Kejohanan Badminton, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Piala Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan W.P Labuan
Kejohanan Badminton, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Piala Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah berlangsung pada 2 Disember 2023 bertempat di Dewan Cun Sekolah Kebangsaan Pekan 1 W.P Labuan.
Tujuan Kejohanan ini dilaksanakan adalah membudayakan amalan hidup sihat dengan aktiviti bersukan disamping merapatkan silaturahim dikalangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).
Seramai 4 pasukan telah bertanding dalam kejohanan ini. Peserta kumpulan adalah terdiri dari AKP sekolah rendah, Sekolah menengah, SM Sains, Kolej Vokasional dan juga AKP yang berada di Jabatan Pendidikan W.P Labuan. Pertandingan dijalankan adalah secara berpasukan iaitu 2 Regu Lelaki, 2 Regu Wanita dan 1 Regu Campuran bagi setiap pasukan. Johan bagi pertandingan ini adalah kumpulan 2, Naib Johan Kumpulan 1 dan Tempat Ketiga bersama ialah kumpulan 3 dan 4. Pengadil Kejohanan sepanjang kejohanan ini berlangsung ialah Mohamad Farris bin Ramli dan Arif Hasnan bin Abdul Aziz dari SK Patau-Patau W.P Labuan.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Ag Marten bin Datuk Hj Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPWP Labuan mewakili Pengarah Pendidikan.
Tahniah kepada Penyelaras Sukan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Encik Laidin bin Saipin dari (SK Patau-Patau) serta Penganjur Kejohanan bagi Kejohanan iaitu Encik Hamiedy bin Haruna (SM Sains) dan Encik Jcalso Brynn Joseph (Jabatan Pendidikan W.P Labuan)
Johan: Kumpulan 2
Naib Johan: Kumpulan 1
Ketiga: Kumpulan 3 & Kumpulan 4
Penyampaian Sijil kepada Pengadil Kejohanan
SMK MUTIARA PERKUKUHKAN KONSEP ABC MELALUI IBADAH
Disediakan oleh: Muhammad Izzuddin Bin Mahamad Nazeri
LABUAN, 2 November 2023: Seramai 126 orang murid pelajar kelas aliran agama (KAA) SSN SMK Mutiara telah menyertai Program Tafaqquh Qiyadi Syababul Marjan yang diadakan di Surau Al-Marjan selama dua hari. Program ini dijalankan pada 31 Oktober 2023 dan 2 November 2023 yang memfokuskan kepada pemantapan ibadah melalui ibadah solat dan bersuci. Idea pelaksanaan program ini dicetuskan oleh Encik Hisham Abdul Aziz, penolong kanan pentadbiran yang berpandangan bahawa konsep anak baik lagi cerdik (ABC) yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mampu dicapai sekiranya usaha itu dimulakan dengan pemantapan ibadah dan penghayatan karamah insaniah secara idealistik dan pragmatik. Beliau juga menegaskan bahawa usaha pelaksanaan program ini juga dapat memacu kredibiliti, kompetensi dan pembangunan profesionalisme dalam kalangan guru-guru baharu di sekolah.
Tambahan pula, Penyelaras Adab dan Nilai SSN SMK Mutiara merangkap penceramah bagi sesi taharah pula iaitu Ustaz Muhammad Izzuddin Mahamad Nazeri menekankan bahawa program Tafaqquh Qiyadi Syababul Marjan merupakan suatu usaha pembudayaan ilmu secara strategik yang berkonsepkan talaqqi musyafahah dan kaedah didik hibur bagi membentuk behaviorisme murid yang cintakan ilmu seterusnya membentuk generasi qudwah intelektualisme sejajar dengan aspirasi anak yang baik lagi cerdik. Justeru itu, program ini dikelolai oleh jawatankuasa Pembangunan Adab dan Nilai SSN SMK Mutiara bagi meningkatkan lagi aspirasi pembudayaan ilmu di peringkat sekolah.
