120 Peserta ikuti Program Mendepani Cabaran Aqidah Umat

Seramai 120 peserta telah mengikuti Program Mendepani Cabaran Aqidah Umat Siri 2, anjuran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam, Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Program ini dirancang untuk membicarakan persoalan aqidah umat islam, khususnya kepada warga pendidikan. Pengisiannya menjurus kepada pengukuhan aqidah yang sahih iaitu yang menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Program ini juga diharap dapat memberikan kefahaman yang mantap bagi menghadapi serangan-serangan aqidah hari ini seperti fahaman syiah, liberalisme & pluralisme agama, salafi wahabi, millah abraham dan ajaran hakikat makrifat.

Majlis yang diadakan di Mini Auditorium Anjung Budaya, Taman Damai, Layang-Layangan baru-baru ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, KPM, Puan Hajjah Kamariah Isa. Turut hadir Dakwah Kepimpinan , Bahagian Pendidikan Islam, KPM Tuan Haji Arifuddin Abd Hamid dan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Puan Norismah Ab Moin. Hadir sama Pegawai Yayasan Murni Aqidah, Tengku Rozaidin Tengku Yazid dan Ketua Unit Pendidikan Islam, JPWPL, Ustaz Mohd Syahir Yusoff.

Program ini turut disokong oleh Yayasan Murni Aqidah, Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (Pekdis) cawangan Labuan dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Labuan.

Petikan Sumber Dari : New Sabah Times 26 April 2017

Loading

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.