Program Pengantarabangsaan SMK Lajau Wilayah Persekutuan Labuan Ke Negara Brunei Darussalam

BRUNEI – Seramai 44 orang warga Program Pendidikan Khas Intergrasi SMK Lajau Wilayah Persekutan Labuan menyertai Program Pengantarabangsaan ke negara Brunei Darussalam selama 4 hari bermula 31 Julai dan berakhir pada 3 Ogos.

Rombongan yang terdiri daripada 13 orang guru, 3 orang Pembantu Pengurusan Murid, dan 28 orang murid  diketuai oleh Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin Abd Latip.

Sepanjang program lawatan ini, pelbagai aktiviti telah disusun antaranya mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas iaitu Sekolah Menengah Menglait.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan berkongsi pengalaman berkaitan dengan Program Pendidikan Khas di sekolah tersebut. Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin Abd Latip berkata, antara objektif program pengantarabangsaan itu bertujuan untuk menimba pengalaman dan pengetahuan baru yang membolehkan SMK Lajau menjadi lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.

Warga SM Menglait bergambar bersama rombongan SMK Lajau

Selain itu ia membolehkan para pelajar dan guru berpeluang berinteraksi secara efektif dan produktif bersama rakan-rakan dari latar belakang yang berbeza. Katanya dalam ucapan balas pada majlis resepsi meraikan peserta rombongan yang tiba di Sekolah Menengah Menglait, Negara Brunei Darussalam.

Selain mengadakan lawatan ke sekolah, rombongan itu juga tidak melepaskan peluang untuk melawat beberapa tempat yang menarik seperti  Muzium Maritim Brunei,  Muzium Teknologi Melayu, Rimba Garden Central, dan Muzim Alat Kebesaran Diraja yang mempamerkan pelbagai alatan sejarah diraja Negara Brunei.

Pada sebelah malam pula, ahli rombongan menerima undangan ke Restoran C’Dah Seafort & Grill dan diminta untuk membuat persembahan Angklong. Mereka telah menunjukkan bakat mereka dalam bermain alat muzik Angklung di hadapan pelanggan C’DAH Seafood & Grill sambil menikmati jamuan makan malam.

 

Pelajar Pendidikan Khas SMK Lajau membuat persembahan angklung di hadapan warga SM Menglait

Pengunjung-pengunjung terhibur dengan persembahan mereka. Mohd Jamatin berkata, apabila pelajar-pelajar membuat persembahan di khalayak ramai, secara tidak lansung ia akan menanamkan rasa keyakinan diri dalam setiap pelajar seseuai dengan salah satu objektif lawatan pengantarabangsaan permainan Anglung pelajar-pelajar PPKI SMK Lajau. Lawatan ke sekolah ini mendapat liputan berita dari Radio Televisyen Brunei Darussalam, termasuklah membuat rakaman penuh persembahan Anglung pelajar-pelajar PPKI  SMK Lajau.

Turut serta dalam rombongan ini ialah Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Noraini Hj Sabudin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Jasmi Sabtu, Pengarah Projek Encik Mohd Fizree Zakaria, Pengurus Keselamatan Encik Mohd Aminuddin Fahmi Mohd Zahari, Pengurus Penginapan Encik Muhd Zuraihi Razali, Encik Muhammad Ashrah Mat Yuti, Puan Rata Anak Lutau, Pn Juliana Jamrin, Pn Zurinah hj Daud, Pn Sadiah Jakob, Cik Noordiana Abdul Karim, Cik Maslinah Mohammad, Pn Herlina Alimuddin, cik Rita Jamin dan Cik Noorsalbinah Salleh. Rombongan SMK Lajau disambut oleh pengetua Sekolah Menengah Menglait Tuan hj Osman Rajab, Timbalan Pengetua Pentadbiran Puan Hjh Khadijah Awang Hj Mohd Salleh, Timbalan Pengetua Akademik  Puan Dayangku Aminatun Farida Pg Hj Mohd Ali dan warga sekolah SM Menglait.

Kanan : Tuan Hj Osman Rajab, pengetua SM Menglait menyampaikan cenderakenangan kepada Encik Mohd Jamatin, disaksikan oleh Encik Jasmi Sabtu dan Tuan Hj Awang Ali Yusri bin Abd Ghafor, Pegawai Kementerian Pendidikan Negera Brunei.

 

 

 

 

 

 




SM Sains Labuan Juara Pertandingan Memasak Chef Remaja Sekolah Menengah Peringkat Negeri W.P Labuan Tahun 2018

Labuan,11 Ogos – SM Sains Labuan telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Memasak Chef Remaja Sekolah Menengah Peringkat Negeri W.P Labuan Tahun 2018 yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri. Penaja Rasmi pertandingan ini ialah dari Syarikat Nestle Product Sdn Bhd.

