Labuan, 17 Oktober 2025 – Delegasi Jawatankuasa Darul Kifayah dan Dar Assaadah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diketuai oleh Profesor Datin Dr. Rusni Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Darul Kifayah dan Dar Assaadah MAIWP meneruskan siri lawatan kerja ke Labuan dengan mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Β
Ketibaan delegasi disambut mesra YBhg. En. Yahya Ahmad Puteh, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Kunjungan ini bertujuan mengukuhkan hubungan strategik serta membincangkan potensi kerjasama dalam aspek pendidikan, pembangunan sahsiah dan kebajikan pelajar, khususnya melibatkan anak-anak asnaf dan anak- anak yatim di bawah kelolaan MAIWP.
Β
Melalui jalinan kerjasama ini, MAIWP berharap dapat memperkukuh sinergi bersama pihak Jabatan Pendidikan bagi memperluas peluang pendidikan berkualiti serta melahirkan generasi pelajar asnaf yang berdaya saing, berakhlak mulia dan berilmu tinggi selaras dengan aspirasi pembangunan ummah.
Sumber Berita : FB Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan – MAIWP
Kem Pemantapan Adab dan Nilai WP Labuan: Bina Sahsiah Generasi Rabbani
LABUAN, 25 Oktober 2025 β Kem Pemantapan Adab dan Nilai Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melabuhkan tirainya petang tadi.
Β
Program selama dua hari yang berlangsung di Pusat Kokurikulum Negeri, Ganggarak ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan seperti Slot Taβaruf dan Ice Breaking, Slot Kerohanian dan Tazkirah, Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Slot Ceramah Kepimpinan Rabbani, Slot Riadah, serta Slot Khidmat Diri dan Gotong-Royong.
Β
Seramai 189 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah seluruh Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai kem berkenaan.
Β
Program ini telah dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan Lubuk Temiang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun, dengan bimbingan Ustaz Syahnon bin Othman, Penolong Pengarah Unit Adab dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Β
Seramai lapan orang jurulatih dakwah turut terlibat sebagai fasilitator dan pengendali slot aktiviti sepanjang kem ini berlangsung bagi memastikan setiap peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna, menyeronokkan dan membina keperibadian unggul.
Β
Penganjuran kem ini bertujuan membentuk karakter murid yang berakhlak mulia, berdisiplin tinggi serta beradab dalam setiap tindakan, selaras dengan matlamat melahirkan generasi rabbani yang berjiwa pemimpin serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Β
Majlis penutupan rasmi kem ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Ustazah Kamariah Salim. Turut hadir ialah Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun, Puan Norazita binti Md Nor @ Shamsuri, Guru Besar SK Lubuk Temiang, Puan Faridah binti Abdul Rahman, serta Ketua Unit Pembangunan Asnaf MAIWP Labuan, Encik Mohd Syukur bin Norfini.
Β
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MAIWP atas kerjasama erat serta sumbangan yang diberikan dalam menjayakan penganjuran kem ini.
Β
Kem ini diharap menjadi wadah terbaik dalam memperkukuh nilai-nilai murni, jati diri dan semangat kepimpinan dalam kalangan murid, seiring dengan aspirasi pendidikan Islam dalam membentuk insan berakhlak, beradab dan berperibadi unggul.
KARNIVAL BAKAT SUKAN GABUNGAN TADIKA SWASTA LABUAN 2025
Labuan, 25 Oktober 2025 β Karnival Bakat Sukan Gabungan Tadika Swasta Labuan 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah bermula seawal jam 7.00 pagi bertempat di Dewan Tadika Chung Hwa, Wilayah Persekutuan Labuan. Program tahunan ini menghimpunkan 15 buah tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai platform mencungkil bakat dan potensi sukan dalam kalangan kanak-kanak tadika.
Dengan mengetengahkan tema βBakat Cilik, Semangat Besarβ,bertepatan dengan roh dan matlamat karnival ini. Tema ini turut mencerminkan bahawa walaupun anak-anak ini masih kecil tetapi semangat yang dipamerkan begitu luar biasa. Peserta cilik ini menunjukkan keberanian untuk mencuba, keyakinan untuk bersaing dan kesungguhan untukΒ berjuang. Semua ini mencerminkan jiwa besar yang wajar kita banggakan.