Pada dasarnya konsep ABC bukan sekadar belajar di sekolah, murid-murid kini dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa hadapan. Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali menjelaskan beliau mendapat inspirasi mengenai konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” ini sewaktu memangku jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan. Pada ketika itu, beliau melihat kebanyakan pelajar menghadapi tekanan untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang. Ibu bapa dilihat sanggup memperuntukkan wang ringgit yang banyak untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik namun kurang memberi penekanan dalam usaha melahirkan anak-anak yang mempunyai sahsia yang baik. Intihanya, konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC) ini juga selari dengan 7 teras utama yang menjadi tunjang KPM, iaitu aspek “Karamah Insaniah” melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam diri seseorang pelajar.
Selanjutnnya, program Tafaqquh Qiyadi Syababul Marjan ini dimulakan dengan sesi pemantapan ibadah solat yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Fuad Ibrahim. Slot ini dilaksanakan secara teratur bagi memperbaiki kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid ketika melaksanakan ibadah solat. Beliau juga menekankan rukun-rukun solat yang seringkali menjadi kesalahan umum yang berlaku di Malaysia misalnya kesalahan menyebut huruf melalui makhraj dan sifat huruf tersebut. Tegasnya, kepentingan solat dalam kehidupan merupakan peluang untuk kita berinteraksi dengan Allah dan membentuk kekuatan rohani dalam diri murid.
Pada hari berikutnya, Program Tafaqquh Qiyadi Syababul Marjan diteruskan pula dengan sesi pemantapan ilmu taharah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Izzuddin Mahamad Nazeri. Sesi ini disampaikan secara sistematik dan dilaksanakan secara teori serta amali dengan berpandukan kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie. Sesi pengajian taharah ini dijalankan selama 7 jam bermula 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang. Antara intipati perbahasan yang difokuskan ialah konsep bersuci menurut islam, bab najis, bab istinjak, bab wudhu, bab mandi dan pelbagai lagi variasi ilmu yang dibincangkan bukan sahaja berasaskan Mazhab As-Syafie, bahkan ianya diperhalusi dengan pendekatan ilmu melalui empat mazhab utama yang turut melibatkan mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali. Murid-murid amat memberi fokus dan tumpuan sepanjang program berlangsung.
Di samping itu, Program Tafaqquh Qiyadi Syababul Marjan juga memberi penekanan kepada amalan zikir harian dan wirid selepas solat yang disampaikan oleh Ustaz Rizailan. Hal ini demikian kerana, penekanan kepada konsep ilmu tasawwuf misalnya Tazkiyatun Nafs dan Muraqabah akan menjadi pemangkin kepada pembentukan akhlak mahmudah seterusnya melahirkan generasi anak yang baik lagi cerdik. Penghayatan ibadah melalui zikir dan wirid ini merupakan suatu usaha yang bersifat syumul dan lengkap kerana setelah murid-murid ditekankan dengan konsep bersuci dan kaedah solat yang betul, mereka pula diterapkan dengan amalan zikir harian dan wirid selepas menunaikan solat.
Konklusinya, Program Tafaqquh Qiyadi Syababul Marjan telah berjaya dilaksanakan dalam usaha menjayakan aspirasi “Anak Yang Baik lagi Cerdik” yang sering diungkapkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali. Semoga dengan usaha kecil ini dapat menjadi titik pencetus kemenjadian murid-murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia di sekolah. Kerjasama yang jitu dan unggul antara guru-guru Pendidikan Islam dan barisan pentadbir sepanjang program ini berlangsung amatlah dihargai.
Sesi ceramah berkaitan Fiqh Solat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fuad Ibrahim, guru SSN SMK Mutiara.
Sesi ceramah berkaitan Fiqh Solat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fuad Ibrahim, guru SSN SMK Mutiara.
Sesi ceramah berkaitan Fiqh Solat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fuad Ibrahim, guru SSN SMK Mutiara.
Sesi penerangan tatacara mandi wajib dan berwhuduk yang disampaikan oleh Ustazah Fasihah dan Ustazah Hanani, guru Pendidikan Islam SSN SMK Mutiara.
Pelajar-pelajar SSN SMK Mutiara sedang menunaikan solat zohor secara berjemaah.
Pelajar-pelajar SSN SMK Mutiara sedang menunaikan solat zohor secara berjemaah.