Majlis penutup pertandingan telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pendidikan W.P Labuan Raisin bin Saidin, dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa

Matlamat utama pertandingan ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang berbakat dalam bidang kulinari. Program ini juga merupakan program tahunan Kementerian sebagai usaha untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang masakan

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan :

  • Juara = SM Sains Labuan
  • Naib Juara = SMK Pantai IBWS
  • Ketiga = SMK Mutiara

Juara : SM Sains Labuan

SM Sains telah dinobatkan sebagai juara setelah menyediakan dua sajian yang menarik dan memukau pihak juri iaitu :

  1. Peringkat Pertama = Masakan Tema : Nasi Lobak Bersayur, ayam berempah & kerabu sotong
  2. Peringkat Kedua = ‘Mystery Cooking Challenge’ Nama Resipi: Ayam Rangup Maggi

SM Sains akan mewakili Labuan ke peringkat Kebangsaan 2018 yang akan diadakan pada 29-31 Okt 2018 di Kedah.




SMK Rancha-Rancha Sekolah Pertama di Labuan Miliki Radio Sekolah

Labuan, 8 Ogos – SMK Rancha-Rancha melakar sejarah dengan melancarkan stesyen radio yang dikenali sebagai Rancha’s FM 107.5Mhz, sekolah pertama di Labuan yang memiliki radio sekolah.

Pengetua SMK Rancha-Rancha, Encik Omar Baki Matusin menzahirkan rasa syukur kerana projek ini dapat dilaksanakan dengan hasil kerja keras dari guru-guru serta para pelajar sekolah.

Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Rancha-Rancha, terutama Guru Perpustakaan dan Media, Encik Sapri Idris dan Juruteknik Komputer, Encik Mohd Nuzhul bin Mat.

Menurutnya, SMK Rancha-Rancha telah membina sebuah bilik konti yang memudahkan Rancha’s FM 107.5Mhz bersiaran secara langsung dan uniknya ianya dikendalikan sendiri oleh para pelajar dengan bimbingan guru-guru.

Secara tidak langsung, projek ini dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat pelajar dalam dunia kerjaya yang melibatkan bidang penyiaran termasuklah juruhebah, wartawan, editor, juruteknik, penceramah dan pelakon.

Sudah tentunya projek ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan kualiti komunikasi pelajar.

SMK Rancha-Rancha juga bertindak progresif dengan membuat kolaborasi perjanjian persefahaman antara sekolah dan Radio Malaysia Labuan.

Deejay Radio Sekolah ketika mengendalikan Siaran Rancha’s FM 107.5Mhz eksklusif bersama Pengarah Encik Raisin Saidin dan Pengetua SMK Rancha-Rancha, Encik Omar Baki Matusin

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Raisin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan di Pusat Sumber SMK Rancha-Rancha, hari ini.

Encik Raisin Saidin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya merealisasikan penubuhan Stesen Radio Rancha’s FM 017.5Mhz.

Tambahnya lagi projek ini menggunakan Spektrum Frekuensi Radio berjenis Frequency Modulation ( FM )  dan jarang-jarang dibuat oleh sekolah-sekolah di Malaysia.

Kewujudan stesyen radio ini diharapkan akan menyebarkan maklumat terkini berkaitan pembelajaran, aktiviti sekolah dan komuniti setempat. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu menjadikan radio sekolah ini  salah satu medium penting untuk menarik minat pelajar dan orang luar terhadap sekolah.

Hebahan maklumat yang menarik dan menghiburkan melalui radio secara langsung dapat memberi publisiti kepada sekolah.

Sesungguhnya penubuhan Stesen Radio Rancha’s FM 017.5Mhz merupakan suatu usaha dan kreativiti SMK Rancha-Rancha yang sangat membanggakan.

Syabas dan Tahniah diucapkan !

Encik Raisin Saidin dan Encik Omar Baki bersama tetamu yang hadir dihadapan konti Rancha’s FM 107.5Mhz




Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-61, Sayangi Malaysiaku Peringkat SK Sungai Bedaun

Labuan,06 Ogos (Isnin) – SK Sungai Bedaun telah melancarkan Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah sewaktu perhimpunan pagi yang telah dikelolai oleh Panitia Sejarah. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Puan Dg. Sarifah binti A.Mahmod, Guru Besar SK Sungai Bedaun W.P.Labuan.

