid telah dipilih untuk menjadi Tokoh Bilal Surau al-Marjan dan 10 orang murid telah terpilih untuk memenangi Tokoh Kelas KAA.
Gimik perasmian melalui tayangan montaj semua program dan aktiviti Kelas Aliran Agama (KAA), SSN SMKMutiara telah menyuntik semangat semua yang hadir. Penyampaian T-Shirt KAA kepada para tetamu juga memeriahkan lagi majlis pada hari ini. Semoga program ini memberikan impak maksima kepada semua murid KAA dan menyuntik motivasi mereka untuk meneruskan pengajian ke menara gading. Ucapan terima kasih juga kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan yang telah memberikan kerjasama yang erat kepada SSN SMK Mutiara melalui sumbangan kewangan yang terbaik demi menjayakan program yang mulia. Semoga segala jasa baik yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini akan menjadi wasilah dan bekalan baik kita semua untuk agama, bangsa dan negara kita.
MAJLIS IHTIFAL SANAWIY ANTARABANGSA MARTABATKAN KECEMERLANGAN KELAS ALIRAN AGAMA SSN SMK MUTIARA
Iklan Digital Majlis Ihtifal Sanawiy Antarabangsa KAA SSN SMK Mutiara 2022/2023.Kenangan bersama tetamu jemputan dan semua murid KAA SSN SMK MutiaraKenangan terindah murid KAA SSN SMK Mutiara bersama tetamu jemputan.Guru Pendidikan Islam Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara bersama tetamu jemputan.Ucapan perasmian majlis disempurnakan oleh En Yahya bin Ahmad Putih,Timbalan Pengarah,Sektor Pembelajaran ,Jabatan Pendidikan W.P Labuan.En. Ag. Rozlan bin Manan, Pengetua SSN SMK Mutiara sedang menyampaikan ucapan aluan majlis.Adik Khadijah binti Hazmi , penuntut Jurusan Kewangan Islam dari Universiti Az-Zarqa,Jordan sedang menyampaikan perkongsian Halaqah Ilmu kepada semua peserta yang hadir.Sebahagian daripada murid lelaki KAA SSN SMK MutiaraAdik Mirza Shami Bin Afandi,penuntut Jurusan Komputer Sains dan Engineering,Korea Universiti sedang menyampaikan perkongsian ilmu kepada semua peserta yang hadir.Persembahan Qasidah oleh murid -murid Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara.Adik Nur Atiqah Choleng, 5 As-Syafei menerima piala Tokoh Kurikulum dari En. Yahya bin Ahmad Putih.Adik Nor Adlina menerima piala Tokoh Kelas KAA 4 As-Syafie daripada En. Yahya Ahmad PutihAdik Ajmal Rosyada Haji Zainal, 5 As-Syafie menerima piala Tokoh SUMUR Perempuan daripada En. Yahya Ahmad Putih.Adik Dinca al-Fansia ,3 As-Syafie menerima piala Tokoh SUMUR Lelaki daripada En. Yahya bin Ahmad PutihPenyampaian Sijil dan cenderamata kepada adik Mirza Syahmi bin Afandi oleh En. Ag. Rozlan bin Manan, bersama-sama En. Yahya Ahmad Putih , Ustaz Mohd Fadzli Sheikh Abdul Rahim dan Ustaz Zainal Abdul Wahab.En. Yahya Ahmad Putih, En. Ag Rozlan Manan dan Ustaz Mohd Fadzli Sheikh Abdul Rahim sedang ditemuramah oleh pihak TV PSS SSN SMK Mutiara.
Majlis Apresiasi Murid Menjadi ‘Booster’ Motivasi Murid SMK Taman Perumahan Bedaun
LABUAN, 16 Februari 2023 : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun telah menjalankan Majlis Apresiasi Murid tahun 2022.
Majlis yang diselaraskan oleh penyelaras program, Puan Syafiqah Binti Nordin, tersebut dianjurkan oleh bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan.
Majlis Apresiasi Murid juga bertujuan untuk memupuk emosi murid-murid agar berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya. Selain itu, Majlis Apresiasi Murid bertujuan untuk mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri, individu yang berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran.
Encik Heidar bersama Puan Norazita Menyampaikan Sijil Tokoh Murid Akademik Tingkatan 5 Tahun 2022 SMKTPB
Majlis Apresiasi Murid menjadi pencetus kerjasama yang baik antara ibu bapa atau penjaga murid dengan pihak pentadbiran dan guru-guru juga menjadi tujuan utama Majlis Apresiasi Murid dijalankan.
