Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Labuan 2016

27 Nov 2016 – Lebih daripada 50 anugerah daripada 23 kategori telah disampaikan dalam Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Labuan yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Sungai Lada baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Encik Raisin Saidin berkata, anugerah tersebut ialah sebagai pengiktirafan kepada hasil usaha, kesungguhan dan pencapaian terbaik yang ditunjukkan oleh pihak sekolah dalam bidang pusat sumber sekolah dan ICT.

“Setiap kategori anugerah telah dikenal pasti untuk diberi pengiktirafan, dimana kesemuanya melibatkan bagaimana teknologi pendidikan yang merangkumi pusat sumber sekolah dan peralatan ICT itu direka bentuk agar dapat digunakan atau dapat menyumbang kepada akses maklumat khususnya kepada murid sama ada di dalam bilik darjah mahu pun di luar bilik darjah,” katanya.

Antara anugerah yang diberikan ialah anugerah guru penyelaras bestari/ICT, anugerah guru perpustakaan dan media, anugerah guru data, anugerah juruteknik komputer, anugerah VLE, anugerah pusat sumber cemerlang, anugerah pusat sumber pencapaian lima bintang, anugerah makmal komputer terbaik, anugerah laman web sekolah, anugerah pengurusan pusat akses sekolah terbaik, anugerah pembestarian sekolah dan anugerah pengurusan data sekolah.

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.