Majlis Pelancaran ini, melibatkan seluruh warga SK Sungai Bedaun, murid-murid dan guru-guru. Murid seawal usia 5 Tahun juga turut bersama-sama mengibarkan bendera bagi merasai semangat kemerdekaan. Seluruh warga SK Sungai Bedaun telah menyanyikan lagu tema sambutan kemerdekaan ke-61 dan beberapa buah lagu patriotik dalam pelancaran bulan kemerdekaan.

Murid Prasekolah turut bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan, mewarna bendera Malaysia, melukis poster merdeka, nyanyian lagu patriotik, pakaian beragam tema merdeka, pertandingan teka silang kata, pertandingan sajak, pameran dan kibaran bendera sepanjang bulan Ogos hingga September.

Diharapkan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat meningkatkan semangat cintakan Malaysia dalam kalangan warga SKSB.

Semua Guru bersama-sama menjayakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Sungai Bedaun, WPLabuan




Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan menjuarai acara Bola Jaring Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Zon Selatan Negeri Sabah

Labuan, 4 Ogos – Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan telah menjuarai acara Bola Jaring Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Zon Selatan Negeri Sabah anjuran SMK Pengiran Omar, Sipitang, Sabah.

Pada peringkat kumpulan, SMK Labuan telah menewaskan SMK Beaufort II (14-2), SMK Merapok (26-2) dan SMK Pengiran Omar (24-1).Keputusan separuh akhir, SMK Labuan mengalahkan SMK Beaufort II dengan 32-1.

SMK Labuan telah memenangi perlawanan akhir dan dinobatkan sebagai johan dengan menewaskan SMK Beaufort dengan keputusan 27-1.

Manakala dalam pertandingan Catan Seni Visual, SMK Labuan juga telah muncul sebagai johan dan tempat ketiga. Johan dimenangi oleh Nurhidayah Ismail dan tempat ketiga Dean Delaina D. Ejoh.

Acara Bola Tampar pula menduduki tempat ke-dua dan Futsal mendapat tempat ke-empat.

Sekolah yang terlibat dalam karnival sukan tingkatan enam ini termasuk SMK Labuan, SMK Kinarut, SMK Beaufort, SMK Weston, SMK Beaufort II, SMK Pengiran Omar, SMK Merapok dan SMK Majakir.

Majlis  Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Hj Yusof bin Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah.

Pengetua SMK Labuan mengucapkan terima kasih kepada PIBG SMK Labuan dan Koperasi SMK Labuan Berhad kerana membiayai sebahagian kos penyertaan kontinjen SMK Labuan.

Terima kasih juga atas kerjasama Unit Sukan JPWPL dan sokongan para ibu bapa. Setiap Murid SMK Labuan Bernilai.

Nurhidayah, Johan Catan Seni Visual menerima Sijil daripada YB Datuk Dr Hj Yusof




SK Sungai Bedaun Muncul Johan Pertandingan Bicara Berirama 2018

Labuan, 04 Ogos (Sabtu) – SK Sungai Bedaun Muncul Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2018.

Paling manis, kejayaan ini tercipta di laman sendiri iaitu di Dewan Permata SK Sungai Bedaun, selaku tuan rumah Pertandingan Bicara Berirama bagi tahun 2018.

Majlis berlangsung dengan meriah melibatkan 12 Sekolah Rendah di Wilayah Persekutuan Labuan dan setiap pasukan diwakili oleh 31 orang murid.

SK Sungai bedaun telah membuat persiapan dan persediaan sehabis baik yang diketuai oleh  Guru Besar, Puan Dg. Sarifah binti A.Mahmod bagi memastikan pertandingan berlangsung dengan jayanya.

Menurut Pegawai Teknikal pertandingan, Encik Mohd Radzi berkata “Inilah penyertaan paling meriah berbanding pertandingan-pertandingan sebelum ini”.

Persembahan Bicara Berirama daripada Murid-Murid SK Sungai Bedaun

Sekolah-sekolah yang telah menyertai dan membuat persembahan menarik ialah SK Tanjung Aru, SKK SK Rancha-Rancha, SK Layang-Layangan, SK Pantai, SK Bukit Kalam, SK Bebuloh, SK Sungai Bedaun, SK Kerupang, SJKC Chi Wen, SJKC Chung Hwa, SK Pekan Satu, dan SK Membedai.

Sementara itu, Puan Dg Sarifah menyifatkan kemenangan ini sebagai kejayaan berganda bagi SK Sungai Bedaun selaku tuan rumah dan muncul sebagai Johan Pertandingan Bicara Berirama 2018.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan murid yang telah bersungguh-sungguh berlatih untuk membuat persembahan dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri pada tahun ini.

