Badudun Kitani PIBK Labuan – Limbang

LABUAN- Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan WP Labuan  telah menganjurkan Program “BADUDUN KITANI PIBK LABUAN-LIMBANG ” anjuran bersama Yang Dipertua PIBG dan PGB WP Labuan telah mengadakan lawatan ke Sekolah-sekolah PIBK Cemerlang di Limbang pada 27-29 April 2017.Seramai 24 orang ahli rombongan terdiri daripada pegawai JPNWPL, PGB,YDP dan AJK PIBG.

Rombongan yang diketuai oleh Puan Zaliha Mohd Salleh, Ketua Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan Swasta selaku pegawai meja PIBK JPNWPL  bersama YDP PIBG dan PGB Wp Labuan telah disambut oleh Encik Mohamad Haji Tangah Pegawai  Pendidian Daerah Limbang.

Puan Maimoon menyampaikan cenderamata kepada Encik Mohamad

Lawatan ini  bertujuan untuk memantapkan pengurusan PIBG serta mewujudkan pemuafakatan komuniti ke arah perubahan paradigma seluruh anggota masyarakat mengenai kepentingan keterlibatan semua pihak dalam kemenjadian murid-murid di WP Labuan  melalui PIBK sekolah seterusnya dapat menjalin kerjasama dengan PGB dalam pengurusan PIBK di sekolah.

Program ini menjadi platform kepada PIBG di Labuan untuk berkongsi dengan sekolah cemerlang PIBK seperti SK Ulu Lubai dan SMK Medamit. Rombongan juga diberi penerangan oleh Encik Mohamad Haji Tangah Pegawai  Pendidian Daerah Limbang tentang pencapaian akademik sekolah-sekolah di Limbang.

Jalinan Kerjasama Guru Besar Labuan dengan Guru Besar SK Ulu Lubai

Encik Jaul Bunyau berkata sesuatu yang unik mengenai sekolah ini ialah sokongan dan kerjasama masyarakat setempat dalam semua aktiviti dirancang bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah termasuk gotong-royong dan membantu sekolah menyediakan makanan pelajar. Semangat dan komitmen luar biasa guru besar, guru dan ibu bapa menjadi rahsia kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, dipilih sekolah pedalaman pertama di negara ini yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Kejayaan itu hasil usaha bersama guru dan ibu bapa yang komited dalam semua aktiviti pembelajaran, pengajaran dan kokurikulum murid di situ.

Lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Medamit, rombongan telah dibawa melawat ke kelas abad 21, Bilik Seni yang dilengkapi dengan pakaian tarian tradisional sarawak dan juga tarian melayu. Layanan mesra yang diberikan kepada rombongan daripada Raja Manikam, Pengetua SMK Medamit dan guru-guru menampakan komitmen yg jitu pendidik kepada anak-anak didik di sekolah tersebut.

Para pelajar SMK Medamit

Turut hadir bersama Puan Maimoon Hj Matnoh, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Pengetua guru besar serta YDP dan ahli PIBG.

Berita Oleh : Sektor Pengurusan Sekolah

Loading

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.