Penganjuran karnival ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, membina jati diri serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak tadika. Selain itu, program ini turut menjadi wadah memperkukuh hubungan silaturahim antara guru, ibu bapa dan komuniti setempat.
Acara pada tahun ini menampilkan duaΒ sukan utama iaitu Futsal dan Bola Jaring, yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada semua tadika yang mengambil bahagian. Suasana karnival diserikan dengan sorakan penuh semangat serta penyertaan aktif para peserta cilik yang menunjukkan kesungguhan dan bakat luar biasa.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Noraini binti Sabudin, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, yang hadir mewakili Pengarah Pendidikan W.P. Labuan. Dalam ucapan perasmian beliau, Pn. Noraini menegaskan bahawa penyertaan awal kanak-kanak dalam aktiviti kesukanan mampu membentuk generasi muda yang cergas, berdisiplin dan berdaya saing, sejajar dengan aspirasi pendidikan holistik yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Pendidikan W.P.Labuan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasihΒ kepada pihak MAIWP atas Kerjasama erat serta sumbanganΒ yang diberikan dalam menjayakan penganjuran karnival ini.
Turut hadir memeriahkan karnival ialah Tn. Haji Sawal bin Haji Salleh, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan; En. Mohd. Radzaleih bin Matusin, Timbalan Pengurus Operasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (MAIWP); Pn. Noriha binti Yakub, Pengerusi Gabungan Tadika Swasta Labuan; Pn. Zaliha binti Mohd. Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan; serta Mr. Tan Tze Chuan, Pengerusi Tadika Chung Hwa.
Kehadiran ibu bapa dan penjaga murid-murid tadika turut menyerikan lagi suasana karnival, dengan sokongan padu dan sorakan semangat kepada anak-anak yang bertanding. Penglibatan mereka membuktikan komitmen tinggi komuniti terhadap usaha melahirkan generasi muda yang sihat, berkeyakinan dan berdaya saing.
Β Keputusan Pertandingan
Pertandingan Futsal π₯Tempat Pertama: Tadika Chi Hwa π₯ Tempat Kedua: Tadika St. Anne π₯ Tempat Ketiga: Tadika Chung Hwa
Pertandingan Bola Jaring π₯ Tempat Pertama: Tadika Chung Hwa π₯ Tempat Kedua: Tadika Manja Ria π₯ Tempat Ketiga: Tadika St.Anne
Karnival ini dikendalikan oleh Pn. Zaleha binti Hassan, Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, dengan kerjasama erat daripada Guru Besar Β Gabungan Tadika Swasta yang menjadi tulang belakang kejayaan karnival ini.
Kejayaan penganjuran Karnival Bakat Sukan Β bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi wadah membina jati diri, menanam nilai hormat, dan memupuk semangat kesatuan dalam kalangan anak-anak. Apabila nilai-nilai ini disemai sejak usia muda, kita sebenarnya sedang membentuk generasi yang cergas tubuhnya, cerdas mindanya dan tinggi budi pekertinya.
KEM PEMERKASAAN JAWI KUKUHKAN KEMAHIRAN ASAS MURID SEKOLAH KPM
Labuan, 25 Oktober 2025 β Kem Pemerkasaan Jawi sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan SK Bebuloh.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas membaca dan menulis tulisan Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah.
Ia juga berperanan mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik melalui penglibatan aktif warga sekolah dalam aktiviti bertemakan tulisan Jawi.
Kem yang bermula pada jam 7.30 pagi itu telah disertai oleh seramai 195 orang murid dan guru dari pelbagai sekolah.
Kem ini dikendalikan oleh pasukan Jurulatih Utama Jawi negeri yang diketuai oleh Ustazah Dalilah Desa, dengan bantuan fasilitator daripada sekolah-sekolah terlibat.
Antara objektif utama kem ini ialah untuk meningkatkan penguasaan literasi Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah.
