Pengurusan Bilik Darjah Berkesan : Guru Prihatin,Murid Cemerlang

Pelancaran Pelan Strategik 2017-2018 JPWPL, "Memacu TS25"

18 April – Pengurusan Bilik Darjah Berkesan: Guru Prihatin, Murid Cemerlang, begitulah intipati penting amanat dari Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan Encik Raisin Saidin dalam perhimpunan bulanan bagi bulan April 2017.

“Dalam menyemarakkan PdPc Abad ke-21 maka peranan Guru Prihatin menjadikan murid cemerlang ialah menjadi Pengurus Bilik Darjah. Guru Prihatin perlu bijak mengawal kelas, dapat menimbulkan suasana kemesraan antara guru dengan murid dan memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran”, katanya dalam ucap tama majlis tersebut.

Majlis juga diserikan dengan pelancaran Pelan Strategik Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan 2017-2018 dengan tajuk ‘Memacu TS 25’ telah disempurnakan oleh Encik Raisin bersama ketua-ketua sektor.

Pelan Strategik ini merupakan pelan jangka pendek yang memfokuskan aspirasi dan kemenjadian murid.

Ini diikuti dengan penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan kepada warga pendidikan yang telah bersara bagi menghargai pengorbanan, jasa dan sumbangan yang telah diberikan selama ini khususnya dalam dunia pendidikan.

Pesara guru, Puan Kamsiah menerima sijil dan cenderamata dari Encik Raisin Saidin

Penyampaian anugerah khas pengarah, penyerahan surat kenaikan pangkat, sijil ‘staff of the month’ dan sambutan hari lahir merupakan agenda tetap majlis bagi meraikan dan menghargai warga pendidikan Labuan.

Majlis Perhimpunan Bulanan ini telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri dan dihadiri oleh ketua-ketua Sektor, para pengetua dan guru besar, ketua-ketua unit, guru yang diraikan serta sebahagian warga Jabatan Pendidikan WP Labuan.

 

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.