MAKES SMK LABUAN 2022 : Melahirkan Anak yang  Baik lagi Cerdik (ABC)

Labuan, 6 Februari : Bertemakan “Melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC), Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan berjaya melaksanakan Majlis Apresiasi Kemenjadian Murid SMK Labuan (MAKES) dan Hari Graduasi Tingkatan 5 pada Sabtu lalu.

Majlis 4 dalam 1 ini telah diadakan pada di Dewan Mutiara SMK Labuan bertujuan memberikan pengiktirafan atas pencapaian cemerlang kepada  lebih 200 orang dalam bidang kurikulum, Ko Kurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM).

Seramai 48 orang pelajar cemerlang STPM, 10 orang pelajar cemerlang MUET dan 18 orang pelajar cemerlang SPM menerima insentif berupa wang tunai.

Selain itu, 6 orang pelajar cemerlang Peperiksaan Antarabangsa Bahasa Perancis (DELF), 7 orang pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan, 4 orang Pengawas Pusat Sumber Contoh, 4 orang Pengawas dan 4 orang Pembimbing Rakan Sebaya Contoh (PRS) turut menerima insentif serupa.

Manakala seramai 47 murid menerima anugerah dalam bidang Ko Kurikulum dan 86 orang pelajar cemerlang dalam kelab turut menerima anugerah.

Dalam majlis yang sama, seramai 254 murid-murid Tingkatan 5 menerima sijil tamat persekolahan masing-masing.

MAKES SMK Labuan 2022 : Melahirkan Anak yang  Baik lagi Cerdik (ABC)

MAKES kali ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Md. Yusof  Bin Hj. Chuchu, Yang DiPertua PIBG SMK Labuan.

Dalam ucapannya beliau berharap agar MAKES menjadi penyuntik semangat kepada semua murid di SMK Labuan untuk terus mencipta kejayaan dalam pelbagai aspek.

Tokoh Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR)  merupakan anugerah utama yang diberikan kepada pelajar yang cemerlang secara seimbang dalam akademik dan sahsiah.

Hani Syafika binti Abd Halim dinobatkan sebagai Tokoh SUMUR Tingkatan Enam, Howard Hii  Dai Jie dianugerah sebagai Tokoh SUMUR Arus Perdana sesi pagi dan Moses Yii Xi Hong dianugerah sebagai Tokoh SUMUR Arus Perdana sesi petang dalam MAKES SMK Labuan 2023.

Awang Mikhail Shariff Bin Kamel telah mendapat anugerah Putera Kokurikulum, manakala Puteri Kokurikulum telah dianugerahkan kepada Natalie Chin Ming Hui.

Tokoh SUMUR ( Dari kanan : Hani Syafika Abd Halim, Moses Yii Xi Hong dan wakil Howard Hii  Dai Jie )
Putera Kokurikulum Awang Mikhail Shariff (kanan) dan Puteri Kokurikulum Natalie Chin Ming Hui (kiri)

Pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan akademik terbaik dan menerima anugerah terbaik bagi setiap tingkatan ialah Nur Faatin Yusliannah binti Awang Damit@ Yunus (Tingkatan 6 Atas), Mathew Chew Kah Ming (Tingkatan 6 Rendah), Edison Lau Wei Chun (Tingkatan 5 ), Chua Kai Ming (Tingkatan 4 ),Moses Yii Xi Hong ( Tingkatan 3 ), Hii Dai Jia (Tingkatan 2) dan Daniel Yeo Sir Loong (Tingkatan 1).

Salah seorang graduan tingkatan 5

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah NYDP PIBG, Puan Susanna Koh dan ASP Francisca Duliat selain barisan pentadbir sekolah.

Berita Oleh : SMK Labuan

Loading

image_pdfimage_print