Disamping itu para guru dapat memberi bimbingan berkaitan kaedah pembelajaran Jawi yang berkesan melalui aktiviti interaktif. Ia sekaligus dapat membantu murid memahami kandungan kurikulum Pendidikan Islam serta mengintegrasikan tulisan Jawi dalam kehidupan seharian.
BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA SPM 2025 SEMARAKKAN SEMANGAT CALON SPM SMK RANCHA-RANCHA
LABUAN, 25 Oktober β Seramai 81 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha telah menyertai Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana SPM 2025 yang berlangsung dengan penuh tertib dan khusyuk di Masjid Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan pagi tadi.
Program anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMK Rancha-Rancha ini menjadi antara langkah persediaan terakhir bagi para calon SPM sebelum melangkah ke dewan peperiksaan sebenar. Ia bertujuan memperkukuh kekuatan rohani, emosi dan mental pelajar agar dapat menghadapi cabaran peperiksaan dengan tenang dan berkeyakinan tinggi.
Majlis dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan pelajar. Sesi pendaftaran serta penyerahan goodies kepada calon SPM berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni, menggambarkan sokongan padu komuniti sekolah terhadap kejayaan anak didik mereka.
Pentadbir, guru, ibu bapa dan murid yang menyertai program Solat Hajat Perdana SPM SMK Rancha-Rancha 2025
Seterusnya, bacaan surah Yaasin diketuai oleh Ustaz Mohd Daud bin Abd Rahman, diikuti dengan solat hajat berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Sahrum, Imam Masjid Sungai Bedaun. Doa yang dipanjatkan oleh seluruh warga sekolah dan ibu bapa diharap menjadi pemangkin kekuatan dalaman buat semua calon SPM agar dikurniakan kemudahan serta kejayaan cemerlang dalam peperiksaan kelak.
Selesai solat, para pelajar diberi suntikan semangat melalui slot motivasi bertajuk βKejayaan yang Dijanjikanβ yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Shafie bin Abdul Ghani. Dalam slot tersebut, beliau menekankan bahawa kejayaan adalah hasil usaha yang disertai doa, tawakal dan keikhlasan hati. Beliau turut mengingatkan pelajar bahawa setiap usaha yang dilakukan dengan niat yang betul pasti mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT
Dalam ucapan alu-aluan, Pengetua SMK Rancha-Rancha menzahirkan rasa syukur atas kelancaran program serta penghargaan kepada Panitia Pendidikan Islam, UBK, pihak masjid, guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama dalam memastikan kejayaan murid di semua peringkat.
Beliau menegaskan bahawa keberkatan ilmu dan restu kedua-dua ibu bapa merupakan tunjang utama kepada kejayaan pelajar. Menurut beliau, βKejayaan tidak hanya diukur melalui keputusan peperiksaan, tetapi juga melalui nilai-nilai murni yang tertanam dalam diri pelajar. Doa restu ibu bapa dan guru adalah antara rahsia besar di sebalik kecemerlangan sebenar.β
Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar semua calon SPM 2025 SMK Rancha-Rancha mempergunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya untuk membuat ulang kaji, memperkukuh kefahaman, dan mempersiapkan diri dari segi mental dan rohani.
Beliau menambah, βSaya berharap semua calon SPM tahun ini dapat menampilkan usaha terbaik, berdisiplin dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Semoga mereka mampu melakar keputusan cemerlang dan mengharumkan nama SMK Rancha-Rancha di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Kami seluruh warga sekolah akan terus mendoakan kejayaan mereka.β
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah motivasi sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah dan diakhiri dengan jamuan ringan sebelum bersurai sekitar jam 10.30 pagi.
Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara murid, guru dan ibu bapa, malah berjaya menyemai budaya keberkatan, penghayatan spiritual serta semangat perjuangan ilmu dalam kalangan calon SPM. Ia diharap menjadi titik tolak kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar SMK Rancha-Rancha, selaras dengan aspirasi sekolah dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berwawasan.