Majlis Apresiasi Murid dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku’, lagu Wilayah Persekutuan “Maju dan Sejahtera” dan lagu Rasmi Sekolah “Berwawasan, Progresif dan Cemerlang”. Bacaan doa khas Majlis Apresiasi Murid dipimpin oleh Ustad Nik Muhamad Fazli bin Nik Abdul Razak.
Puan Norazita Binti Md Nor @ Shamsuri, Pengetua SMK Taman Perumahan bedaun dalam amanatnya berkata :
“Murid-murid yang menerima anugerah haruslah bersyukur dengan anugerah yang diperolehi, semoga majlis ini menjadi ‘booster’ motivasi kepada murid dan calon SPM haruslah membuat persiapan 200% dari sekarang untuk menghadapi peperiksaan SPM.”
Majlis Apresiasi Murid dirasmikan oleh YDP PIBG, Encik Heidar Hussein bin Md Rashid dengan paluan gong.
Puan NorazitaEncik Heidar
Turut hadir sepanjang majlis dijalankan, Pegawai Angkat Sekolah, Encik Mohd Nazri bin Mustapa, guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Chai Yee San, guru Penolong Kanan HEM, Encik Awang Adi bin Tuah, guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Yee Choon Hian, kaunselor, guru-guru, staf dan 70 orang ibu bapa murid penerima anugerah.
Persembahan multimedia peristiwa sekolah tahun 2022/2023 membuka tirai acara penyampaian hadiah dan sijil Majlis Apresiasi Murid.
Majlis penganugerahan dimulakan dengan penyampaian hadiah dan sijil bagi bidang Kokurikulum. Selepas persembahan 1, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil bagi bidang Kurikulum. Majlis penyampaian hadiah dan sijil bagi bidang Hal Ehwal Murid diteruskan selepas persembahan 2 dijalankan.
Pengetua Puan Norazita (tengah) menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid yang menerima anugerah dalam bidang kurikulum demgam diiringi oleh guru penolong kanan kurikulum, puan Chai Yee San.YDP PIBG Encik Heidar Hussien (tengah) menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid cemerlang SPM 2021 Jerilyn Madius demgam diiringi oleh pengetua Puan Norazita.Pengawai Angkat Sekolah, Encik Mohd Nazri (tengah) menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid yang menerima anugerah dalam bidang kokurikulum demgam diiringi oleh guru penolong kanan kokurikulum, Encik Yee Choon Hian.
Kemudian, majlis graduasi khas murid tingkatan 5 tahun 2022 dijalankan selepas pengetua sekolah, Puan Norazita melafazkan kebenaran meneruskan sesi graduasi murid tingkatan 5. YDP PIBG, Encik Heidar Hussein melafazkan perasmian penutupan Majlis Apresiasi Murid tahun 2022 setelah sesi graduasi murid tingkatan 5 selesai.
“Komitmen ibu bapa dalam program-program sekolah seperti Majlis Apresiasi Murid adalah sangat penting kerana tanpa sokongan para ibu bapa murid, tidak ada program yang dijalankan oleh pihak sekolah dapat dijayakan.” kata encik Heidar Hussein dalam ucapan perasmiannya.
Majlis Apresiasi Murid SMK Taman Perumahan Bedaun ditutup dengan acara sesi bergambar YDP PIBG, Pegawai Angkat Sekolah, pengetua, guru-guru, para ibu bapa bersama murid-murid penerima anugerah.
Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun
Encik Heidar Hussein (YDP PIBG) Merasmikan Majlis Apresiasi Murid Dengan Paluan GongYDP PIBG Encik Heidar Hussein menyampaikan Sijil Graduasi Murid Tingkatan 5 Tahun 2022 SMK Taman Perumahan Bedaun
TAKLIMAT PROGRAM TID, PERSIAPAN STESEN
Penolong Kanan Kokurikulum SSN SMK Mutiara, En Norie Keegan Usin memberikan taklimat kepada para atlet yang hadir pada sesi TID. Beliau menyampaikan butir-butir penting kepada peserta sebelum program bermula. Butiran yang disampaikan bermula daripada pengisian borang serta perjalanan program tersebut. Jurulatih yang terdiri daripada beberapa sukan terpilih turut membantu agar program yang dijalanankan berlangsung dengan jayanya. Untuk makluman semua, program ini mensasarkan atlet dalam sukan utama iaitu bola sepak, sepak takraw, bola jaring dan olahraga.
