Maitah Badudun Kitani, Mesra Kg Generasi Cemerlang kali kedua

Datuk Rozman, Encik Raisin bersama komuniti ibu bapa dan murid

22 April – Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pendidikan WP Labuan  telah menganjurkan Program “Maitah Badudun Kitani, Mesra Kg Generasi Cemerlang” buat kali kedua bagi zon 2 di Kampung Layang-layngan selaku tuan rumah melibatkan ketua-ketua kampung Sg Labu, Bukit Kalam, Sg Bangat, Pulau Akar, Pengetua Dan Guru Besar Zon 5, YDP PIBG SK Layang-layangan, SK Bukit Kalam dan SMK Mutiara.

Program ini  diadakan untuk memantapkan pemuafakatan komuniti ke arah perubahan paradigm seluruh anggota masyarakat mengenai kepentingan keterlibatan semua pihak dalam kemenjadian murid-murid di WP Labuan ini.

Antara pengisian program pada kali ini adalah pembentangan perkongsian amalan terbaik daripada anak jati kampung yang terlibat yang disampaikan oleh Cik Juraidah Hj Aman, Guru Cemerlang Matematik di SMK Taman perumahan Bedaun. Juraidah berkongsi bagaimana cara  untuk menjadi kan mata pelajaran matematik tersebut supaya menjadi mata pelajaran yang digemari oleh para murid.

Perkongsian amalan terbaik juga disampaikan oleh En Sudin Hj Samat dijadikan IKON anak jati Kampung Sungai Labu yang berjaya. Encik Saminan Hj Sabtu, Penolong Kanan Ting 6, SMK Labuan WP Labuan  dan Cik Sajaratul Aqira Hamidon, Pengurus Amal Palestin Berhad,WP Labuan  juga turut membentangkan peranan dan tanggungjawab jabatan masing-masing dalam membantu warga Palestin.  Pameran Amal Palestin turut diadakan.

Encik Raisin Saidin menyampaikan sijil penghargaan

Encik Saminan juga membentangkan kebaikan dan kelebihan- kelebihan yang terdapat apabila murid-murid menyambung pelajaran ke tingkatan 6.

Selain itu program ini juga memberi penghargaan kepada individu yang banyak menyumbangkan tenaga, material, dan juga kepakaran untuk pemangkin kemenjadian murid-murid melalui PIBK. Anugerah Khas PIBK ini telah diberikan kepada En Saminan Bin Hj Sabtu bagi zon 5 ini.

Encik Raisin Saidin, Pengarah Pendidikan Labuan dalam ucapannya, program ini dapat mengimbau semula pengalaman dari seorang murid kepada orang yang berjaya melalui perkongsian amalan terbaik daripada anak-anak jati dari kg yang terlibat.

Di samping itu, murid-murid juga dapat satu  pengalaman dalam aktiviti apabila menjawab soalan-soalan pengalaman dalam kertas peperiksaan bahasa melayu.

Beliau berharap supaya pihak sekolah khususnya PGB utk mengenalpasti anak-anak dari kampung yang terlibat  memastikan anak-anak ini lulus dalam peperiksaan agar apabila anak-anak ini meninggalkan sekolah ada mempunyai sijil pendidikan.

Encik Raisin Saidin juga berharap agar  warga Labuan mengambil peluang menikmati kemakmuran Negara ini untuk meningkatkan prestasi pendidikan anak masing-masing.

Puan Zaliha binti Mohd Salleh, selaku Pegawai Meja PIBK,JPNWPL memaklumkan program ini akan diteruskan lagi kepada Zon 3 pada bulan Mei nanti.

Ketua Kampung Layang-Layangan juga melahirkan rasa kesyukuran dengan adanya program ini. Beliau berkata program ini bukan saja dapat menyatukan Jabatan pendidikan dengan warga kampung, malahan program ini dapat melahirkan rasa kepunyaan warga kampung itu sendiri terhadap kemenjadian anak-anak mereka.

 

YB Rozman dalam ucapan perasmian

YB Datuk Rozman bin Hj Isli, Ahli Parlimen dalam ucapan perasmiannya turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pendidikan WP Labuan kerana berjaya meneruskan program Maitah Badudun MKGC untuk kali  yang kedua.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada ketua kampung Layang-layangan dan ketua kampung  yang terlibat  sama menjayakan program ini.  Beliau akan terus memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat dapat disampaikan kepada pendudk kampung.

Beliau juga berharap agar program ini dapat diteruskan dan memberi peluang terbaik untuk berkongsi maklumat  dalam bidang pendidikan bersama warga kampung.

Turut hadir, Puan Maimoon bin Hj Matnoh,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, wakil Amal Palestin, serta Pengetua/GBesar dan  ibu bapa penerima anugerah pencapaian akademik cemerlang.

Berita Oleh : Sektor Pengurusan Sekolah

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.