SMK Labuan anjur Majlis Interaksi Akademik dan Sentuhan Hati Pelajar-Pelajar Pra Universiti

Ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut

Majlis Interaksi Akademik dan Sentuhan Hati Pelajar-Pelajar Pra Universiti SMK Labuan telah diadakan di Dewan Mutiara sekolah tersebut pada 15 April 2017 (Sabtu) lalu.

Program itu diadakan untuk menerangkan tentang sistem pembelajaran dan pentaksiran STPM serta kelebihan-kelebihan Tingkatan 6. Ianya juga untuk interaksi akademik antara pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Majlis itu bertujuan bagi penetapan sasaran gred setiap mata pelajaran dan Purata Nilai Gred Kumulatif setiap pelajar.

Pada majlis itu, diadakan lafaz ikrar kecemerlangan pelajar-pelajar Pra U yang disaksikan ibu bapa dan guru-guru. Seramai 125 pelajar bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing menghadiri program tersebut. Turut hadir Yang Di Pertua PIBG SMK Labuan, Haji Md Yusof Haji Chuchu dan Penolong Kanan Pra U, Saminan Sabtu.

Sementara itu, ketika merasmikan program tersebut, Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata pada tahun ini pihaknya meletakkan sasaran pencapaian STPM 2017 iaitu Gred Purata Sekolah (GPS) 2.80 (berbanding 2.54 tahun 2016) dan bilangan pelajar cemerlang PNGK 3.00 ke atas seramai 41 orang berbanding 31 orang tahun 2016.

Ismail berharap agar ibu bapa sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam STPM 2017.Katanya, kelayakan STPM diiktiraf oleh IPTA dalam dan luar negara serta diiktiraf sebagai kelayakan untuk jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam bertaraf diploma.Beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan dalam menjayakan program-program Pra U SMK Labuan.

“Pensyarah Pra U juga bertekad untuk memastikan lebih ramai pelajarnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam STPM 2017,”katanya.

Sumber Berita : Utusan Borneo 18 April 2017

Loading

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.