HARI KEDUA PROGRAM TID
Tarikh : 2 Februari 2023 Tempat : Dewan Serbaguna SK Bukit Kallam
Pada 2 Februari 2023, sesi TID untuk hari kedua berlangsung di Dewan Serbaguna SK Bukit Kallam. Atlet yang hadir pada sesi kedua ini seramai 32 orang. Sesi hari ini bermula dengan taklimat oleh PK Kokurikulum SSN SMK Mutiara, En Norie Keegan Usin dan pemilihan berjalan seperti biasa. Selain ujian fizikal yang dijalankan, penilaian dari segi kemahiran asas dalam empat sukan tersebut juga diambil kira. Di sinilah kepakaran jurulatih diperlukan bagi kemudahan mereka untuk membentuk atlet yang terpilih
HARI KETIGA PROGRAM TID
Sesi TID terakhir berlangsung di SSN SMK Mutiara. Pada hari ini, jurulatih masih memainkan peranan mereka dalam menilai atlet terbaik untuk diserap ke sekolah SSN WP Labuan. Dalam masa yang sama Sektor Pembangunan Murid JPWPL yang diketuai oleh Tn Aznan bin Abidin sangat komited membantu SSN Labuan untuk memilih atlet yang terbaik bagi memastikan wakil WP Labuan yang menyertai sebarang kejohanan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia dapat memberikan saingan kepada wakil negeri-negeri lain. Seramai 62 orang atlet telah terpilih daripada 92 peserta yang hadir. Pihak SSN SMK Mutiara berharap agar ibu bapa dapat memberikan kebenaran kepada anak-anak mereka untuk melaporkan diri kelak. Sesi penutupan dirasmikan oleh Tn Aznan bin Abidin.
PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT MURID DALAM SUKAN (TID) BAGI KEMASUKAN KE SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK MUTIARA TAHUN 2023
Pada 31 Januari, 2 dan 3 Februari 2023, SSN SMK Mutiara telah mengadakan satu program (TID) bagi mengenal pasti bakat-bakat atlet yang bakal memasuki persekolahan di tingkatan 1 sesi 2023. Program ini dijalankan selama tiga hari dan berlangsung di tiga tempat yang berbeza. Selain tu, program ini merupakan anjuran bersama SSN SMK Mutiara dan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan WP Labuan. Jumlah keseluruhan atlet yang menyertai program ini ialah 96 orang. Tn Aznan bin Abidin, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPWPL ditemani En Norie Keegan Usin, Penolong Kanan Kokurikulum SSN SMK Mutiara turut bersama para atlet seterusnya merasmikan program tersebut. Semoga program yang dijalankan ini dapat menyuntik semangat atlet-atlet untuk menunjukkan bakat yang dimiliki seterusnya menjadi warga SSN SMK Mutiara yang berpotensi tinggi.
Tarikh : 31 Januari 2023 (Hari Pertama) Tempat : Dewan Serbaguna SK Sungai Lada, WP Labuan Sekolah Terlibat :
SK Sungai Lada, SK Bebuloh, SK Rancha-Rancha, SK Sungai Bedaun, SJK Chung Hwa dan SK Layang-Layangan, SK Bukit Kallam, SK Lubuk Temiang, SK Tanjung Aru, SK Pekan 1 dan 2, SJK Chi Wen, SK Patau-Patau, SK Pantai dan SK Kerupang.
Hari Pelaporan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SSN SMK Mutiara WP Labuan Mengesan Perkembangan dan Kemajuan Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas
14 Februari 2023 – Hari Pelaporan merupakan kesempatan untuk pihak sekolah menghubungkan ibu bapa, penjaga dan guru bagi berdiskusi dan berkongsi pandangan masing-masing terhadap prestasi murid Berkeperluan Pendidikan Khas di PPKI SSN SMK Mutiara.
Seramai 67 daripada 71 orang ibu bapa dan penjaga yang telah hadir pada sesi ini. Perjumpaan ini melaporkan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Keberkesanan Intervensi Rancangan Pendidikan Individu, Markah PAJSK serta pendaftaran semula murid bagi kemasukan sesi baharu yang akan bermula pada 20 Mac 2023 ini.
Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai hala tuju MBPK selepas menamatkan persekolahan, kesediaan MBPK untuk mengikuti Inklusif Penuh ke Kelas Perdana, kehadiran murid ke sekolah serta tahap perkembangan murid dalam menguasai mata pelajaran teras di sekolah.
Dengan adanya program seperti ini, ibu bapa bukan sahaja dapat mengetahui prestasi anak-anak mereka, malah ianya dapat juga sebagai satu wadah perbincangan kea rah penambahbaikan atau usaha yang boleh dilakukan untuk membantu murid-murid Berkeperluan Pendidikan Khas ini.
Ibu bapa menunggu giliran untuk berjumpa dengan Guru Ibubapa mengisi borang pendaftaran
Perbincangan diantara guru, ibu bapa dan murid
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri dan Pelancaran Program Senergi Dakwah JPWPL 2023
Labuan, 14 Februari : Seramai 68 orang murid daripada 17 buah sekolah rendah di wilayah ini diraikan dalam Majlis Khatam Al Quran Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Masjid Kg Sungai Bedaun.
Majis Khatam Al-Quran merupakan satu program khusus untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid sekolah yang telah berjaya mengkhatamkan al-Quran sebelum melangkah ke alam persekolahan menengah.
Majlis seumpama ini adalah sebagai suatu sokongan dan motivasi untuk mendidik dan membudayakan generasi muda di peringkat awal persekolahan khasnya untuk terus berusaha menguasai dan mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran serta menghayati, memahami isi kandungan al-Quran.
Rakam kenangan: Peserta Khatam AL Quran merakamkan kenangan bersama Pengarah Pendidikan dan tetamu yang hadir.
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) Encik Yusup Haji Mohamad dalam ucapan perasmiannya mengajak semua murid agar terus istiqamah dalam mempelajari dan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan seharian.
“Saya percaya, penganjuran majlis ini bukan sekadar untuk meraikan kejayaan 221 murid tahun 6 yang khatam Al-Quran di wilayah, tetapi apa yang paling penting ialah mesej yang hendak disampaikan yang terkandung dalam al-Quran iaitu motivasi diri agar lebih maju dan berjaya dalam kehidupan”.
“Mulai tahun depan kita minta ustaz ustazah di semua sekolah dapat memastikan semua murid dapat membaca Al-Quran semasa di tahun tiga. Bagi murid tahun 4, saya minta sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, anak-anak ini membaca Al-Quran satu muka surat sahaja setiap hari”. katanya lagi.
Tersusun rapi: Peserta khatam al quran begitu tekun memperdengarkan bacaan beramai-ramai.Khusyuk : Encik Yusup (tengah) bersama para tetamu mendengar bacaan peserta khatam
Beliau turut tertarik dengan slogan “Adab Dahulu Baru Ilmu” kerana katanya untuk melahirkan insan yang berilmu, perlu didahului dengan adab. Ini dapat direalisasikan dengan kerjasama semua pihak dalam pembinaan jati diri murid disamping menerapkan ilmu seperti yang kita laksanakan pada hari ini.
Pelancaran Program Sinergi Dakwah Peringkat Jabatan turut diadakan dalam majlis tersebut. Antara aktivitinya ialah Tafaquh Fiddin setiap pagi Jumaat, sambutan hari kebesaran Islam, Ihya’ Ramadan, Ziarah Ramadan, Korban Berkelompok.
Pelancaran: Encik Yusup melancarkan Sinergi Dakwah Peringkat jabatan
Hadir dalam majlis itu, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Puan Noraini Sabudin, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Puan Kamariah Salim, Yang Di-pertua Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan W.P. Labuan Puan Dg Sarifah A.Mahmod, Pengerusi Masjid Kampung Sungai Bedaun Tuan Hj Mingu Hj Matnoh, Guru Besar SK Kerupang Puan Hajah Aini Salleh, Guru Besar SK Rancha-Rancha Encik Jaafar Matusin, Guru Besar SK Pekan Dua Encik Abdul Rahman Salim dan Pegawai-pegawai JPWPL.
Berita Oleh : Sektor Pendidikan Islam
Encik Yusup menyampaikan sijil penyertaan kepada ustaz Muhammad Fakhrurrazi daripada SK Lubuk TemiangTuan Hj Mingu menerima sijil dan cenderamata daripada Encik YusupKemas tersusun: Peserta khatam bergambar kenangan bersama tn pengarah dan tetamu jemputanPara tetamu menunjukkan buku khatam yang disediakan oleh urus setia