Praktikal solat berjemaah sedang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Perempuan SSN SMK Mutiara.
Guru-guru Pendidikan Islam SSN SMK Mutiara sedang menjamu selera.
Encik Hisham Abdul Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran SSN SMK Mutiara sedang menerangkan tatacara mandi wajib yang betul kepada para pelajar.
Ustaz Izzuddin dan Encik Hisham sedang memantau praktikal wuduk dan mandi wajib yang dilaksanakan oleh pelajar.
Kejohanan Bola Tampar, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Piala Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan W.P Labuan
Kejohanan Bola Tampar, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Piala Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah berlangsung pada 18 November 2023 bertempat di Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung (GSTB) SK Bukit Kallam W.P Labuan.
Tujuan Kejohanan ini dilaksanakan adalah membudayakan amalan hidup sihat dengan aktiviti bersukan disamping merapatkan silaturahim dikalangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).
Seramai 6 pasukan telah bertanding dalam kejohanan ini iaitu D Alpha VT, Sapurata VT, Barkoba, Chickadees, Raduu VC dan Gorgon. Peserta disetiap kumpulan adalah terdiri dari AKP sekolah rendah, Sekolah menengah, SM Sains, Kolej Vokasional dan juga AKP yang berada di Jabatan Pendidikan W.P Labuan.
Johan bagi Pertandingan ini adalah kumpulan Sapurata VT, Naib Johan kumpulan D Alpha VT dan Tempat Ketiga adalah kumpulan Gorgon, Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Ag Marten bin Datuk Hj Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPWP Labuan mewakili Pengarah Pendidikan. Turut hadir di Kejohanan ini adalah Encik Ismail bin Mohd Yaakub, Pegawai Akauntan, Sektor Pengurusan JPWP Labuan.
Tahniah kepada Penyelaras Karnival Sukan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Encik Laidin bin Saipin dari SK Patau-Patau W.P Labuan dan Penganjur Kejohanan bagi Kejohanan bola tampar iaitu Encik Rizwan bin Sumon (SK Bebuloh) dan Cik Chin Jin Hung (SK Patau-Patau)
Sebagai makluman kejohanan seterusnya adalah Kejohanan Badminton Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), Piala Pengarah Pendidikan yang akan diadakan pada 02 Disember 2023.
Antara Warga Anggota Khidmat Pelaksana yang menyertai Kejohanan Bola Tampar pada kali ini.
Penyampaian Cenderhati daripada Pengelola Kejohanan
Johan : Kumpulan Sapurata VT
Naib Johan Kumpulan D Alpha VT
Ketiga: Kumpulan Gorgon
Kumpulan Raduu VC
Kumpulan Chickadees
Kumpulan Barkoba
BENGKEL PENGUKUHAN PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN, PENGURUSAN KONTRAK, ASET, STOR DAN KEWANGAN, JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2023
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) telah melaksanakan Bengkel Pengukuhan Pengurusan Perolehan Kerajaan, Pengurusan Kontrak, Aset, Stor dan Kewangan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2023 yang telah berlangsung pada 29 Oktober sehingga 31 Oktober 2023 bertempat di Sky Hotel, Kota Kinabalu.
Tujuan bengkel ini adalah untuk memastikan semua prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa dan telah ditetapkan oleh kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh Jabatan dan sekolah-sekolah WP Labuan dan mengelakkan teguran Audit Negara Malaysia (ANM), Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Naziran Audit, Jabatan Akautan Negara Malaysia (JANM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Seramai 40 peserta telah menghadiri bengkel ini. Penceramah bagi bengkel ini ialah encik Kasim bin Muhd, Perunding Latihan Kanan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara telah dipilih bagi memberikan input berkaitan topik yang dibincangkan kerana beliau berpengelaman dalam bidang Pengurusan Perolehan Kerajaan, Pengurusan Aset dan Stor serta Pengurusan Kewangan Kerajaan. Sesi bengkel ini berlangsung dengan pelbagai kajian kes yang dikongsikan bersama peserta, latihan dalam kumpulan (LDK), soal jawab berserta kuiz dan pembentangan daripada peserta bengkel yang menguji kefahaman peserta bengkel.