Berita Oleh : SMK Rancha-Rancha
Pengetua SMK Rancha-Rancha Ustaz Wan Azman bin Wan Awang
Lawatan Sambil Belajar SMK Bugaya Semporna Kukuhkan Jaringan Ilmu di SMK Rancha-Rancha
Labuan, 16 Oktober 2025 β Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Rancha-Rancha menerima kunjungan istimewa daripada rombongan pentadbir, guru dan pelajar SMK Bugaya, Semporna, Sabah dalam satu program Lawatan Sambil Belajar dan Perkongsian Ilmu Pengurusan PSS, yang berlangsung di sekolah tersebut pada pagi tadi.
Rombongan yang diketuai oleh Pengetua SMK Bugaya, Encik Johan bin Haji Okasa, disertai 10 orang guru dan 20 orang pelajar Tingkatan Enam, bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta berkongsi pengalaman berkenaan amalan terbaik dalam pengurusan pusat sumber sekolah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar SMK Rancha-Rancha, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SMK Rancha-Rancha, Cikgu Subari Dwar, yang mewakili pengetua sekolah. Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kehadiran rombongan dan berharap agar kunjungan ini menjadi wadah memperkukuh jalinan ilmu antara dua sekolah.
Program diteruskan dengan perkongsian ilmu oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SMK Rancha-Rancha, Cikgu Sapri Idris, yang menyampaikan taklimat mengenai pengurusan dan inovasi Pusat Sumber Sekolah. Turut sama berkongsi ialah Iskandar Dzulfikar Azizan, pelajar Tingkatan Dua merangkap pengawas PSS, yang membentangkan topik bertajuk Inovasi Pengurusan Buku di PSS SMK Rancha- Rancha.
Menurut Encik Johan dalam ulasannya, beliau amat kagum dengan kemenjadian murid dan sistem pengurusan PSS SMK Rancha-Rancha yang tersusun dan berkesan. Beliau turut menyifatkan perkongsian ini sebagai pengalaman berharga untuk dibawa pulang ke SMK Bugaya dalam usaha memperkukuh budaya membaca dan digitalisasi sumber ilmu di sekolah.
Perkongsian pengurusan pusat sumber cermerlang disampaikan oleh Cikgu Sapri Idris GPM SMK Rancha-RanchaPengetua SMK Bugaya Semporna Encik Johan bin Haji Okasa kagum dengan bakat dan kemenjadian pelajar SMK Rancha-Rancha
Rombongan kemudiannya dibawa melawat bilik-bilik khas di bawah PSS, termasuk bilik literasi, bilik inovasi dan ruang multimedia, sebelum majlis diakhiri dengan
penyampaian sijil penghargaan, pertukaran cenderamata dan sesi bergambar kenangan antara kedua-dua pihak.
Menurut Cikgu Sapri Idris, program seumpama ini bukan sahaja memperluas jaringan profesional antara sekolah, malah membuka peluang kepada pelajar untuk memperkaya kemahiran komunikasi dan kepimpinan melalui perkongsian ilmu secara langsung.
Program berakhir sekitar jam 11.00 pagi dengan suasana penuh mesra dan semangat kekitaan. Diharapkan jalinan antara SMK Rancha-Rancha dan SMK Bugaya ini akan terus subur demi kecemerlangan pendidikan dan pengurusan pusat sumber di kedua- dua sekolah.
Berita Oleh : SMK Rancha-Rancha
Wartawan Ranchas TV saudari Saffiyah berpeluang menemubual pengetua SMK Bugaya Semporna Encik Johan bin Haji OkasaPengawas pusat sumber saudara Iskandar Dzulfikar Azizan berkongsi kajian Tindakan Pengurusan PSS melalui Kad Tulang Buku.
KARNIVAL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI DAN INOVASI PENDIDIKAN MERIAH
Labuan, 11 Oktober 2025 – Ruang Legar Anggerik, Ujana Kewangan menjadi tumpuan warga pendidikan dan masyarakat setempat apabila Karnival Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi & Inovasi Pendidikan berlangsung dengan penuh meriah dan gemilang.
Β
Karnival yang julung kali dianjurkan di Wilayah Persekutuan Labuan ini menandakan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan nilai keimanan dengan matlamat membentuk insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Β
Acara dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan pertandingan mewarna melibatkan 31 orang anak-anak pra sekolah. Suasana bertambah meriah dengan aktiviti Jawi Challenge yang disertai oleh 25 orang murid sekolah rendah. Aktiviti ini dikendalikan oleh Munsyi Jawi Kebangsaan, Ustazah Dalilah Desa bersama para ustaz dari Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam. Selain memantapkan kemahiran jawi di kalangan murid-murid, ia turut berperanan memelihara warisan bahasa dan budaya Islam dalam kalangan generasi muda.
Β
Sepanjang karnival, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk pertandingan nasyid bertemakan hadis, pertandingan reruai Hadis 40 serta forum ilmiah yang memperkaya kefahaman pengunjung terhadap intipati Hadis 40 Imam Nawawi.
Β
Para pempamer dari sekolah-sekolah sekitar Labuan turut berkongsi inovasi dan amalan baik berasaskan biah hadis menjadikan karnival ini sebagai platform pembelajaran yang menyeluruh dan interaktif.
Β
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Yahya Ahmad Puteh. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pendidikan, Ketua Penolong Pengarah, para Pengetua dan Guru Besar, asatizah, murid-murid serta pengunjung di Kompleks Ujana Kewangan Labuan.
Β
Rakan strategik, Majlis Agama Islam WP Labuan turut menyumbang kemeriahan melalui kuiz interaktif yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Pusat Pungutan Zakat dan Bank Islam Malaysia Berhad turut hadir memeriahkan acara.
Β
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah bagi pelbagai pertandingan sempena karnival, antaranya:
β’ Dai Cilik
β’ Mimbar Daie
β’ Hafazan Hadis
β’ Nasyid
β’ Reruai Hadis 40
β’ TikTok Challenge
β’ Hadis 40@School
β’ Pertandingan Inovasi Pendidikan
Karnival ini membuktikan bahawa usaha bersepadu dan semangat setiakawan dalam kalangan warga pendidikan mampu melahirkan program berimpak tinggi yang menyuburkan budaya ilmu memperkukuh nilai dan membina generasi MADANI yang berilmu, beradab dan berjiwa ihsan.
Labuan, 10 Oktober 2025 – Satu sesi kunjung hormat telah berlangsung antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) di Bilik Mesyuarat Botanikal, JPWPL. Delegasi DBP diketuai oleh Puan Jennitah binti Noordin, Pengarah DBP Cawangan Sabah, diiringi Encik Ahmad Fazly bin Sahak, Ketua Unit Hal Ehwal Korporat DBP Cawangan Sabah.
Β
Perbincangan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) peringkat negeri di W.P. Labuan serta penyelarasan program DMK bagi tahun 2026, termasuk perancangan Galakan Penulisan Kreatif dalam kalangan murid dan pelaksanaan Program Majalah Dalam Kelas.
Β
Pihak DBP Cawangan Sabah menzahirkan komitmen untuk meneruskan kerjasama strategik bersama KPM dan JPWPL dalam memperkasa agenda DMK dan pemerkasaan budaya membaca murid di peringkat negeri. Sesi ini diharap dapat memperkukuh hubungan dua hala dan memperluas inisiatif pembudayaan membaca di sekolah-sekolah W.P. Labuan.
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SEMARAK MERDEKA LABUAN 2025
Labuan, 7 Oktober 2025 – Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan W.P. Labuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Semarak Merdeka Labuan 2025, yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 1 Oktober 2025 dan melabuhkan tirai dengan penuh semangat patriotisme pada 7 Oktober 2025 di Bilik Rafflesia, Ujana Kewangan Labuan yang telah dirasmikan oleh Ybrs En Yahya bin Ahmad Puteh, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan.
