Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah SMK Labuan

SMK Labuan berazam untuk terus menghasilkan peningkatan prestasi dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid, menangani semua cabaran yang dihadapi secara sistematik dan strategik, menjunjung slogan SMK LABUAN JUARA : SETIAP MURID BERNILAI dengan menghargai dan menggilap potensi murid yang mempunyai latar belakang dan kebolehan yang berbeza-beza. Demikian ucapan Pengetua SMK Labuan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (MAKES)  yang telah diadakan pada 22 April 2017 (Sabtu) di Dewan Mutiara SMK Labuan.

MAKES diadakan bagi memberikan pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang kurikulum seperti peperiksaan PT3, SPM dan STPM, dan Hal Ehwal Murid (HEM). Ianya juga memberikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap komitmen para guru dan panitia yang berjaya meningkatkan keputusan dalam peperiksaan awam.

Antara ibu bapa dan hadirin yang hadir memeriahkan majlis

Majlis meraikan pelajar dan guru ini telah dirasmikan oleh Encik Raisin Saidin, Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam ucapannya beliau berkata,  slogan “SMK Labuan Juara : Setiap Murid Bernilai” memang bertepatan sekali slogan ini dizahirkan kerana kita sedar bahawa setiap pelajar yang datang ke sekolah pada setiap hari ini mempunyai bakat atau kecenderungan masing-masing.

“Keistimewaan dan kebolehan seseorang pelajar itu bukan terletak kepada kecemerlangan dalam pelajaran sahaja tetapi dalam bidang kokurikulum, sukan ataupun keistimewaan dirinya yang tidak ada pada pelajar lain”, jelasnya. Segala kelainan bakat dan kebolehan pelajar SMK Labuan ini telah berjaya mengangkat nama SMK Labuan untuk cemerlang dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum.

Sementara itu, Dato’ Sri Hj Amir Bin Hussien (Ketua Pegawai Eksekutif Oscenia Network Technology Sdn Bhd, merangkap Bapa Angkat Korporat SMK Labuan juga berkesempatan memberikan ucapan dalam majlis tersebut.

Beliau berkata, dalam persaingan global yang semakin sengit sekarang dan juga pada masa akan datang, kecemerlangan akademik sahaja tidak mencukupi. Dalam realiti dunia sebenar, kecemerlangan akademik merupakan satu bonus, tetapi beberapa faktor lain juga perlu dibangunkan sejak peringkat sekolah supaya murid-murid mudah menghadapi dunia kerjaya yang kompetitif.

“Kemahiran komunikasi sangat penting, kemahiran interpersonal, psikologi, kemahiran berunding, kemahiran pelbagai bahasa akan memberi kelebihan kepada murid-murid kita untuk bersaing dengan pihak-pihak lain di luar sana.”, katanya.

Dato’ Sri Hj Amir Bin Hussien telah berbesar hati untuk menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000.00 kepada SMK Labuan sebagai tanda komitmen beliau terhadap usaha gigih guru-guru memberikan pendidikan cemerlang kepada murid-murid SMK Labuan.

Sumbangan daripada Dato’ Sri Hj Amir untuk SMKL

 Bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2016, Shahira Nadzira Rizal telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar SMK Labuan 2016. Beliau cemerlang dalam bidang akademik bermula daripada peperiksaan UPSR, PT3 sehinggalah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM. Beliau juga memegang jawatan kepimpinan seperti Pengawas Sekolah, Pengerusi Kelab dan Persatuan. Dalam bidang ko akademik beliau merupakan Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris Peringkat Labuan Tahun 2014 hingga 2016.

Raisin menyampaikan anugerah Tokoh Pelajar 2016, Shahira Nadzhira

Hadir bersama,  Tn Hj Md Yusof Bin Hj Chuchu, Yang DiPertua PIBG SMK Labuan dan ASP Halimah Binti Abdullah, Pegawai Perhubungan Polis SMK Labuan.

Pelajar Cemerlang STPM Nurisfarini Sulong PNGK 3.92
Pelajar Cemerlang STPM Mariel Gabriel Moinjil PNGK 3.92
image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.