IDEA BARU SSN SMK MUTIARA JAYAKAN KEM PEMANTAPAN SAHSIAH
Oleh: Muhammad Izzuddin Bin Mahamad Nazeri
LABUAN, 21 OKTOBER2023: Seramai 130 orang pelajar daripada 10 buah sekolah telah menyertai Kem Pemantapan Sahsiah peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang dianjurkan oleh SSN SMK Mutiara. Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membentuk sahsiah yang unggul dan terpuji serta menerapkan elemen karamah insaniah bagi menjayakan aspirasi anak yang baik lagi cerdik. Program ini berlangsung selama dua hari bermula dengan sesi E-Ceramah yang bertajuk ‘’Teladan Terbaik Sepanjang Zaman: Mencari Syurga dengan Akhlak Nabi” yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Akram Ikrami. Beliau menekankan amalan berselawat kepada nabi Muhammad saw sebanyak 300 kali akan mempermudahkan segala urusan harian kita serta dimurahkan rezeki.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah slot ceramah, latihan dalam kumpulan dan amalan penghayatan islam. Slot pertama dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Sahsiah Terpuji, Akhlak Diteladani yang disampaikan oleh Tn. Hj. Norazlan Bin Mahmood. Beliau juga menekankan bahawa kepentingan berakhlak mulia merupakan tunjang utama kejayaan sebagai seorang pelajar. Selain itu, para peserta juga menunaikan solat dhuha secara berjemaah. Pemantapan amalan penghayatan islam melalui solat dhuha ini merupakan rahsia utama kejayaan yang cemerlang telah dikecapi oleh golongan yang berjaya.
Seterusnya, slot ceramah yang kedua pula disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Bin Che Mad yang bertajuk Penghayatan Al-Quran membentuk Sahsiah Unggul. Beliau mengingatkan kepada pelajar agar tidak meninggalkan bacaan Al-Quran dalam amalan seharian. Selanjutnya, sesi petang pula diteruskan dengan aktiviti didik hibur yang bertajuk ‘’Menyingkap Rahsia Kejayaan dalam Perang Badar’’ yang dikelolai oleh Ustaz Muhammad Izzuddin Bin Mahamad Nazeri, Penyelaras Kem Pemantapan Sahsiah 2023. Segmen Perang Badar: Aura Al-Qassam ini telah mencetuskan detik kegembiraan dan terpancar kepuasan pada wajah para peserta melalui aktiviti perang belon air. Para peserta akan bertempur menggunakan belon air sebagai senjata dan berusaha mengatur strategi bagi menawan kubu pasukan pihak lawan.
Akhir Sekali, majlis penutupan kem pemantapan sahsiah peringkat Wilayah Persekutuan Labuan tahun ini telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Kamariah Binti Salim, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua SSN SMK Mutiara, Encik Awang Rozlan Bin Manan dan seluruh jawatankuasa kerja Kem Pemantapan Sahsiah kerana telah berjaya membawa idea baru dan kelainan dengan pelaksanaan aktiviti yang sangat menarik, segar dan lari daripada kebiasaan. Tambahannya pula, para peserta dan guru pengiring sangat menunjukkan penglibatan yang aktif dan produktif sepanjang program berlangsung.
Sesi bergambar tanda kenang-kenangan, melibatkan para peserta, urusetia dan juga pengiring bersama Puan Hajjah Kamariah Binti Salim, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPWPL dan Pengetua SSN SMK Mutiara, Encik Awang Rozlan Bin Manan.
Sesi penyampaian cenderahati daripada Tuan Pengetua kepada perasmi program iaitu Puan Hajjah Kamariah Binti Salim.
Urusetia pendaftaran sedang menantikan para peserta untuk mendaftar seawal jam 7.00 pagi
Gambar para peserta lelaki sebelum memulakan aktiviti “Perang Badar: Aura Al-Qassam”
Gambar para peserta perempuan sebelum memulakan aktiviti “Perang Badar: Aura Al-Qassam”
Penyampaian cenderahati oleh Ustaz Sahrum Bin Samlan, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam kepada penceramah program.
Ucapan Perasmian Penutup yang disampaikan oleh Puan Hajjah Kamariah Binti Salim, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan