“TEAM BUILDING” Mengukuhkan Keharmonian Guru dan Staf SMK Pantai

Encik Ismail bersama warga SMK Pantai yang menyertai Program Team Building

Labuan, 29 Sept – Program TEAM BUILDING SMK PANTAI 2022 telah diadakan pada 24 September 2022 yang lalu bertempat di pantai Pancur Hitam, Wilayah Persekutuan Labuan.

Program ini disertai oleh 79 orang guru dan 10 orang staf SMK Pantai, bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Program dianjurkan bersama oleh Kelab Guru dan Kebajikan Staf (KGKS) SMK Pantai, Pusat Kokurikulum Negeri WP Labuan dan Encik Kitli Beka yang sedang menjalani program Perantisan program National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) di SMK Pantai.

Pengetua SMK Pantai Ismail Abdullah berkata matlamat utama program ini ialah untuk mewujudkan suasana mesra dan persefahaman yang tinggi dalam kalangan guru dan staf SMK Pantai. Perpaduan dan persefahaman  sangat penting untuk memastikan semua guru dan staf SMK Pantai dapat melaksanakan tugas dengan teratur dalam suasana yang harmoni.

Program ini dimulakan dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Brolin Peter, seterusnya beberapa acara sukaneka seperti lari berganti-ganti, meniup dan mengikat belon, memecahkan belon di kaki lawan, menendang bola ke sasaran, dan membawa bola ping pong dalam sudu.

Acara yang paling ditunggu-tunggu ialah acara berkayak yang dikendalikan oleh Encik Kitli Beka dan jurulatih Pusat Kokurikulum. Acara ini memberi pengalaman baru yang menarik kepada sebahagian besar guru dan staf yang menyertai acara ini buat kali pertama.

Acara jamuan, memotong kek hari lahir dan cabutan bertuah sebagai acara penutup. Pemenang cabutan bertuah ialah Cikgu Baexi Jakim, Cikgu Nerwani Aslan dan Ustazah Nur Hayati Ismail. Program diakhiri dengan gotong royong membersihkan sekitar kawasan aktiviti.

Berita Oleh : SMK Pantai

Acara meniup belon, peserta paling besar belon diiktiraf sebagai pemenang
Encik Kitli memberi taklimat sebelum peserta memulakan aktiviti berkayak
Peserta bersedia untuk berkayak
Encik Ismail menyampaikan cabutan bertuah kepada pemenang

Loading

image_pdfimage_print