Β
Program ini menjadi wadah memupuk semangat cintakan negara, menggalakkan kreativiti digital, dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah melalui pelbagai pertandingan seperti:
β’ Pertandingan Bicara Tokoh Kenegaraan
β’ Pertandingan Penulisan Cerpen Patrtiotisme (Sekolah Menengah)
β’ Kuiz Semarak Merdeka Secara Talian
β’ Kuzi Semarak Merdeka Secara Bersemuka (Sekolah Rendah)
β’ Program Bermalam di Muzium (Sekolah Rendah)
β’ Pertandingan Video TV Pusat Sumber Sekolah (TVPSS) β βKeunikan & Keindahan W.P. Labuanβ
β’ Pertandingan Koleksi Setempat
Β
Rumusan Keputusan Pertandingan:
Terima kasih kepada sekolah yang menyertai pertandingan ini, Tahniah kepada
β’ Kategori Sekolah Menengah: SMK Labuan dengan 8 Kemenangan
β’ Kategori Sekolah Rendah: SK Patau-Patau dengan 8 kemenangan
Β
Setinggi-tinggi penghargaan kepada:
β’ Jabatan Muzium Labuan atas kerjasama utama dalam menjayakan pameran dan aktiviti berasaskan sejarah serta warisan tempatan.
β’ Jabatan Penerangan Labuan sebagai Juri bagi pertandingan Vlogging TVPSS.
β’ Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA sebagai Juri bagi pertandingan Penulisan Cerpen Patriotisme.
Β
SSTP Labuan juga menzahirkan ucapan tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing, serta sekolah-sekolah yang menunjukkan komitmen tinggi sepanjang program berlangsung.
βSemoga semangat kemerdekaan, literasi dan digitalisasi terus subur dalam kalangan warga pendidikan Labuan.β
Β
Jumpa kami lagi dalam edisi seterusnya tahun hadapan!
SHOWCASE KmR/PBL STEM BERSEPADU SEKOLAH DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Labuan, 3-4 Oktober 2025 – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dengan sukacitanya melaporkan kejayaan penganjuran Showcase Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) / Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) STEM Bersepadu di Kompleks Darul Kifayah, MAIWP Labuan.
Β
Program berprestij ini merupakan inisiatif kolaboratif yang kuat antara Sektor Pengurusan Sekolah dan Sektor Pembelajaran. Penghargaan istimewa turut dirakamkan kepada Sektor Pembangunan Murid atas sokongan padu yang diberikan, memastikan kelancaran dan kejayaan showcase ini.
Β
Showcase dua hari ini berjaya menghimpunkan penyertaan seramai 140 orang yang melibatkan 28 buah institusi pendidikan di Labuan, terdiri daripada 17 sekolah rendah, 10 sekolah menengah, dan Labuan International School. Ia menjadi platform utama bagi guru-guru dan murid-murid untuk mempamerkan produk inovasi dan penyelesaian masalah yang dihasilkan melalui pendekatan pembelajaran KmR/PBL.
Β
Kepentingan Utama KmR/PBL STEM dalam Pendidikan Showcase ini menegaskan komitmen berterusan terhadap transformasi pendidikan melalui pendekatan KmR/PBL STEM Bersepadu, yang penting untuk:
Melestarikan Pendidikan STEM: Memberikan murid peluang untuk mengalami dan menghayati pembelajaran kontekstual yang relevan dengan kehidupan harian, seterusnya meningkatkan minat dan kesedaran mereka terhadap bidang STEM.
Β
Meningkatkan Kemahiran Global: Pendekatan ini menggalakkan Pemikiran Kritis, Kreativiti, dan Penyelesaian Masalah dalam kalangan murid, melengkapkan mereka dengan kemahiran penting Abad ke-21 yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.
Β
Literasi dan Kolaborasi: KmR/PBL meningkatkan keberhasilan murid dalam literasi STEM dan memupuk semangat kerjasama (kolaborasi) dalam pasukan, iaitu aspek kritikal dalam dunia pekerjaan moden.
Tahniah diucapkan kepada semua sektor yang terlibat, sekolah-sekolah, guru pembimbing, dan para murid atas komitmen dan projek-projek inovatif yang cemerlang! Sama-sama kita terus memacu kecemerlangan pendidikan Labuan.