SK Kerupang telah diistiharkan sebagai naib johan dan tempat ketiga menjadi milik SKK SK Rancha-Rancha.

Bagi Kategori Skrip Terbaik, Tempat Pertama SK Kerupang, Tempat Kedua SJKC Chi Wen, dan SK Sungai Bedaun mendapat Tempat Ketiga.

Konduktor Terbaik pula diberikan kepada Adik Mac Frederon Feridlee Dilon dari SJKC Chi Wen.

Konduktor Terbaik, Adik Mac Frederon Feridlee Dilon dari SJKC Chi Wen

Sebelum majlis penyampaian hadiah, ketua hakim Encik Yahya Bin Burhanuddin telah memberi ulasan dan komentar untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Antara isi penting dalam ulasan beliau, penulisan skrip perlu lebih ilmiah, penggunaan tanda baca perlu dititikberatkan. Dari segi persembahan, kesepaduan dan keseragaman suara serta pergerakan mempengaruhi markah. Manakala pemarkahan untuk penilaian konduktor, konduktor perlu menghayati skrip dan dapat memimpin pasukan dengan cemerlang.

JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 2018 (Guru Besar Pn Dg. Sarifah binti A.Mahmod, bersama guru-guru dan AKP) SK Sungai Bedaun, WP Labuan.

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah disempurnakan oleh Encik Asbola @ Hasbollah bin Amit (Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, JPWPL). Turut hadir Encik Subari bin Dwar (ketua Unit Kokurikulum, JPWPL), Guru Besar-Guru Besar Sekolah-sekolah di WPLabuan.

 




Program Pemantapan Jayaris Murid Tahun 6 SK Pekan Satu WP Labuan

Labuan,5 Ogos 2018 – Program khas Tahun 6 diadakan dibawah anjuran Unit Kurikulum Dan Unit Hal Ehwal Murid SK Pekan Satu WP Labuan dengan kerjasama PIBG sekolah. Program ini diadakan adalah untuk menyampaikan progres kemenjadian murid Tahun 6 dari segi akademik dan kebimbangan terhadap isu-isu melibatkan sahsiah murid-murid kepada waris mereka. Program yang diadakan di Dewan SK Pekan Satu dihadiri oleh Pn. Zaliha Mohd Salleh , Penolong Pengarah JP WP Labuan , Pn. Anita Shyamini Azman, Guru Besar SK Pekan Satu dan En Mamduh Bin Zakaria, YDP PIBG SK Pekan Satu. Turut hadir , Shawal Abdul Rahman,  Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Pekan Satu, WP Labuan , Pn Noorlihan Binti Abdul Alip , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,  SK Pekan Satu ,Pn.  Zailiana Zainol, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Pekan Satu serta guru-guru Tahun 6 dan ibubapa .

Program yang dijalankan ini diisi dengan  Taklimat Pencapaian Prestasi Murid Tahun 6 : Ujian Sumatif 1, Ujian Sumatif 2 (Peperiksaan Pertengahan Tahun) dan Ujian Pra UPSR 1) oleh Guru Besar,Pn Anita Shyamini S Azman .Taklimat tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibubapa mengenai perkembangan anak-anak murid dalam subjek.

Selain itu , Ceramah Motivasi Keibubapaan yang disampaikan oleh En.  Zaki Bin Talib,  Kaunselor Pelajar,  SMK Labuan. Ceramh dijalankan dengan tujuan sebagai panduan kepada ibubapa cara membantu anak- anak mereka untuk menapai kecemerlangan  dalam peperiksaan .

 

Secara keseluruhan, program dapat dijalankan dengan baik atas wujudnya kerjasama yang diberikan oleh para ibubapa yang hadir . Pn Anita Syamini S Azman menyatakan dalam ucapan beliau

kerjasama dan sokongan daripada waris / ibu bapa murid Tahun 6 amat diperlukan bagi menjamin kemenjadian murid berada di landasan yang betul.” katanya .

 




Nurshyuhada Balqis, SK Lubok Temiang Naib Johan Bercerita Kisah-Kisah Al-Quran MTQSS Peringkat Kebangsaan 2018

Labuan – Adik Nurshyuhada Balqis binti Amir dari SK Lubok Temiang muncul naib johan Bercerita Sekolah Rendah kategori perempuan pada Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah- Sekolah (MTQSS) , Kementerian Pendidikan Malaysia, Peringkat Kebangsaan Ke-44 Tahun 2018/1439H.

Johan telah dimenangi oleh peserta dari negeri Pahang dan peserta dari Negeri Sembilan mendapat tempat ke-3.

Pertandingan berlangsung pada 29 Julai 2018 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor.

Kejayaan ini merupakan kejayaan kali ke-2 buat SK Lubok Temiang dalam MTQSS Peringkat Kebangsaan. Sebelum ini, pada tahun 2016, adik Siti Nurafiqah Zamri juga telah diistiharkan sebagai naib johan bercerita kisah-kisah Al-Quran MTQSS Kebangsaan kali ke-42.

Syabas, Tahniah diucapkan kepada adik Nurshyuhada Balqis dan warga SK Lubok Temiang terutamanya kepada Jurulatih Ustazah Rini Othman yang melatih dan mengasah bakat murid ini hingga berjaya di peringkat kebangsaan.

Kemenjadian dan Kecemerlangan Murid Bermula di Sini.

Adik Nurshyuhada Balqis bersama sijil dan Piala Kemenangan

 

 




Rafieq Rafizie, SMK Labuan Johan Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA) 2018

Labuan – Peserta dari SMK Labuan, Rafieq Rafizie Nur Sha S. Roslee telah dinobatkan sebagai johan pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (Cakna) 2018 yang berlangsung pada 26 Julai 2018 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan negeri, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Naib Johan disandang oleh Nasaruddin Mohd. Shukri dari Kolej Sultan Abdul Hamid (Kedah) dan tempat ketiga dimenangi oleh Muaz Syakir Ahmad Shaarani, SMK Sentosa (Perak).

Sebanyak 16 pasukan dari 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan termasuk Labuan menyertai pertandingan itu.

Kejayaan Rafieq  yang ditemani Guru Pengiring Cikgu Siow May Yun membawa pulang sijil dan wang tunai RM1,700.

Pengetua  SMK Labuan mengucapkan tahniah dan sekalung penghargaan kepada Rafieq yang telah mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Labuan dan SMK Labuan khususnya.

Tahniah dan syabas kepada Rafieq yang mendapat bimbingan gurunya cikgu Siow May Yun. Terima kasih juga buat keluarga Rafieq yang sentiasa memberikan sokongan moral sehingga mampu muncul johan di peringkat kebangsaan. katanya.

Pertandingan itu dikelolakan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM dan Cyber Security Malaysia (CSM).

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Zaidi Yazid.

Rafieq Rafizie bersama Cikgu Siow May Yun




Murid Sk Rancha-Rancha dan Sk Kerupang Johan Pertandingan Bercerita Peringkat Kebangsaan 2018 di SK Pekan Satu

Labuan, 26 Julai – Pertandingan bercerita Peringkat Negeri telah diadakan dan SK Pekan Satu telah terpilih sekali lagi untuk menjadi tuan rumah . Pertandingan yang berlansung di Dewan SKPS berjalan dengan lancar sekali . Pertandingan bercerita tersebut terbahagi kepada Tahap 1 dan Tahap .

Seramai 17 orang perserta daripada Tahap 2 serta 15 peserta daripada Tahap 1 dari seluruh sekolah rendah W.P Labuan pertandingan bercerita ini yang bertujuan memberi ruang dan peluang kepada murid mengetengahkan bakat, kemahiran serta pengetahuan dalam acara yang mereka sertai.

Untuk Tahap 1 , Adik Muhammad Azizan b. Md Azman dari sekolah SK Rancha-Rancha telah muncul sebagai Johan Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri 2018 .Naib Johan telah diberi kepada adik Nur Arissa Ariana bt Azrul Rizhan dari Sekolah Kebangsaan Kerupang dan Tempat ketiga jatuh kepada adik Ahmad Afham Iman b. Azrul Rizhan dari Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.

Manakala Tahap 2 pula , adik Nur Waheeda bt Mohd Rizal  dari Sekolah Kebangsaan Kerupang telah berjaya memegang gelaran Johan . Naib Johan telah diberi kepada adik Hana Maisarah bt Ruslan dari SK Rancha-Rancha  dan tempat ketiga ialah adik Alyaa Nourelle dari SJK(C) Chung Hwa .

Turut hadir , En Hasbolah bin Amit , Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian serta, Encik Subari Dwar, Ketua Unit Ko-Kurikulum. Encik Subari Dwar memberi ucapan ringkas atas bakat peserta dan usaha para guru-guru yang bersusah-payah melatih anak murid mereka .

Terima kasih kepada semua guru, pihak sekolah dan ibu bapa yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap aktiviti yang disertai. Ini selari dengan kehendak kementerian yang mahukan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dalam bahagian Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum melibatkan semua murid. Ini selari dengan kehendak kementerian yang mahukan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dalam bahagian Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum melibatkan semua murid” katanya .